My Blog

Tentang Awak&Kite…NurCinta Kami…

6 Tahun yang bagai astro :D

Beberapa bulan sebelum tanggal 6June2012, pelbagai plan telah dilistkan..
Antaranya nak makan berdua-duaan di Atmosphera360 di KL Tower.. Tapi belum ada pengesahan halal Jakim, maka plan itu tidak diteruskan…

Hari ini pun, ada juga yang digaduhkan..itu memanglah makanan kiteorang..jarang sangatlah kalau tak bergaduh…aduhai~ entah bilalah boleh tak bergaduh.. Cuma aku perasan, kteorang gaduh dah tidak dipanjang&dilama2kan.. Dah masuk 6tahun pernikahan jadi adalah perubahan yang lebih manis dalam hubungan🙂

Perkara yang tidak dirancang, telah menggamit kenangan lalu.. Lantas air mata bertakung kerinduan.. Ya,sungguh aku rindukan kenangan2 dolu..

Aku ke Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya… Menghantar atin yang ada exam dalam jam 10 pagi.. Habis exam kul 12 tengahari.. Sementara tu, kami pergi check up abang yang dah 5 bulan.. Cian abang kena injet, still cool aje tak menangis…

Setel semua urusan, datang Um nak pick up mek atin… Aisey, mek atin ni habis exam mesti kul 1 sebab jam 12 pun batang hidung tak nampak.. Mujahid2 kecil ni dah mula bosan duduk dalam kereta, macam akrobatik ada.. Aku pun ajak kak long& adik ” jom nak tengok tempat ummi&walid studi tak?”😉 uhuk..uhuk..uhuk..

Dari blok A B C D kami berjalan..naik tangga turun tangga.. Ada tempat yang budak2 MA exam, kami cilok jalan lain.. Antara ingat tak ingat, aku redah ajelah… Sungguh2 tak sangka, aku akan bawa anak2 ke dalam ‘igloo’ AI.. Oh ye, dah bawa kak long&adik round2, jangan lupa ada soalan2 cepumas yang memecah kesunyiaan AI.. Suara mujahid2 ini bergema.. Sungguhlah aku dah ada anak2 yang sedang berlari2 kat AI.. How time flies..

Puas jadi shahbandar kat AI, kami terjah surau pulak ( dulu surau sekarang dah masjid ). Bahagian perempuan, macam dulu juga..oh, aku memang kerinduan yang amat! Terbayang2, aku solat, baring dan tidur sementara tunggu kelas/exam yang berikutnya.. Tapi time tu, punyalah penuh manusia.. Tadi aku pergi, agak lengang… Okehlah.. Kak long dan adik main kejar2 kat atas surau.. Ralit aku perhatikan mereka&sentiasa mengucap syukur dalam hati..

Abang dan walid kat bahagian muslimin.. Dari atas, kak long&adik menjerit2 panggil walid&abang.. Haiyaa, ini dua ketul princess sangatlah excited macam tak pernah jumpa walid&abang.. Nasiblah lengang, kalau tidak, mengganggu student2 yang sedang hadhomkan ilmu last minute sebelum masuk exam.. Ummi, puas dah tepuk mulut, sat aje diamnya.. Lepas tu, back to normal..😉

::-Our Love Story In Malaya University-::

Kepadamu Tuhan, Ku Pasrah Impian Penentu
Jodoh Pertemuan, Seandai Dirinya Tercipta Untukku, Relaku Menjadi Miliknya”

Doa ini acapkali ku pohon setelah berjumpa dengan awak..

Mohd Hairulhazan bin Rosli,

~~ Tanpamu, akulah yang rindu, tanpa dirimu hilanglah manjaku, kasihku pada kau yang satu, dirimu hanya dihatiku.. Engkaulah yang satu, pujaan hatiku, sucinya cintaku padamu ~~

“Bayangkan Kau&Aku Selamanya
Ku Selalu Mengenangmu, Hebat rasa
Bagiku Tiada Tandingan Kau&Anak2
Bahagia Bersama-Sama”

Standardlah kan, kalau pernikahan itu tidak selalunya indah.. Kerana kami saling mengharmonikan antara satu sama lain.. Macam2 ada dalam enam tahun akad nikah dilafazkan, cuma selagi ada rasa untuk bersama ‘try&error’, mengecapi mawaddah&rahmah, menuju mardhatillah&jannah Ilahi —-> KAMI AKAN SEIRING&SEJALAN MEREDAH SEGALANYA🙂🙂🙂

Selamat Ulangtahun Ijab&Kabul yang keenam tahun
Terima Kasih Untuk Semua Perkara Dulu, Kini&Selamanya..
sayang SAYANG anje🙂


Malam 060612, sempat juga keluar makan malam berdua di stall bukit jelutong lebih kurang pukul 2 pagi setelah semua anak-anak tidur

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s