My Blog

Tentang Awak&Kite…NurCinta Kami…

TSC OPEN DAY

Pukul 9 pagi, kami sekeluarga telah bertolak ke sekolah kak long kerana ada pertemuan ibu bapa dan guru. Suatu yang menarik tidak seperti kebanyakan sekolah, waktu perjumpaan kami telah ditetapkan pada pukul 9.50 pagi, setengah jam kemudian, giliran ibu bapa yang lain pula. Dan bertambah menarik, sehari sebelum tiba hari yang dijanjikan, pihak sekolah telah menghantar sms ke telefon isteri untuk mengingatkan perjumpaan tersebut. Lihatlah, bagaimana masyarakat cina bekerja dan bandingkan dengan masyarakat Melayu. Berbalik kepada cerita Tadika Sarjana Comel, memandangkan hanya Khadiijah Wafi sahaja seorang murid Melayu beragama Islam di sekolah tersebut, maka saya dan isteri mempunyai tanggungjawab berat untuk menjaga nama baik agama Islam itu sendiri. Segala tingkah laku dan komitmen kami menjadi gambaran dan pandangan mereka terhadap agama Islam. Oleh kerana itu, kami berusaha juga untuk memberi komitmen akan hadir setiap aktiviti yang akan dilaksanakan pihak TSC (16 Jun ni ada kelas Bahasa English untuk ibu bapa; mesti kena hadir) dan pada hari ini berusaha untuk datang tepat pada waktunya di TSC. Alhamdulillah, sempat juga sampai pukul 9.50 pagi bersama dengan tiga orang angkatan bersenjata kami..😉

Pernah satu ketika, waktu pagi menghantar Khadiijah Wafi ke sekolah, saya membawa sekali adik ipar untuk menghantarnya ke Putrajaya kerana ada urusan tertentu. Naik kereta waktu pagi, biasalah jalan jem. keluar rumah pukul 6.30 pagi, menghantar isteri ke sekolah, kemudian Khadiijah Wafi ke TSC akhirnya sampai juga ke Putrajaya pukul 9.00 pagi. Adik ipar tergelak sakan melihat guru-guru TSC yang semuanya non-muslim memakai uniform yang sama dengan murid-murid menyambut setiap murid yang hadir ke TSC. Samalah seperti saya ketika mula-mula melihat situasi sedemikian, rasa kelakar juga di dalam hati. Namun, itu psikologi yang baik kepada murid-murid kan.. Di dalam kereta, adik ipar berkata sekolah Khadiijah Wafi sangat jauh dari rumah kami dan saya mengiyakan sahaja sambil menambah sememangnya jauh hampir setengah jam perjalanan menaiki kereta, itu pun sekiranya tidak berlaku kesesakan lalulintas. Sekiranya jalan jem, mahu hampir sejam kami anak beranaka berada di dalam kereta. Minyak kereta, sehari mahu lebih kurang rm10 manakala tol pergi balik rm10 (Guthrie rm1.40×2 dan NKVE rm1.80×2). Sekiranya melihat secara lamsam sebulan, saya memerlukan masa lebih kurang 20 jam sebulan berada di dalam perjalanan menghantar Khadiijah Wafi ke TSC. Minyak kereta lebih kurang rm150 manakala tol pula rm200. Besar sungguhnya kosnya bukan? Adakah saya berasa menyesal menyekolahkan Khadiijah Wafi disitu memandangkan banyak sangat kos yang perlu ditanggung? Jawapannya adalah “YA”.

Ya, saya menyesal kerana tidak menghantar Khadiijah Wafi ke TSC seawal usia dia empat tahun lagi. Apabila lambat mendaftar di TSC, Khadiijah terpaksa catch up pengajian dari bulan 1 hingga bulan 3 supaya tidak jauh ketinggalan dengan murid-murid yang lain. Isteri saya berkata, Khadiijah Wafi telah menjalankan tugas yang sangat baik menjadi eksperimen dalam mencari sekolah yang baik untuk adik-adiknya yang lain. Anak Sulong yang banyak berkorban untuk adik-adiknya. Bulan empat baru kami tersedar bahawa dia menunjukkan keinginnan yang sangat rendah untuk pergi kesekolah lama. Setiap hari menangis pergi ke sekolah, menghadapi tekanan dengan bebanan homework yang sangat banyak dan tidak masuk akal. Bayangkan satu muka surat buku latihan, cikgunya suruh menulis perkataan ayam dari baris atas sampai baris bawah sekali. Khadiijah Wafi kebosanan. Maka, kami mengambil langkah drastik menghantar Khadiijah Wafi ke TSC, membayar semula yuran lebih kurang rm1500 dan Alhamdulillah sepanjang dua bulan dia bersekolah di TSC, dia menunjukkan perkembangan yang positif.

Kami menghabiskan banyak wang ringgit untuk persekolahan Khadiijah Wafi dan menganggapnya sebagai suatu pelaburan. Pelaburan tersebut bukanlah akhirnya untuk kesenangan diri kami. Kami melabur dan hasil pelaburan tersebut adalah untuk anak-anak kami sendiri. Kami tidak mahu hanya melepaskan batuk ditangga dalam soal persekolahan anak-anak kami. Kami tidak mahu menjadi seperti sesetengah ibu bapa, apabila anak mereka menjangkau usia 6 tahun, daftarkan di sekolah tadika, belajar sampai hujung tahun, masuk tahun berikutnya daftar pula ke sekolah kebangsaan tanpa memantau perkembangan anak mereka sepanjang tahun. Sekiranya terdapat perkembangan yang tidak baik sekalipun, tunggu habiskan sampai hujung tahun baru mula memikirkan untuk menyekolahkan anak mereka ke sekolah lain.

Pulang dari TSC, kami singgah di SS19, Subang Jaya, lunch di sebuah kedai yang sememangnya menjadi favourite saya dan isteri. Selepas itu pulang ke rumah, lepas solat Zuhur, kami sekeluarga tidur kepenatan sehingga waktu Asar. Waktu petang seperti biasa, saya akan membawa anak yang bongsu berjalan-jalan sekitar kawasan perumahan. Apa yang menarik, saya cuba membayangkan sangat jauh berbeza dalam dua situasi mendukung anak yang beratnya 6.1kg dan satu lagi situasi membawa sekampit beras yang beratnya 5kg. Beratnya hampir sama, tetapi apabila mendukung anak walau berapa kilogram berat sekalipun, ia bukanlah menjadi suatu perkara yang sukar. Bolehlah sesiapa buat eksperimen dan saya telah melakukannya. Aaminah Wafi beratnya hampir 15kg dan tidak menjadi masalah untuk saya mendukungnya setiap hari, namun saya berasa sangat sesak nafas untuk mengangkat tong gas memasak seberat 16kg. Hebat bukan penangan anak-anak..🙂

Kesimpulannya, banyak perkara yang kita belajar daripada kehidupan kita seharian. Adakala pembelajaran tersebut bersifat nyata dan adakala pembelajaran tersebut bersifat tersirat yang kita sendiri kena merenung ke dalam sanubari untuk mendapat faedah daripada pembelajaran tersebut.

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: