My Blog

Tentang Awak&Kite…NurCinta Kami…

Kongsi

Kongsi bermaksud kita melakukan sesuatu bersama- sama dengan orang lain. Perkara yang dikongsikan termasuklah dari sudut material mahupun dari sudut buah fikiran… Secara lazimnya, perkataan kongsi bolehlh disifatkan sebagai suatu perbuatan yang baik, namun ada juga kongsi yang tidak baik….kongsi gelap…..

Sepanjang saya mengenali isteri, kebanyakkan perkara kami kongsikan bersama. Makan dan minum berkongsi pinggan. Malahan, facebook juga kami berkongsi bersama. Suatu ketika, seorang kawan telah bertanya “ni siapa yang menulis post di fb sekarang ni, hazan ke aiey?”. kami menjawab dua2 sedang berfb sekarang….. Perkara yang sama juga berlaku apabila saya menyatakan kepada seorang kawan di fb bahawa adik saya bertunang, kawan siisteri pula bertanya” adik aiey yang mana bertunang, atin ke mimi? Sedangkan yang bertunang itu adik si suami.(he..he..hee.)

Makan sememangnya kami sentiasa berkongsi sejak dulu lagi, rasanya lebih nikmat makan berkongsi berbanding makan sendiri-sendiri dan lazimnya sekiranya makan sendiri-sendiri, selalunya tidak akan habis. Perkara ini juga rasanya telah kami terapkan bersama-sama anak secara tidak langsung. Saya lihat, anak-anak tidak rasa janggal untuk berkongsi makanan dan ianya meratkan hubungan kami sekeluarga….

Saya berfikir, suatu masa saya tidak tahu diantara kami siapa yang pergi dahulu mengadap yang maha esa. Mungkin saya yang pergi dahulu, isteri dan tidak mungkin di antara anak-anak kami yang pergi dahulu.. Ketika itu, tiada lagi istilah kongsi diantara kami berdua… Tiada berkongsi makanan, berkongsi facebook dan juga berkongsi pandangan dan buah fikiran dalam sesuatu hal.. WaAllahualam…semoga Allah s.w.t sentiasa memberkati kami sekeluarga..

 dua hari lepas kami berlima berkongsi semangkuk cendol dan semangkuk laksa di Subang Perdana.

Single Post Navigation

2 thoughts on “Kongsi

  1. hairul2801 on said:

    I LOVE YOU Anje selamanya.. Semoga perkongsian itu lebih membawa barakah dalam kehidupan di dunia&akhirat kte..

  2. hairul2801 on said:

    Xmo kongsi anje,buleh? Uhuk..uhuk..uhuk..~😉

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: