My Blog

Tentang Awak&Kite…NurCinta Kami…

Khadiijah&Aaminah&Afkaar

Khadiijah Khairana Wafi

Nama ini walid&ummi pilih sempena nama isteri Baginda saw yang tercinta.. Sungguh besar cintanya kepada Rasulullah.. Peneman setia dikala senang&susah, penghibur raga tika baginda bersedih, penenang jiwa ketika Bagindah gundah gulana.. Sentiasa membenarkan Baginda… Khadijah, engkaulah srikandi&mentari menyinari hidup Baginda

Kak Long sayang,
Semoga mendapat manfaat&doa daripada nama isteri Nabi Muhammad.. Dewasalah sayang dalam seerah isteri baginda ini.. 🙂

Aaminah Adriyana Wafi

Wanita mulia yang dipilih Allah untuk membawa kekasihnya selama 9 bulan 10 hari.. Sunnguh Walid&ummi merasa teruja untuk memberi nama adik sempena nama bonda Nabi Muhammad.. Sangat tabah membesarkan nabi tanpa seorang suami hingga nabi berakhlak mulia&harum mekar dicintai sekalian makhluk

Adik sayang,
Doa walid&ummi agar adik memiliki semangat,ketabahan&kesabaran seperti Aminah, bonda Nabi Muhammad.. Membesar bersama ruh2 Islam&semangat juang yang tinggi.. 🙂

Ahmad Afkaar Wafi

Walid&ummi berusaha untuk memberi nama yang terbaik pada abang.. Kami tidak berapa mahir dalam pemilihan nama anak lelaki.. Ummi berfikir, kemungkinan ummi akan dapat anak perempuan sekali lagi memandangkan semua orang mengatakan umminya shape semasa mengandungkan abang seperti membawa anak perempuan..

Setelah kandungan mencecah usia 7 bulan, Dr. memberitahu walid&ummi, it’s boy.. Hanya linangan air mata gembira&terharu, antara percaya dan tidak, dalam rahim ummi ada abang.. Sungguh tak sabar nak jumpa abang.

Bermacam nama yang baik telah kami macthingkan supaya membawa doa dalam hidup abang..
Itulah nama abang, Ahmad Afkaar Wafi..

Sayang abang..

Macam2 ada 🙂 🙂

20120609-010634.jpg

20120609-010707.jpg

20120609-010757.jpg

20120609-010937.jpg

20120609-011006.jpg

20120609-011023.jpg

20120609-011120.jpg

20120609-011214.jpg

Single Post Navigation

Leave a comment