My Blog

Tentang Awak&Kite…NurCinta Kami…

Happy Friendship Day

Selagi ada bulan dan bintang selagi itu termaktub di dalam hati ini kalimah cinta hanya untuk isteri tersayang Siti Syadatul Azura binti Abdul Wahid.

Sebenarnya mengenai artikel Happy Friendship Day, saya telah pun menaip sejam yang lalu, namun apabila saya post artikel tersebut, yang kelihatan di blog, hanya tajuknya sahaja, isinya semua tidak kelihatan. Ia sememangnya menguji kesabaran saya. Boleh sahaja saya menulis semula, namun seperti yang saya pernah nyatakan di dalam post terdahulu, isi dan olahan ayatnya pasti tidak sama seperti artikel yang ghaib tersebut.

Tidak mengapalah, saya kuatkan semangat untuk menulis semula memandangkan hari ini merupakan hari istimewa bagi kami berdua walaupun kelopak mata ini terasalah sangat mengantuk kerana kepenatan berusrusan ke sana sini hari ini.

Apa yang istimewanya hari ini 21 Mei 2012?

Sudah 9 tahun,tarikh 21 setiap bulan kami sambut sebagai hari Friendship kami berdua. Apa signifikannya tarikh tersebut kepada kami. Jawapannya tarikh 21 haribulanlah kami mula mengenali satu sama lain. Sama-sama mengharungi alam universiti menuntut ilmu sehingga berjaya mengenggam segulung ijazah. Menyebut soal kenangan, pastinya terdapat kenangan yang manis dan pahit dan biarlah kami berdua sahaja yang mengetahui kenangan2 tersebut. Sekiranya kami bercerita tentang semua kenangan tersebut dan semua orang mengetahui, maka tidaklah ia menjadi suatu kenangan yang istimewa lagi.

Mengapa kami masih lagi menyambut hari Friendship Sedangkan kami sudahpun berkahwin, cukup lah sekadar menyambut hari happy anniversary perkahwinan. Hakikatnya kami masih lagi mengamalkan konsep persahabatan di dalam hubungan kami. Dalam sesuatu situasi, kami meletakkan title “suami” dan “isteri” ke tepi dan kami berkomunikasi sebagai seorang sahabat. Tidak wujud lagi situasi di mana seorang isteri memandang di hadapanya seorang suami dan begitu juga sebaliknya. Si suami tidak boleh menggunakan kuasanya vetonya sebagai seorang suami dan segala percakapannya harus diturut. Level kita pada masa dan situasi ini adalah sama. Namun, bukan semua situasi boleh sebegitu, lazimnya ianya berlaku dalam situasi santai dan perbincangan mengenai politik tanahair..sesungguhnya saya sangat bertuah kerana isteri juga amat meminati politik seperti saya.

Dalam mendidik anak-anak juga adakala kami berperanan sebagai seorang sahabat. Kami tidak mahu anak-anak kami melakukan sesuatu arahan kerana takutkan kami sebaliknya mahu mereka melakukannya kerana menghormati kami. Namun, kami tidaklah mahu mereka sangat menghormati kami sehingga tidak boleh menjadikan kami seperti sahabat mereka. Namun lagi, kami juga tidak mahu mereka sentiasa menganggap kami sebagai sahabat mereka sehingga hilang rasa hormat terhadap ibubapa. Anak-anak kami semuanya mempunyai personaliti yang tersendiri. Khadiijah Wafi, sangat mudah tersentuh, tidak pandai berebut sesuatu benda dengan orang lain, cepat beralah. Risau juga saya melihat dia berpesonaliti sedemikian, takut dia sentiasa dibuli oleh kawan-kawannya nanti, semoga dia mendapat seorang sahabat yang baik. Aaminah Wafi…mmm..saya perlu menarik nafas panjang dahulu sebelum menulis tentang personalitinya, mudah kata berbeza sangat dengan kakaknya, semoga dia juga mendapat seorang sahabat yang baik dan lebih dari itu menjadi seorang sahabat yang baik.

Setiap 21 Mei saya dan isterinya akan menyambut hari Friendship, bagaimana kami menyambutnya tidak sangat penting. Sekiranya ada rezeki lebih, bolehlah kami menyambutnya dengan lebih meriah, namun andai sebaliknya, cukupnya kami sama-sama mengingati kenangan terdahulu yang adakala membuat kami tersenyum dan menangis.

Single Post Navigation

One thought on “Happy Friendship Day

  1. hairul2801 on said:

    Anje,happy frienship day.. Sayang selamanya..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: