My Blog

Tentang Awak&Kite…NurCinta Kami…

06062012

6 JUN 2012, genap enam tahun kami berumahtangga. Tarikhnya sangat menarik, 060606, namun sehingga saat ini, saya masih lagi belum bertemu pasangan suami isteri yang bernikah pada tarikh tersebut kerana hari tersebut jatuh pada hari isnin. Biasalah orang Malaysia kan selalu mengadakan majlis nikah pada hari minggu, kami pula terbalik..hi.hi.hi..Selagi belum bertemu dengan pasangan yang bernikah pada hari tersebut, maka saya berpendirian 060606 adalah tarikh mutlak kami berdua. Pemilihan tarikh 060606 bukanlah bermakna kami sangat taksub dengan nombor atau sama sekali percaya bahawa setiap nombor ada tuah tersendiri seperti masyarakat Cina, namun apabila menyebut 060606, menarik bukan…Selamatlah saya sempat mengumpul sedikit kewangan dan mampu bernikah dengan Siti Syadatul Azura pada 060606, kalau tidak sempat, maknanya kena tunggu tahun lagi satulah baru boleh bernikah 070707.

Apa sebenarnya pengertian perkahwinan?

Setiap individu yang dilahirkan dimuka bumi semuanya dilahirkan bukan dalam keadaan yang sempurna. Semua ada kelemahan tersendiri. Ada ke manusia yang sangat perfect? No,no,no (mengulang seperti yang adik Aaminah selalu sebut dalam nada berlagu). Apabila berkahwin, kelemahan ditutup oleh pasangannya. Tidak kiralah dalam soal perbuatan mahupun pemikiran. Saya sangat susah untuk mengingati nama-nama orang. Apabila pulang ke kampung, saya mula terpingga-pingga memikirkan nama sepupu-sepupu saya apabila berjumpa, itulah kelemahan saya, namun ianya merupakan kekuatan isteri saya pula apabila boleh menghafal setiap nama-nama sepupu saya. Saya, nama sepupu sendiri pun tidak ingat, inikan pula nama sepupu sebelah isteri. Itu sebagai contoh. Banyak lagilah contoh yang lain, tidak perlu ditulis disini, nanti mengaibkan diri sendiri pulak.

Saya merasa pelik melihat segelintir pasangan sering berkata perkahwinan bermaksud perkongsian tetapi apabila saya melihat mereka dikedai makan, mereka tidak pula berkongsi makanan dan minuman seperti kami. Kalau yang sudah mempunyai 3-4 orang anak lagilah dahsyat, setiap seorang sepnggan nasi dan akhirnya semuanya membazir dibuang di tong sampah. Anak-anak yang masih kecil, banyak mana sangat yang boleh mereka makan. Isteri selalu menyatakan dia sangat risau badan akan menjadi gemuk, tidak perlu risaulah sayang, selagi kita makan berkongsi xde harapanlah nak menjadi gemuk. Sekarang berkongsi sepinggan nasi dengan dua orang anak, tunggulah setahun lagi tambah lagi seorang shareholder si abang afkaar. Kenyang ke makan sepinggan nasi berkongsi beramai-ramai, Alhamdulillah setakat ini itulah jawapannnya.

Perkahwinan adalah tanggungjawab. Apabila tuan kadi melafazkan sah sahaja ketika berjabat tangan, maka bermulalah satu tanggungjawab saya sebagai suami. Isteri tidak pakai tudung, sahamnya masuk dalam buku catatan saya. Isteri tidak menunaikan solat, sekali lagi sahamnya masuk dalam buku catatan. Besar sungguh tanggungjawab tersebut. Alhamdulillah, Allah s.w.t jodohkan saya dengan seorang wanita yang tersemai benih-benih islam di dalam jiwanya sejak kecil. Bahkan keluarganya juga dididik dengan Islam sejak kecil.

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: