My Blog

Tentang Awak&Kite…NurCinta Kami…

Sanah Helwah Kak Long Baby

Kak long,

24 Mei 2007, 17:22-Hospital Putrajaya

Dalam debar bercampur tak sabar untuk melihat wajah anak ummi,
Penantian yang agak panjang memakan masa 9bulan 10 hari,
Ke hulu ke hilir mengusung Khadiijah Khairana Wafi,
Sungguh ummi sangat rasa indah hari2 yang dilalui..

Kudrat yang ada, ummi gagahkan,
Menanti saat kelahiran menjelma,
Tanpa pengalaman, tanpa bayangan,
Si comel kecil hadir membawa gembira

Kak long,

Hari ni genap usia kak long 5 tahun, kadang2 ummi macam tak percaya kak long dah berusia lima tahun.. Sayangnya ummi pada kak long.. Kalau diingat balik, anak ummi yang kecil ini—->;
yang ummi&walid dok main kejar2 sewaktu mula dapat kaki, kini dah boleh berdikari🙂
Yang walid&ummi suapkan, kini dah boleh menyuapkan walid,ummi&adik🙂
Yang dulu panggil walid- ayid, ummi- mi, kini dah boleh panggil dengan betul🙂
Yang dulu tak tahu apa2, kini semuanya dihujung jari🙂
Aduhai masa, cepat sungguh kak long membesar..

Anak ummi,
Sungguh ummi sayang sangat pada kak long..
Maafkan ummi adakalanya terlalu emosi,
Tidak dapat mengawal perasaan amarah,
Tidak dapat melawan rasa letih& stress,
Melepaskan pada kak long..

Anak ummi,
Dalam tenang ummi memohon maaf,
Tanpa dendam, tiada kesumat,
Dengan senang hati kak long memaafkan ummi,
Sungguh kak long baby solehah ummi

Kak long sayang,
Ummi tidak sempurna,
Ummi masih dalam proses pembelajaran secara berperingkat,
Dan akan terus belajar supaya ummi boleh jadi ummi mithali..
Boleh menjadi sahabat kak long,
Pendengar setia, penasihat berguna& penegur berhikmah..

Kak long cinta hati,
Sungguh kehadiran kak long sangat membahagiakan
Walaupun poket ummi selalu kering,
Walaupun rumah tunggang langgang,
Tanpa kak long, ummi is empty&nothing…

Kak long kasih kekasih,
Terima kasih menjadi kakak yang terbaik,
Cuba memahami mengikut takat usia kak long,
Membantu ummi,
Mengurut ummi ketika ummi keletihan,
Memberi kerjasama..
Sesungguhnya kak long dalam proses pembelajaran yang berterusan..
Terima kasih sayang🙂

Sempena hari lahir kak long..
Ummi telah menjadi UMMI
Walid telah menjadi WALID
Dan hari ini adalah ‘ happy walid’s & ummi’s day..

Ya Allah, aku sangat-sangat bersyukur
Dengan kehadiran nurcinta kami
Jadikanlah mereka penyejuk mata, penyenang jiwa, penawar di hati..
Semoga mereka menjadi mujahid2 yang memperjuangkan agamamu
Menelusuri sunnah perjuangan kekasih-Mu…

Ummi sentiasa doakan yang paling terbaik untuk kak long di dunia&akhirat…
Berjaya dengan pilihan kak long..
Mendapat suami soleh& anak yang menyenangkan hati..🙂
(aduhai si ummi, berfikir terlalu jauh padahal anaknya baru 5 tahun😉 )

SELAMAT HARI LAHIR yang ke 5 tahun
Khadiijah Khairana Wafi binti Mohd Hairulhazan

Aksi2 birthday princess baby🙂

20120525-012704.jpg

20120525-012729.jpg

20120525-012755.jpg

20120525-012825.jpg

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: