My Blog

Tentang Awak&Kite…NurCinta Kami…

rezeki

Assalamualaikum…

Hari ini 28 Jamadil Akhir 1433, 20 Mei 2012, sudah mencecah dua bulan saya bergelar seorang yang tidak bekerja. Jika dahulu, setiap hari Ahad saya akan mula memikirkan tentang soal-soal kerja (membaca meter dimana, berapa biji meter yang akan dibaca) pada esok hari dan tidak terkecuali saya akan menghitung hari untuk bertemu semula hari Jumaat yang seterusnya, hari terakhir bekerja sebelum bercuti keesokan harinya. Selama enam tahun saya berkeadaan seperti itu dan tidak menyangka masa berlalu dengan pantas. Saya pasti, kebanyakan orang yang bekerja akan memikirkan perkara yang sama seperti saya. Itu dahulu.. Sekarang bila tiba hari Ahad.. tiada apa yang difikirkan, sisa kehidupan dihabiskan seolah-olah semua hari adalah sama. Tiada lagi hari Ahad, Isnin, Selasa, Rabu dan seterusnya. Nampaknya kehidupan saya selepas berhenti kerja sangat seronok, namun disebaliknya saya menghadapi tekanan yang tinggi, setiap hari, jam dan minit memikirkan tentang Datuk Harun Idris (individu yang dikaji dalam disertasi).

Apabila berhenti kerja, maka sememangnya pendapatan keluarga menjadi kurang, semua perbelanjaan isi rumah menggunakan gaji isteri. Pampers anak, susu anak, lauk-pauk malahan duit belanja setiap hari juga menggunakan hasil penat lelah isteri. Adakala bila memandang jauh disudut hati, perasaan malu itu tetap wujud.

Fikir dan berfikir, timbul persoalan apa perubahan yang saya lalui setelah berhenti kerja yang memasuki bulan kedua. Dari segi fizikal, kulit bertambah putih..hahahahah. Tidak pun sebenarnya, kalau sudah dilahirkan sejak azali diri ini berkulit sawa matang, janganlah diharap akan bertukar menjadi putih. Dari segi keturunan pun, tiada adik beradik saya yang berkulit putih, semuanya sawa matang. Namun, di antara anak-anak kami, saya lihat kulit Aaminah Wafi putih sedikit berbanding Khadiijah Wafi dan Afkaar Wafi. Isteri sering menyatakan sangat geram apabila mencium pipi Aaminah yang gebu.

Dari segi jasmani, suatu perkara yang saya fikirkan..

Berhenti kerja maka kewangan keluarga menjadi kurang.. TETAPI….hakikatnya rezeki kami semakin bertambah.

Apakah yang dimaksudkan dengan rezeki? Kita sering mengambarkan rezeki adalah berbentuk wang ringgit. Saya berfikir, rezeki itu cukuplah kami sekeluarga tidak putus wang ringgit untuk berbelanja seharian. Alhamdulillah, setakat ini apa yang anak-anak kami mahukan, semuanya kami mampu kami tunaikan. Tidak sesekali merasakan hidup kami sangat sempit, sehingga bekalan duit putus setiap hari. Setiap hari ada je duit untuk berbelanja seharian.

Lebih dari itu, rezeki kami juga telah bertambah. Maksudnya, Alhamdullilah sejak saya berhenti kerja, keluarga saya belum sekalipun mengalami masalah kesihatan. Dua hari yang lepas, saya lihat Khadiijah Wafi seolah-olah hendak mulai demam, badannya mula terasa panas, namun di sebelah malam kelihatan dia begitu aktif bermain dengan Aaminah Wafi. Itulah rezeki yang Allah s.w.t tambahkan kepada kami sekeluarga iaitu rezeki kesihatan yang baik. Disebalik itu, isteri merupakan perunding kesihatan di dalam keluarga kami. Setiap minggu, isteri  akan membelek kuku kaki tangan kami anak beranak, memotong sekiranya telah panjang. Sentiasa memastikan berus gigi saya dan anak-anak sentiasa elok, sekiranya berusnya telah kembang, isteri akan menukar dengan segera. Begitu juga dalam soal pemakanan, sangat beruntunglah anak-anak kami kerana isteri sangat mengharamkan keropok-keropok yang mempunyai msg tinggi kepada-kepada anak-anak (termasuklah saya). Dalam sajian makanan tengahari dan malam, sayur-sayuran menjadi sajian yang wajib. Saya pula? Sudah pasti saya juga mementingkan kesihatan keluarga tetapi kalau dibuat contoh sekiranya dalam soal kesihatan isteri saya dianggap doktor, saya bolehlah dianggap sebagai assistant jururawat je..hi..hi.hi..ada juga peranannya walaupun sedikit.

Semalam seperti biasa kami sekeluarga telah pergi ke dataran Shah Alam melihat anak-anak gembira bermain berlari-lari di tengah padang. Si kakak memicit pistol belon berlari-lari di tengah padang dan si adik mengekor dari belakang memecahkan belon. Saya tidak pasti bila situasi ke Dataran Shah Alam akan berakhir kerana berdasarkan pengalaman dahulu, hampir setiap hujung minggu kami sekeluarga akan ke pusat akuatik Shah Alam bermandi-manda di sana. Namun, lama-kelamaan keterujaannya menjadi pudar dan seterusnya hilang. Dataran Shah Alam, itulah destinasi buat masa kini sehinggalah keterujaan anak-anak kami hilang dan saya tidak tidak pasti bila masanya akan tiba.

Sebelum pulang, saya sempat merekodkan kenangan anak-anak di Dataran Shah Alam.

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: