My Blog

Tentang Awak&Kite…NurCinta Kami…

Reply

Setelah membaca entry incik somi tentang rezeki, terdetik dihatiku untuk ‘reply’ semula😉 hihihi.. Kiranya kenyataan balaslah ni..

Sungguh aku amat suka apabila suamiku tidak bekerja, aku tak tahu orang lain bagaimana perasaan mereka apabila suami mereka tidak bekerja.. Mengikut survey2 yang aku buat secara tidak langsung dengan kawan2 melalui sembang2 di ‘meja kopi’, ramai yang tidak suka dan antaranya sanggup lancarkan ‘perang’,ada yang rasa rendah diri& ada yang rasa suami tidak ‘berguna’.. Masing2 ada pendapat&hujah tersendiri, aku mesti respect akan hal tersebut

Ketika aku ingin membuat loan gomen untuk pembiayaan rumah, membeli semula rumah hairul banyak yang memberi nasihat jangan terlalu percayakan suami.. Nanti suami cari yang lain.. Aku tidak merasa cuak atau sebaliknya.. Cuma terdetik di hati, adakah mereka2 ini kurang memberi kepercayaan pada suami?.. Padaku, mana2 yang boleh meringankan beban keluarga, aku trylah buat.. Senang sama2 senang, susah pun sama2lah kena tanggung.. Nama pun pernikahan, mestilah berjemaah lagilah pulak kami datang dari keluarga sederhana.. Mungkinlah kalau dari background famili yang kaya raya, bolehlah —> duit aku, aku punya.. Duit kau, setelkan hal2 rumahtangga.. Suami mesti bertanggungjawab segala2nya.. Jadi, aku kenalah sedar diri sendiri.. Sememangnya rasa bahagia sebab semuanya berjemaah🙂

Anje,
Sejujurnya, sayang memberi sepenuh kepercayaan kepada anje.. Semuanya.. Kasih sayang, cinta, rindu-rinduan🙂.. Kadang2 rasa gusar juga, cuma bersangka baik itu lebih bagus.. Andai terjadi sebaliknya, hanya Allah tempat sayang bergantung nasib diri.. Lagipun ada anak2 menjadi kekuatan kalau anje bertemu orang lain..( tapi sebelum tu, aku ganyang2 dulu kasi lunyai..kahkahkahkah😉 )

Walaupun hairul tidak bekerja tapi aktivitinya sentiasa padat kalah perdana menteri.. Aku pun bengang juga.. Ketika hairul bekerja dulu, kami sering&kerap bergaduh.. Entah apelah puncanya, aku bukan ingat.. Gaduh2, situ aje dilepaskan dan hilang tidak pernah disimpan dalam hati.. Sementelah pula kami mengamalkan sesi muhasabah.. Tak puas hati,cakap terus terang.. Iye, cakap terus terang memang menyakitkan hati tapi itu lebih berbaloi dari makan hati berulam jantung sendiri2..

Hairulku ini, semua kerja rumah dibereskan semampu yang boleh.. Kerja paling superb ialah menjaga ketiga anak2 dari A-Z.. Bermula selepas solat subuh, ditukarkan abang dan adik pampers.. Membuat susu untuk si adik&kak long.. Mandikan kak long&menyiapkan kelengkapan kak long ke sekolah.. Okehlah tu walaupun pada mulanya aku agak stress bila balik dari mengajar, rumah macam ‘gempa bumi’🙂

Dari hari ke hari, aku belajar suamiku bukanlah bibik, bukannya kuli untuk aku arah tu arah ini hanya kerana dia tidak bekerja.. Menjadi ‘mr ummi’ bukanlah perkara yang mudah sementelah seorang lelaki egonya sangat tinggi.. Tanyakan sahaja pada orang lelaki diluar sana, sanggupkah berhenti kerja untuk menjadi ‘mr mama’? Pasti ada yang sanggup kerana itu juga tugas mulia..
Tang gaji aku tu, biarlah dijoli bersama2 famili itu lagi barakah.. Tidak lupa pemberian kepada parent, itu sudah memadai-semoga rezeki tidak putus&tidak meminta2 pada orang lain.. Ya Allah, cukupkanlah pemberian nikmat&rezekiku kepada kami sekeluarga.. Sama2 mencapai target bebas hutang sebelum umur 35 tahun.. Allahumma Amin..🙂

Anje,
Terima Kasih atas segala2nya.. Jauh disudut hati sayang, sayang pun tak nak bekerja.. Sama2 tidak bekerja tapi kita ada duit untuk berjoli.. Hihihi🙂 doa sayang agar anje dapat menyiapkan disertasi dengan sempurna&teruskan niat hati untuk mengambil PhD.. Ambil kat UM sahaja cukuplah sebab sayang tak naklah jauh2 dari parent kita.. Semoga apa yang kita plan bersama untuk meningkatkan ekonomi keluarga yang sedang diusahakan ini berjaya.. Doa sayang agar anje beroleh kemuliaan di dunia&akhirat..
Sungguh aku beruntung adanya kamu dalam hidupku cuma pesanku padamu agar ‘up’ kan lagi romantismu itu..hahahaha🙂

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: