My Blog

Tentang Awak&Kite…NurCinta Kami…

Perhimpunan

Sekitar jam 8.30 pagi kami sekeluarga telah bergerak ke pesta buku antarabangsa di Pwtc. Sampai di Kuala Lumpur, sekitar jam 9.30 pagi, hujan rintik-rintik tidak menghalang  orang ramai mula memasuki bangunan Pwtc walaupun pesta buku hanya bermula pada jam 10 pagi. Pelik melihat ramai sangat manusia…murid-murid sekolah, beribu-ribu mahasiswa, beratus-ratus keluarga, berpuluh-puluh warga emas. Tarikannya semestinya untuk membeli buku. Lambakan buku, alhamdulillah, suatu usaha yang bagus untuk menarik minat masyarakat Malaysia untuk membaca.

Berbicara mengenai buku, buku yang bagaimana harus kita pilih…

Saya mementingkan sumber di dalam sesuatu pendapat dan juga di dalam sesuatu penulisan. Oleh kerana itu, setiap buku yang saya pilih, saya mementingkan penggunaan nota kaki. Tidak kira buku penulisan mengenai Islam, sains sosial dan lain-lain, sekiranya ianya mempunyai nota kaki, buku tersebut menjadi keutamaan saya.

Mengapa sumber itu penting….

Masa kini, semua orang boleh menulis, namun, sekiranya ianya tidak berasas kepada sumber yang betul, saya risau isinya tidak menjadi tepat dan hanya menulis mengambil daripada pandangan penulis dalam buku yang lain. Maksudnya mudah, saya menulis sebuah buku, mengambil isi daripada buku yang lain cuma mengubah sedikit tajuknya, sedikit olahan ayatnya dan tukar muka hadapannya. Ataupun saya mencedok sedikit isi daripada beberapa buah buku, kumpulkan, dan jadikan semua isi yang dicedok menjadi sebuah buku… Itulah penulisan yang tidak ilmiah..namun, ianya sangat berfaedah kepada kelompok masyarakat awam untuk menarik minat mereka berbudaya membaca…untuk golongan yang satu tahap di atas, utamakan buku yang mempunyai nota kaki….

Saya bukan seseorang yang cepat percaya kepada sesuatu kenyataan, tidak kira siapa pun yang menyampaikan kenyataan tersebut, yang paling penting dari mana dia mendapat sumber tersebut….

Ada sesetengah sumber hanya bersifat propanganda, menyebelahi suatu pihak dan menyalahkan suatu pihak yang lain…. Bagaimana untuk menilai suatu sumber itu bukan bersifat propanganda, bandingkan sumber tersebut dengan sumber yang lain…. Nampaknya, tulisan ini menjadi semakin rumit….hi.hi.hi…tidak mengapa, saya tinggalkan setakat itu sahaja.

Anak-anak kami sangat teruja melihat buku yang berlambak di pesta buku..mungkin telah di ajar sejak kecil ( walaupun hakikatnya sememangnya mereka masih lagi kecil) , apabila ke MPH, mereka mengambil buku lalu membaca sambil duduk di atas lantai. Saya lihat, budaya tersebut mereka lakukannya juga di pesta buku. Mujur kami pergi waktu pagi, manusianya tidaklah seramai waktu tengahari (jangkaan saya), maka masih ada ruang untuk anak-anak kami membaca di lantai, saya tidak melarang..

Sayangnya, MPH MidValley tidak lagi menyediakan ruang untuk orang ramai membaca buku sambil duduk di lantai di premis mereka walaupun tidak membeli. Buku-buku juga disampul, beli dulu baru boleh membaca.Mungkin banyak buku telah rosak dibaca oleh orang ramai dan mereka mengalami kerugian kerana pelanggan yang membeli pasti akan  memilih buku yang baru bukannya buku yang telah dibaca oleh orang lain…tidak mengapalah, itu semua spekulasi saya. Harapnya, kalau saya telah kaya nanti, mampu menyediakan sebuah kedai buku seperti MPH yang dahulu…amin.

Seperti biasa, sekiranya ke pesta buku, saya mesti akan mencari buku sejarah… Sejarah means lama/kuno…jadi saya mencari buku-buku sejarah yang lama. Malangnya sangat mahal.. Buku setebal lebih kurang 300 muka surat, bersaiz lebih kecil dari A4, berharga rm36.

Seperti biasa, saya lebih menyayangi duit….

Isteri saya mengatakan buku sejarah vintaj..saya bersetuju…berdoa di dalam hati, harap-harap saya boleh berjumpa buku tersebut di perpustakaan apabila saya mengkehendakinya kelak…

Sampai dirumah sekitar jam 3 petang selepas bersantai2 di IKEA, anak2 semuanya kepenatan, tidur, malam nanti selepas isya’ kami sekeluarga berplanning pula hendak ke dataran Shah Alam…begitulah aktiviti di hari cuti…minggu lepas hari sabtu tidak kemana2 kerana saya ke perhimpunan BERSIH….

7 hari yang lepas sekitar jam 10 pagi, saya bertolak dari rumah ke Kuala Lumpur… Anak yang sulong bertanya saya mahu ke mana, saya menjawab ke perhimpunan BERSIH. Dalam keadaan terpingga2, dia mahu ikut, saya jawabkan tidak…bertolak, melihat anak-anak berada di tepi pintu melihat saya pergi, terasa sayu di hati….Tidak mengapa, saya pergi untuk masa depan mereka…saya berfikir, begitu jugalah keadaan bagi anak-anak umat Islam di Palestin, melihat ayah mereka keluar rumah, pasti si ayah merasa sayu untuk meninggalkan mereka. Pergi mungkin takkan kembali lagi..namun, dikuatkan juga semangat bagi masa depan anak-anak mereka dan juga demi agama Islam. Andainya Malaysia mengalami nasib serupa, adakah saya akan setabah mereka meninggalkan anak-anak untuk pergi berjuang….

Dalam perjalanan ke perhimpunan BERSIH, saya telah menyangka pastinya akan berlakunya kekasaran daripada pihak polis, provokasi, semburan pemedih mata, akan berlari menyelamatkan diri daripada kekasaran pihak polis dan apa yang saya sangka semuanya telah berlaku di depan mata…

Gas pemedih mata…..

Tiada perkataan yang boleh saya gambarkan apabila terkena gas pemedih mata. Apabila terkena gas tersebut, melarikan diri dalam keadaan mata sangat pedih, kelam kabut, berasak-asak dengan orang ramai… Hanya satu terlintas di fikiran….iaitu… KERAJAAN SANGAT KEJAM…..

Untuk memberi komen tentang perhimpunan BERSIH, saya anggap ianya telah berjaya kerana telah menarik minat untuk saya menyertainya lagi sekiranya diadakan sekali lagi…sesuatu program hakikatnya sekiranya berjaya menarik minat peserta untuk hadir sekali lagi ke program tersebut masa akan datang, ianya telah berjaya…dan..InsyaAllah, untuk perhimpunan yang akan datang, saya akan membawa isteri untuk menyertainya….

Kita tunggu dan lihatlah dalam masa terdekat ini, apa tindakan kerajaan kesan daripada perhimpunan BERSIH. Selepas BERSIH 2.0, kerajaan telah menubuhkan PAC, jawatankuasa pembaikan pilihanraya, setelah bermesyuarat, bermesyuarat dan bermesyuarat, hasilnya tiada apa-apa pun hasil daripada jawatankuasa tersebut….Malaysia oh tanahairku….pi mai pi mai cam tu jugak….

Single Post Navigation

One thought on “Perhimpunan

  1. hairul2801 on said:

    Sayang pergilah.. Next time pergi lagi..🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: