My Blog

Tentang Awak&Kite…NurCinta Kami…

Review Italian Rainbow Cake

😦😦😦😦😦😦😦😦😦😦😦😦😦

Tempah kek hari lahir kak long di SuaRasa Homemade Cake
Sangat mendukacitakan kerana:

1) Servis dia sangat hampeh

Ada ke patut, tengah kotak kek dipotong dan dibiarkan lompong ternganga.. Baker dia memang tak bertanggungjawab dan letak otak kat kepala lutut. Sepatutnya sebelum buat kek, dah tahu kotak kek hanya ketinggian 9inci, yang bedal buat lebih dari ketinggian kotak tu, apa kes?

Dah tahu buat salah, ditarahnya tengah2 kotak bahagian penutup kek supaya krim tidak kena pada penutup kotak apabila ditutup.. Lepas tu, dibungkus dengan beg plastik merah supaya aku ni tak nampak keje ‘terlebih kreatif’ dia..

Aku sangat terkejut apabila ada krim terlekat kat beg plastik, jadi on the spot aku melihat.. Bertambah2 lagilah terkejut bila tengok, la mana penutup kotak kek ni? Aku telefon baker, tapi biasalah orang lepas tangan, macam2 alasan.. Padahal aku dah cakap nak bawa dari shah alam ke usj, adakah dia tak boleh fikir, kalau tak berpenutup, apa akan jadi? Betul2 otak letak kat kepala lutut

2) Rasa Kek ke longkang

Rainbow berwarna warni, colourful.. Ada kek rasa pewarna? Memang betul2 pakai barang2 cikai aje.. Kata pakai butter tapi sebenarnya pakai mentega dalam plastik! Rasa tawar entah apa2 lah punya rasa.. Memang sangat tak reti buat kek.. Orang buat kek, awak pun nak buat kek.. Tapi buatan awak tu macam bagi makan kucing!

Akhir sekali, sekiranya ada sesiapa yang nak menempah kek, carilah bakers yang memang pentingkan kualiti, bersih& amanah dalam melaksanakan tanggungjawab.. Pada aku, RM100 tu apalah sangat jika nak dibandingkan dengan kegembiraan anak menyambut hari lahir bersama kawan2nya di sekolah kalau kek tu tip top.. Ni hampeh lagi ke longkang, jadi amatlah membazir RM100 di’buang’ pada bakers puaka ni..

Kepada baker SuaRasa Homemade Kek, be a responbility person, if you are wrong, why not you ask for forgiveness? Ni dah salah, menyalahkan aku pulak.. Aku boleh berlapang dada, kalau si baker ni merendah hati.. Tapi perangai punyalah… Aduhai memang tak boleh nak kata ape.

p/s: walaupun deko dia mmg superb cantik, tapi kalau rasa’ado’.. Alamat masuk tong sampahlah.. Sorry, SuaRasa Homemade Cake, ” YOU’RE FIRED ”

20120525-183216.jpg

20120525-183257.jpg

20120525-183333.jpg

Gambar-gambar kek, tengok edible princess tu tak boleh nak makan, macam kertas tebal ke benar tak boleh nak potong guna pisau.. Terpaksa dibuka dari permukaan kek…

Oleh kerana, kek yang dibawa ke sekolah tidak habis, jadi teacher kak long suruh bawa balik siap tukar kotak yang bertutup lagi tu… Alahai chinese teacher dia lagi peka.. Kak long siap komplen:
” ummi, kek ni tak sedap..jangan beli lagi.. Nanti ummi buat sendiri beli oven” ——> aduhai si anak, kalaulah ummi ni boleh buat, dah lama ummi buatkan..

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: