My Blog

Tentang Awak&Kite…NurCinta Kami…

HappyBirthdayKakLong

Hari ini 24 Mei 2012, Ulangtahun kelahiran anak sulong saya Khadiijah Khairana Wafi yang kelima. Sekiranya saya berbalik kepada kalender hijri, sekarang dia berumur 5 tahun dan dua bulan (lahir pada 7 Jamadil awal 1428 dan sekarang 3 Rejab 1433, ditolak dan bahagi jumlahnya 5 tahun dan dua bulan). Sekiranya mengikut due date yang doktor bagi, sepatutnya Khadiijah Wafi dilahirkan pada 4 Jun, namun ianya berlaku dua minggu awal dan pada ketika itu juga saya telah menyatakan kepada isteri, rugilah bersalin lagi beberapa hari cuti sekolah hendak bermula kerana cuti bersalin guru tetap dikira walaupun dalam cuti sekolah. Namun, sekarang saya mendapat hikmah disebaliknya. Menjelang cuti pertengahan tahun, tadika yang Khadiijah Wafi belajar sekarang dan tadika yang dahulu pasti akan mengadakan party sebelum sekolah bercuti, dan secara tidak sengaja Birthday Khadiijah Wafi jatuh beberapa hari sebelum cuti sekolah, makanya ketika tadika mengadakan party, saya dan isteri akan membeli kek untuk menyambut birthday khadiijah di dalam party tersebut. Seronok bukan? Seolah-olah tadika tersebut mengadakan majlis khusus untuk sambutan birthday anak kami.

Saya bukan untuk membeza-bezakan antara anak kami satu sama lain, jauh sekali untuk menyatakan anak yang ini lebih baik daripada anak yang itu. Cumanya apabila bercerita tentang Khadiijah Wafi, segala kenangan kesusahan yang dialami semasa kecik menyebabkan jauh rasa disudut hati ini penghargaan sangat besar kepada dia. Sekiranya menyelak semula kenangan lampu, saya dan isteri bernikah semuda usia 23 tahun. Kami bukan datang daripada keluarga yang berada, maka apabila kami berdua berkahwin di usia muda, semuanya kami harus survive sendiri. Mula-mula kami melangkah kaki ke rumah sewa, apa barang yang kami bawa hanyalah sehelai sepinggan. Beberapa bulan selepas itu, baru membeli tv, peti sejuk, dapur, mesin basuh dan barang-barang lain sedikit demi sedikit. Kenderaan hanyalah sebiji motorsikal. Setahun selepas itu, Khadiijah Wafi dilahirkan dalam kehidupan yang serba sederhana.

Dugaan pertama selepas kelahiran Khadiijah Wafi, sekolah tempat isteri bekerja telah menamatkan khidmatnya. Tidak dapat dibayangkan, disaat beberapa bulan lagi akan menghampiri bulan Syawal, isteri ditamatkan perkhidmatan. Sekiranya hanya kami berdua, itu tidak menjadi masalah menyambut syawal dalam keadaan yang sederhana, tetapi untuk sambutan syawal pertama Khadiijah Wafi, kami sememangnya mahu dia pakai pakaian yang cantik-cantik untuk diambil gambar sebagai kenangan. Saya pasti, semua ibu bapa pun mahu begitu utnuk anak-anak mereka. Setiap anak yang dilahirkan mempunyai rezeki mereka, Alhamdullilah, isteri telah mendapat pekerjaan di sekolah yang lain, cumanya untuk menjimatkan lagi kewangan keluarga, kami telah bertekad untuk tidak menghantar anak di rumah pengasuh di bulan Ramadhan kerana memikirkan wang daripada penjimatan tersebut boleh digunakan untuk anak di bulan raya. Oleh kerana itu, menjadi tanggungjawab saya menjaga anak di sebuah masjid dan membawa Khadiijah Wafi bersama saya menaiki motorsikal. Dalam semuda 3 bulan, saya telah membawa Khadiijah Wafi menaiki motorsikal sejauh hampir 20 minit perjalanan..Apa yang boleh dinyatakan, ianya kerja gila..Khadiijah terlampau kecil ketika itu, namun itulah yang saya lakukan. Di masjid, Khadiijah Wafi hanya berbaring beralaskan sejadah sementara menunggu isteri habis bekerja. No tilam empuk, No aircond dalm keadaan cuaca yang panas, Khadiijah Wafi demam.

Namun begitu, Khadiijah Wafi sangat “beruntung” kerana apabila pulang ke kampung, dia dapat menaiki kenderaan yang sangat besar, lebih kurang 34 sits (sangat besar bukan?) dan sekiranya bernasib baik, dapat menaiki kenderaan yang sangat panjang, lebih kurang 300 sits (sangat dan sangat panjang bukan?). Saya hanya mempunyai sebuah motorsikal, apabila pulang ke kampung, hanya bas dan train yang menjadi keutamaan kami. Kahsiannya anak walid dan ummi terpaksa bersempit-sempit bersama ummi dan walid untuk tiket dua tempat duduk dewasa. Sekiranya pulang dari kampung waktu malam dan sampai di Kuala Lumpur pukul 4 pagi, Khadiijah Wafi terpaksa bersejuk di atas motorsikal perjalanan dari Hentian Pudu ke Taman Datuk Harun.

Dia tidak seperti kanak-kanak yang lain, apabila menghendaki sesuatu, on the time mampu dapat. Seingat saya, basikal yang dia milki sekarang, setelah beberapa bulan merequest daripada ummi dan walid, baru mampu dia miliki. Namun, sesuatu yang saya sangat kagum, apabila saya dan isteri menyatakan kami belum mampu membelikan dia itu dan ini, dia segera memahami. Tidak mengeluh dan tidak sesekali mempersoalkan alasan kami. Seolah-olahnya beliau sangat memahami kewangan yang tidak mengizinkan. Itulah Khadiijah Wafi, anak sulong kami.

Hari ini, genap umur dia 5 tahun dan 2 bulan. Apabila undur ke belakang dalam dua tiga bulan ini, saya mencari-cari satu tarikh yang dalam hari tersebut, saya tidak memarahinya langsung. Malangnya, saya tidak memperolehi tarikh tersebut. Andai kata, sekiranya dia masih lagi menjadi anak tunggal hingga kini, adakah situasinya tidak seperti sekarang dan adakah saya tidak akan sering memarahinya dan menyayanginya seperti menatang minyak yang penuh. Puncanya amat mudah difahami tetapi amat susah untuk mengubahnya persepsi tersebut. Oleh kerana telah mempunyai dua orang adik, saya sering beranggapan dirinya telah besar dan berfikir seperti manusia yang telah besar. Semua perkara yang dilakukan tidak boleh silap dan sekiranya dia melakukan kesilapan berulang kali, saya akan memarahinya keranamenganggap “DIA SUDAH BESAR”. Itulahlah kesilapan saya dan perkara ini harus diubah. Semalam, saya mendengar di Radio, Dr. Fadzilah Kamsah menasihati, jangan selalu marahkan anak-anak kerana anak-anak yang sering kena marah, pemikiran dia akan menjadi bodoh. Memang betul, anak-anak yang sering dimarahi akan menyebarkan pemikiran dia tidak berkembang takut untuk mencuba melakukan sesuatu yang baru kerana takut dimarahi. Sentiasa berada dalam keadaan takut, takut dan takut. Mohd Hairulhazan. bila lagi nak berubah? Setiap manusia tidak kira kecil, dewasa dan tua, semuanya dilahirkan dengan perasaan. Saya berfikir, Tidakkah sesekali Khadiijah Wafi apabila dimarahi, timbul perasaan kecil hatinya terhadap saya atau perasaan itu sememangnya tidak wujud di dalam sanubarinya.

Umur 5 tahun, perkembangannya sangatlah cepat. Saya umur lima tahun? Mmm…lap hingus yang mengalir di hidung pun tak pandai lagi. Khadiijah Wafi, pandai mandi sendiri, gosok gigi dengan bersih dan lain-lain. Dalam usia 1 tahun setengah, sudah tidak lagi memakai pampers. Ketika berusia 4 tahun, mendapat nombor satu di dalam peperiksaan akhir tahun sekolah. Pandai menggunakan laptop sendiri tanpa bantuan daripada walid dan ummi. Namun, bab kemas mengemas, kurang sikit.

Inilah anak sulong kami, hari ini dia telah berusia 5 tahun. Telah menjadi kakak kepada dua orang adik. Doa saya agar dia menjadi contoh yang baik kepada adik-adik yang lain. Seorang kakak yang banyak mengalah kepada adiknya. Seorang kakak yang pandai menguruskan diri sendiri ketika mana ummi dan walid memberi perhatian kepada adik-adik. Seorang kakak yang banyak bersabar dengan tingkah laku walid yang kadang-kadang memarahinya. Seorang kakak yang banyak membantu ummi dan walid dalam urusan dirumah. Seorang kakak yang sentiasa mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh walid dan ummi tanpa banyak soal. Dan seorang kakak inilah yang Walid dan Ummi sayang. Selamat hari jadi Khadiijah Wafi.

20120526-183716.jpg

20120526-183729.jpg

Kak Long memakai sepit rambut – hadiah daripada bonda

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: