My Blog

Tentang Awak&Kite…NurCinta Kami…

..Istiqamah..

Sememangnya aku sangat menyukai membaca blog sesiapa sahaja yang mendatangkan ‘jentikan’ di hati..salah satunya blog Muhammad Kamil-Kehidupan Ringkas tapi Signifikan.. Apabila membaca blognya, aku merasa ‘ditampar’,’diseligi’ secara berhemah.. Agak santai ayatnya sesuai dengan sifat manusia yang mahukan kebaikan tapi payah untuk istiqamah.. Macam gitu juga bagi aku.. Ohoooo,alangkah payahnya nak beristiqamah dalam melakukan sesuatu perkara.

Perkara-perkaranya:

1) Solat Dhuha..

Time cuti memang selalu sangat miss..😦 alangkah ruginya aku kerana pada sesi persekolahan aku boleh laksanakan tanpa gagal..

“Allahumma Ya Allah ya Tuhanku.. Sesungguhnya waktu dhuha ini adalah waktumu, cahayanya adalah cahayamu, keindahannya adalah keindahanmu, kekuatannya adalah kekuatanmu… Ya Allah, sekiranya rezekiku ada dilangit,maka turunkanlah ia.. Jika ada dibumi maka keluarkanlah ia.. Jika adanya jauh, maka dekatkanlah ia, jika adanya adalah hampir, maka permudahkan ia.. Untukku dengan keberkatan&hakikat dhuhamu.. Berikan kepadaku sebagaimana Engkau berikan kepada hamba2 mu yang soleh”

Indahnya bait2 doa ini, hingga mengalir air mata.. Allah tuhanku, padamu aku meyembah& kepadamu juga aku memohon ampun&rezeki yang tidak putus2..🙂

2) Berpuasa Sunat

Selalunya incik suami akan berpuasa sunat.. Sememangnya dia sangat rajin.. Adakalanya aku turut join sekali… Alangkah nikmatnya berpuasa bersama2🙂.. Cuma tidak istiqamah.. Keadaan yang sedang berbf abang, cabaran bagiku.. Tidak lama lagi bulan rahmat Ramadhan al-Mubarak akan tiba.. Ayuh bangkitlah Syadatul Azura membuat persediaan awal supaya kamu tidak ‘pancit’

3) Solat Tahajjud

Seringkali terjaga awal lalu bangkit menunaikan solat tahajjud.. Itu kalau rajin, kalau malas datang memanglah tak solat tahajjud.. Alangkah bagusnya kalau aku in seorang yang sangat rajin tapi tulah, bisikan syaitan yang sentiasa menggoda membuatkan aku alpa..  Ada suatu pagi,kami berdua menjeruk rasa. Aku mengejutkan suami untuk bangun solat tahajjud, namun dia agak liat sikit nak bangkit mungkin disebabkan kekerapannya bangun malam melayan kerenah anak2 yang tidur kurang lena. Tapi tak apelah, silap timing menegur, kami bergaduh kecil😦 aku kena belajar menegur pada timing yang sesuai next time🙂 mana psikologi yang kamu belajar ni???

4) Solat Awal Waktu

Sedang berusaha untuk memastikannya dilaksana🙂 semoga bertambah baik dari semasa ke semasa..

5) Membaca Al-Quran

Bukan membaca ketika masa lapang kerana ia bukan novel untuk bersantai2, tapi ia adalah makanan rohani.. Aku berharap walau sesibuk mana pun dengan kerjaya, rumahtangga&anak2, aku perlu meluangkan masa untuk membaca Al-Quran walau satu muka surat.. Petik kata2 bapak (ayah sahabat cintaku,Asma’ Wardah Surtahman), “sehari sejuzuk, 30 hari dah khatam Al-Quran” namun aku hanya buat yang termampu&beristiqamah dengannya🙂 boleh juga membaca terjemahannya supaya lebih ‘rasa’..🙂

5) Solat di Masjid

Kalau ada masa terluang, kami sering membawa anak2 bersolat di Masjid Shah Alam.. Bermula pada hari Sabtu& Ahad, bolehlah pada hari2 yang lain. Sekiranya diusahakan pasti boleh..

Perkara yang ma’aruf memang payah untuk dibuat.. Tapi tak mustahil untuk beristiqamah sekiranya kita mempunyai iltizam yang tinggi.. Allah, Ya Rabbi, pimpinlah kami untuk melepasi segala halangan.. Semoga kami sentiasa mengikut rapat orang2 yang menyeru kebaikan supaya kami tidak tersasar umpama mengekori kereta yang arif dengan jalanraya menuju destinasi, andai terlepas pandangan.. Maka tersesat jalan menuju destinasi..

~Sungguh Syurga itu MANIS kerana jalannya penuh onak berduri yang perlu ditempuh dengan usaha yang berterusan:ISTIQAMAH~~

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: