My Blog

Tentang Awak&Kite…NurCinta Kami…

Sport Day

Dua hari lepas, saya bersama keluarga telah pergi ke hari sport day Khadiijah Wafi di Stadium MPSJ, Subang Jaya. Malam sebelumnya, kami berhasrat hanya pergi bertiga, meninggalkan Aaminah Wafi dan Afkaar Wafi disebabkan beberapa faktor antaranya faktor cuaca. Kami juga boleh menumpukan perhatian kepada Khadiijah Wafi memandangkan hari sport Day ini merupakan salah satu sejarah dalam kehidupan dia..

Pukul 6.30 pagi, Afkaar Wafi telah pun bangun dari tidur. Tidak lama selepas itu, Aaminah Wafi pun juga telah sedar dari tidur.. Melihat kepada wajah mereka, timbul perasaan tidak sampai hati untuk meninggalkan mereka. Kami membawa mereka dan telah membuat jangkaan yang harus ditangani apabila berkeputusan untuk membawa mereka bersama. Setelah sejam berada di padang, Aaminah Wafi telah mula berasa tidak selesa kepanasan dan seperti dijangka, kami memerlukan kesabaran yang tinggi untuk mengatasi keadaan tersebut.

Khadiijah Wafi telah bertanding dalam satu permainan dan kumpulannya telah mendapat tempat kedua. Sayangnya, kami tidak dapat mengambil gambar yang banyak kerana pertama; ada dua orang lagi anak yang perlu diberi perhatian, kedua;memory handset yang tidak mencukupi untuk mengambil lebih banyak gambar.

Saya berfikir, sayangnya saya tidak mengambil gambar yang banyak di hari sukan Khadiijah Wafi sebagai kenangan di masa hadapan. Peristiwa tersebut, 20 tahun lagi belum tentu Khadiijah Wafi masih mengingatinya. Bahkan, kerana faktor usia, saya pun belum tentu mampu mengingatinya dengan jelas. Gambar-gambar yang diambil inilah yang akan menceritakan semula kisah tersebut.

Lebih dari itu, gambar-gambar ini juga yang akan ditunjukkan oleh Khadiijah Wafi kepada anak-anaknya suatu ketika kelak apabila menceritakan kisah hidupnya ketika kecil. Malah, lebih lebih dan lebih dari itu, gambar ini jugalah yang akan diceritakan oleh Khadiijah Wafi kepada cucu-cucunya kelak. “Inilah gambar nenek sewaktu berusia 6 tahun dahulu”…

Saya juga berfikir, sekiranya ditakdirkan Khadiijah Wafi menjadi salah seorang yang terkemuka di malaysia, mungkin menjadi seorang Profesor, seorang Menteri mahupun seorang Perdana Menteri, pasti terdapat individu-individu yang akan mengkaji biografi kehidupan dia, maka gambar-gambar inilah yang akan menjadi sumber kajian individu tersebut…lihatlah, sangat bernilainya gambar dua hari lepas terhadap hari-hari kemudian.

Jauhnya saya melihat kehadapan, perkara yang belum pasti menjadi. Walaubagaimanapun, persediaannya harus bermula dari sekarang..

Seingat saya, kamera saya yang pertama dibeli pada tahun 2003, di PC Fair, PWTC berharga dalam lingkungan rm350. Megapikselnya sangat rendah, mengambil sekeping gambar, kalau besarkan gambar tersebut di komputer, gambar tersebut akan pecah- pecah. Selepas itu, dalam tahun 2006, saya membelikan isteri kamera Olympus berharga lebih kurang rm1500 dan boleh dikatakan antara kamera tercanggih ketika itu, boleh mengambil gambar di dalam air, tahan jatuh. Selepas itu, saya banyak mengambil gambar menggunakan handset Sony Erikcson dan selepas tamatnya riwayat handset tersebut, kini saya menggunakan kamera Nokia E72 untuk mengambil gambar, walaupun megapikselnya suda ketinggalan zaman, tapi ianya amat mudah di bawa kemana-mana untuk mengambil gambar. Amat seronok sekiranya dapat memiliki sebuah kamera NIKON DSR300. Ada Rezeki lebih, bolehlah membeli sebiji untuk mengambil gambar kenang-kenangan keluarga disamping berhasrat untuk membelikan isteri IPhone 4s, amik gambar boleh terus post ke blog.

  Khadiijah Wafi ketika berada di dalam perbarisan

 Bersama rakan-rakan berbangsa Cina

Single Post Navigation

One thought on “Sport Day

  1. hairul2801 on said:

    Anak sayang baru 5 tahunlah anje🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: