My Blog

Tentang Awak&Kite…NurCinta Kami…

harta

 

Saya berfikir, kami sering mengungkapkan untuk memiliki rumah yang besar, kereta yang mewah, wang ringgit yang banyak, tetapi hakikatnya kami telah memiliki harta yang cukup tinggi nilainya iaitu anak-anak. Ada sesetengah pasangan telah berkahwin begitu lama mencecah bertahun-tahun lamanya, tapi masih belum dikurniakan cahaya mata. Alhamdulillah, belum genap setahun kami berkahwin, telah dikurniakan seorang cahaya mata. Dan ketika usia dipenghujung 20-an, kami telah dikurniakan anak ketiga.

Namun, adakalanya, saya sering hilang sabar melihat kerenah anak-anak yang masing-masing mempunyai ragam tersendiri. Saya sering beranggapan yang mereka telah pun besar dan sering membayangkan bahawa mereka boleh berfikir seperti apa yang kita fikirkan. Boleh membezakan yang mana sepatutnya mereka lakukan dan yang tidak patut dilakukan. Apabila mereka mereka melakukan apa yang tidak patut dilakukan walaupun sudah berulang kali saya menyatakan tidak, saya menjadi kurang sabar….

Hakikatnya, mereka sedang membesar, bukan telah membesar. itu satu pernyataan yang perlu diperbetulkan. Tidak kira berapa kali kita mengajar mereka apa yang patut dilakukan dan apa yang tidak patut dilakukan, mereka masih lagi dalam proses pembelajaran…

Apabila saya hilang sabar dan sering memarahi anak-anak, ketika ini, saya berfikir…bagaimanakah pula keadaanya apabila saya telah tua nanti. Akal dan perbuatan saya semestinya akan turun seperti zaman kanak-kanak. Adakah anak-anak boleh bersabar melayan kerenah saya pada ketika itu.

Di dalam kehidupan ini, kita pasti akan menerima ujian dari Allah s.w.t. Seseorang diuji dengan kematian anak yang masih kecil, ujian penyakit daripada Allah s.w.t, ujian kemiskinan daripada Allah s.w.t dan bermacam-macam ujian lagi. Adakalanya, mereka sedar yang mereka sedang diuji oleh Allah s.w.t. Dan kalanya mereka tidak sedar mereka sedang diuji. Saya berasa takut untuk memikirkan soal ujian daripada Allah s.w.t, berfikir bilakah saya akan diuji dan adakah ujian tersebut mampu saya hadapi atau adakah saya telah diuji sebelum ini dan telah berjaya melepasinya atau adakah saya sedang diuji sekarang ini…. Saya pun belum pasti, semoga Allah s.w.t memberi petunjuk yang baik kepada sekeluarga…. amin.. WaAllahualam…

 

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: