My Blog

Tentang Awak&Kite…NurCinta Kami…

De Palma Hotel Kuala Selangor

28 Mei 2012-30 Mei 2012

Anjung Vila; 509 Suite Malawati

Plan yang dirancang, alhamdulillah terlaksana sudah.. Bestnya tidur dalam bilik yang ada air-cond.. Siap berhimpit2 dengan si omel semua.. Padahal katil ada 2 queen bed..

—-Catatan Ringkas—-

Day1

Kami tiba sekitar jam 12++ , aisey check in hotel kul 3 petang tapi dapat masuk awal sebab suite kosong.. Okehlah tu, dapat rehatkan diri sebelum jjcm bermula..
Suite memang superb best, agak luas&puaslah si mujahid berguling macam tenggiling :)
Ada telekung, sejadah&Al-quran disediakan.. Memang islamiklah..Ada 2 queen bed, mini peti ais, 2 single sofa, 2 kerusi kayu santai, 1 meja solek panjang beserta kerusi yang empuk (bolehlah bersolek lama2), ada balkoni, tv sederhana besar, cerek letrik,termos besi, toilet dia ada 4 towel dewasa.. Ada 4 biji bantal extra dalam almari.. Senang cerita, bagi aku memang superblah sesuai dengan aku yang tak adalah tidur hotel mewah2 sangat ni..

Jjcm bermula lepas zuhur.. Bajet nak makan kat hotel aje, request by call dahtu ada dayang datang hantar.. Tapi, disebabkan ramai sangat orang yang ada seminar& bercuti di situ, takut servis lambat (ni mmg aku tabik sebab bagitahu awal2 yang mmg servis agak lambat memandangkan ramai orang&dapur sedang direnovate)

Jadi, kami yang agak kepenatan&ngantuk kenalah pi cari makan di luar hotel.. Semestinya tempat makan mestilah berekon memandangkan cuaca agak panas.. Dalam timbang2 nak makan kat mana, antara secret resipi& restoran ayamas, kami pilih ayamas lah.. Kami take away aje, senang makan kat hotel lepas tu bolehlah aktiviti bebas..

Paling best, speedmart kegemaran kak long&adik (derang ni ada share kat sini,hihihi :) )dekat aje dengan hotel.. Jadi kami membeli belah jajan2 kesukaan mereka&kami juga,hihihi :) jimat kos-ada peti ais kan kat hotel..

Petang pula, walid bawa kak long&adik mandi di kolam.. Ummi? Tidur tak sedar diri dengan si abang… Tahu2, kak long&adik dah urus diri, wangi betul.. Derang dok bercerita tentang mandi kolam tadi.. Ummi sekadar dengar sambil bertanya pada walid “betul ke?”.. Alahai ummi ngorok sampai tak sedar apa yang berlaku kat sekeliling..(macam dia aje yang drive,huhuhu~)
Terima kasih anje..

Malam, kami oder aje biar makanan ada depan pintu- chilli crab with rice rm13.90, tomyam seafood rm5.50, nasi rm2.50, teh tarik 4.50& tembikai juice rm7.. Alhamdulillah, kenyang dan sedap..
Kak long&adik tidur keletihan.. Esok pagi nak mandi kolam lagi :) ummi&walid sembang2 sambil minum nescafe free yang disediakan..(alahai, bilalah nak tidur hotel berdua aje ni? Tapi sememnagnya bersama anak2 lebih indah walaupun agak letih)

Day2

Seusai sarapan, kami ronda2 Kuala Selangor- Bukit Malawati, Tanjong Karang, pusat kelip2… Dahtu, entah mana2lah kami meronda.. Kami pun balik ke hotel, anak2 mandi kolam& bertemu dengan kawan2 baru.. Time lunch, kami dah decide nak take away mee udang banjir& nasi ambeng warung ibu..

Mee udang banjir kat sebelah masjid, budak2 hafiz yang memasak.. 1st time dulu pernah makan ketika menghadiri kenduri kawan.. Memang rasa dia sedap cuma kali ni agak cair.. Kami tapau mee udang banjir rm6&nasi goreng udang rm4.50 (ns goreng, kami makan beramai2 dalam kereta,hihihi :) lapar sudahhh)

Nasi ambeng di warung ibu, awal2 lagi anje dah request nak makan sebabnya masuk jjcm dulu&dulu time pergi dah habis sebab orang agak ramai di warung ibu ni.. Harganya rm7,punyalah banyak jenuh nak perhabiskan.. On the way balik, kami macam rasa best aje cendol durian borhan.. Jadi belilah satu rm3.50 tapi rasa asap aje&tak berapa nak sedap rasanya.. Sorrylah incik Borhan, kena tingkatkan rasa&kualiti, lain kali kami singgah lagi..

Petang, lepas anak2 mandi kolam..perut dah mula lapar.. Dok dalam bilik ekon asyik rasa lapar&mengantuks aje.. Jadi, kami pun makan nasi ambeng yang masih belum dimakan lagi.. Lunch kekenyangan dengan mee banjir udang&nasi goreng udang..

Malam, adik memang tidur awal sebab sangat penat maklumlah begitu aktif bermain&berlari2.. Kami oder ciken grill rm16.90&fillet sweet sour with rice rm 10.90.. Minum air kotak laici yang ada dalam peti ice (beli 6kotak :) kat speedmart haritu).. Dahtu, kami rehat2 sambil layan cite cina jetli, terus tidur pas abis movie.. Oh ye, esok dah promise dengan anak2 nak mandi kolam lagi sebelum kami balik ke rumah..

Day3

Alamak, awal pagi dah hujan.. Kak long asyik tengok hujan yang amat2 lebat menyiram bumi.. Sampailah kami pergi sarapan sekitar jam 9.30 pagi, hujan renyai kasar2 tak berhenti juga.. Walaupun kak long kata hujan tu rahmat (tengok upin ipin) tapi sedih aje bunyinya.. Nak mandi kolam tapi tak dapat.. Sampai ke sudah, hujan tak berhenti.. Jadi, walid yang super genius menakung air macam tiap2 kali anak2 mandi kat bath tub, takung biar anak2 berendam mandi lama2 macam dalam kolam walaupun agak tidak luas macam kolam.. Takung air panas, biar hujan di luar tidaklah terasa sejuknya di dalam air..

Setel mengemas.. Tibalah masanya ummi nak mandi pulak.. Alahai, anje yang baik hati&terasalah pulak asbenku ini romantis juga orangnya, hihihi :) telah menakung air panas untuk aku mandi! Pergh, terharu beno den.. Sungguh sedaplah berendam air panas dalam bath tub, terasa segar.. Andai ku tahu, aku dah berendam sewaktu hari pertama sampai.. Patutlah anje berendam sikit punyalah lama dalam bath tub siap tertidur lagi tu ;)… Rupanya badan dan minda betul2 rileks&santai aje suasana dalam bath tub tu.. Next time, tak mo lepaskan berendam dalam air panas di bath tub hotel..

Sekitar jam 12 tengahari, kami pun check out.. Kami lunch di restoran wani berhampiran dengan kwsp Kuala Selangor.. Sedap dessert sago puding melaka&serawa durian.. Lain kali boleh datang lagilah situ..

Perjalanan kami yang sepatutnya singkat untuk sampai ke rumah menjadi lama kerana tersalah jalan, hehehe :) tak apalah, dapat juga jalan2 entah ke mana2… Tak rasa tension sebab sepanjang perjalanan, anak2 telah ditidurkan bagi mengelakkan mereka rasa boring&mulalah macam2 ada karang (sungguhlah anak2 ini macam astro :) ) kami pun sembang2& ketawa gembira seriang hati yang seronok pergi bercuti :)

2.30 petang, kami selamat tiba di Home Sweet Home.. Ada rezeki lagi, bolehlah bercuti bersama di hotel yang sememangnya telah direquest oleh kak long&adik (dalam bahasa tersendiri dia aje yang paham, umi hanya mengiyakan aje, hihihi :) )..

Di antara gambar-gambar yang sempat kami rakamkan di Kuala Selangor :

Single Post Navigation

One thought on “De Palma Hotel Kuala Selangor

  1. hairul2801 on said:

    Suatu yang menarik mengenai percutian ini, kami sempat mengajar anak-anak supaya mengemas semula bilik sebelum balik menjadi keadaan seperti kami mula melangkah masuk ke dalam bilik tersebut.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: