My Blog

Tentang Awak&Kite…NurCinta Kami…

White colour

Seperti biasa hari ini saya menghantar isteri dan Khadiijah Wafi ke sekolah, bezanya hari ini kami menaiki kereta kerana hujan lebat sejak dari awal pagi lagi. Hujan ketika waktu pagi, ketika semua orang sedang sibuk menuju ke tempat kerja, maka jawapannya adalah trafik jam. Sangat dasyat, perjalanan dari subang bestari ke USJ 21 yang sepatutnya hanya memakan masa setengah jam, akibat hujan saya terpaksa ke sana hampir sejam setengah. Begitulah suasana di Metropolitan, suatu ketika dahulu, kerana tidak tahan berhimpit-himpit di dalam trafik jam, emak saya boleh berkata “boleh sesak nafas hidup di Kuala Lumpur asyik jam jem je jalannya” kami berdua hanya tersenyum. Trafik jam bukan perkara baru di Kuala Lumpur, saya dan isteri pernah terperangkap di dalam kereta di suatu bulatan jalanraya di Selayang dari lebih kurang pukul 3 petang sampailah masuk waktu berbuka puasa, punca jem, saya pun tidak tahu kenapa, berjaya melepasi bulatan tersebut, lalulintas bergerak lancar. Ianya terjadi lebih kurang 10 tahun yang lepas. Sekarang? Buatlah beratus-ratus lebuhraya sekalipun, saya berfikir masalah trafik jam ni tetap akan wujud. Yang untung hanya syarikat konsesi lebuhraya. Cuba bayangkan, saya me”nopup” touch and go rm50, tidak sampai seminggu, bakinya hanya tinggal tidak lebih dari rm10. Malaysia, oh tanahairku…..

Pukul 10.30 pagi, saya melihat wajah di cermin pandang belakang kereta, rambut putih semakin menebal di kepala. Apa tandanya….

Rambut-rambut putih ini mengingatkan saya tentang kematian. Suatu tazkirah yang bagus untuk diri saya. Kematian, suatu yang menakutkan. Bukan mati yang saya takutkan tetapi selepas mati itu yang saya takutkan. Mana satu jalan yang saya akan tuju, jalan kanan atau sebaliknya.

Yang peliknya, saya takut akan kematian tetapi tidak berusaha untuk meningkatkan amalan seolah-olah kematian itu masih jauh dihujung sana. Saya pernah menyebut di post terdahulu, di dalam keluarga kami, saya tidak pasti siapa yang pergi dahulu di antara kami, mungkin saya, isteri dan tidak mustahil anak-anak kami. Begitu juga perihalnya sekiranya saya meletakkan diri saya sebagai seorang anak. Secara logik, generasi atuk saya telah pun meninggal dunia, maka sekarang tibalah generasi emak, ayah dan mama pula menunggu masa, tetapi maut tidak mengenal usia, mungkin sekarang belum tiba generasi saya, tetapi tidak mustahil saya yang akan pergi dahulu sebelum mereka. Tandanya telah ada, rambut putih yang semakin menebal di kepala. Sekiranya saya pergi dahulu, ianya menjadi rekod sejarah kerana dikalangan kawan-kawan sekolah dan universiti saya, belum seorang pun lagi telah kembali ke rahmatullah.

Saya cuba menyedapkan hati, rambut putih hanyalah rambut penyakit.Selalu sangat berfikir, rambut pun lama-lama menjadi putih. Dahulu, ketika bekerja di Syabas, membaca meter air sering terdedah kepada panas mentari, maka rambut pun berada di dalam keadaan tidak sihat dan menjadi putih. Ada betulnya juga telahan kerana saya melihat rambut kawan-kawan sekerja pun ada yang berubah menjadi putih..

Saya berfikir, biarlah rambut saya berterusan putih. Prof. DiRaja Ungku Aziz, rambut beliau semuanya telah berwarna putih namun hayatnya telah pun mencecah 90 tahun lebih. Contoh yang lain, Tun Dr. Mahathir Mohammad. Sekiranya rambut saya keseluruhannya telah putih, harapnya masa tersebut saya telah pun mendapat pengiktirafan DR..hi.hi.hi.?

Single Post Navigation

One thought on “White colour

  1. hairul2801 on said:

    Allahumma amin.. Semoga dapatlah tittle Dr. tu nnt.. Tapi yang perlu dihighlightkn, penambahan amal ibadah, kerajinan bangun di sepertiga malam yang amat jarang dilakukan oleh manusia.. Ayuh,bangkitlah bersama!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: