My Blog

Tentang Awak&Kite…NurCinta Kami…

Tahniah Kak Long..

Sangat berdebar untuk bertemu guru2 yang mengajar Khadiijah Wafi kerana hari ini Tadika Sarjana Comel telah mengadakan hari pertemuan antara guru&ibu bapa.. Aku pun terbayang kenangan ketika mama&ayah mengambil report book aku.. Result tak berapa okeh jadi kenalah bebel.. Kalau ada subjek yang gagal terutama math&english, lagilah kena balun.. Hehehe😉

Hari ni, aku berada di tempat kedua ibu bapaku.. Membawa mujahid2 soleh ini, aku dah jangka tak boleh nak berlama2&kurang memberi fokus.. Tapi anje banyak memberi kerjasama, terima kasih anje kerana memainkan peranan yang mantap🙂 adik pulak asyik menyanyi lagu wonderpet aje macam radio rosak🙂 “apa yang penting? Kerjasama”- berulang2 sampai ummi tak larat nak dengar🙂

Itu kisah aku dolu2.. Tapi bila suamiku bercerita tentang dia ambil report book, aku ketawa yang amat.. Ada ke patut, along dia yang ambil mewakilkan mak&ayah? Hahaha.. Dahtu terus cabut balik.. Tak sampai 10minit, setel semua.. Senang macamtu, tak payah nak dengar komen2 atau feedback daripada kedua belah pihak.. Anje oh anje.. Sungguh aku sering tergelak apabila mak menceritakan zaman anje kecil dulu… Hihihi🙂 sekarang dah jadi walid ‘angkatan bersenjata’

Sebenarnya aku hampir menitiskan air mata, air mata bertakung dipelupuk mata (sungguh aku emo) ketika Ms. Parveen (English Teacher) menceritakan tentang Khadiijah Wafi, walaupun agak lewat join TSC, tapi dia memberi respon yang sangat positif dengan perkembangannya.. Rata2 mengatakan Khadiijah Wafi seorang yang berdikari&kalau kawan dia buat salah, dia akan tolong betulkan-share ilmu.. Pada hemat aku, Khadiijah Wafi suka menyendiri, suka buat kerja sendiri, kurang mesra kawan.. Tapi, apabila di sekolah-perkara sebaliknya yang cikgu beritahu.. Aku pun macam tak percaya..

Ms. Shirley (Mandarin&Class Teacher)- sangat memahami bahawa tujuan kami menghantar Khadiijah Wafi ke TSC adalah supaya dia mahir berbahasa cina (membaca, menulis&bercakap).. Walaupun kami ada di sana, dia bercakap&memberi arahan kepada Khadiijah Wafi dalam Bahasa Cina.. Kami tercengang2 tapi Khadiijah Wafi mampu memahaminya dengan baik.. Ms.Shirley berpendapat, Khadiijah Wafi boleh memahami Bahasa Cina cuma tidak boleh bercakap/membalas semula.. Aku rasa membazir masa&umur Khadiijah Wafi kerana dia bersekolah cina pada umur 4tahun tapi tiada perkembangan di sekolah lamanya.. Tak apelah, semua dah berlaku&kami telah pun bertindak mengikut kemampuan kami..

Khadiijah Wafi suka menyanyi lagu cina, hehehe🙂 itu ajelah yang dia tahu dalam Bahasa Cina.. Aku juga tengok art dia digantung di dinding.. Alahai anak ummi memang suka art walaupun kepala rabbit kaler hijau, hahaha😀 Sememangnya kami perasaan Khadiijah Wafi lebih suka&cenderung kepada nombor2 berbanding membaca&menulis.. Begitu juga yang Ms. Shirley bagitahu kepada aku.. Sangat sama dengan walid dia, ‘hantu nombor’🙂 Khadiijah Wafi setakat entri ini ditulis, belum lagi pandai membaca&mengeja-sesuatu yang memang kami jangka apabila dia bersekolah cina🙂

Tahniah Kak Long… Pada ummi, kak long excellent&Terbaik..
Ummi sayang kak long🙂

Yang lain2, ummi&walid berpendirian kayuh perlahan2&belajar secara happy ketika di usia ini.. Kalau di usia kecil ini dah kenal erti stress, takut pulak apabila dewasa dilanda kemurungan&anggap belajar sesuatu yang membebankan.. Buatlah semampu kak long sayang, sebab ummi&walid bukan kejar A dalam pelajaran kak long.. Kalau dapat A itu adalah Bonus.. Paling penting bagi kami, ilmu yang kak long dapat, diaplikasikan&kak long happy menuntut ilmu..

Kak long sayang,
Ma’at Taufiq Wan Najah..
Selamat Maju Jaya sayang..
🙂🙂🙂

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: