My Blog

Tentang Awak&Kite…NurCinta Kami…

Lion of The Desert

Malam tadi sebelum tidur sempat meninjau-ninjau Facebook bersama isteri. Melihat post dari kawan-kawan. Seperti biasa, macam-macam komen yang kami beri sekiranya membaca post dari kawan-kawan. Ada post yang membicarakan tentang politik tanahair, ada yang post tentang keindahan Islam (suatu perkongsian yang sangat bagus). Tidak terkecuali ada juga yang post asyik upload gambar dia je hari-hari sehinggakan satu ketika saya sempat juga bergurau dengan isteri, merasa pelik kenapa hari tersebut dia tak upload gambar pula, kalau tidak, kadang-kadang dalam satu hari hampir 2-3 kali dia mengupload gambarnya. Ada juga diantara kawan-kawan kami yang asyik post dia tengah makan kat mana je setiap hari dan asyik bercerita tentang kelebihan anak-anak sendiri juga setiap hari. Saya tidak pasti apakah motif mereka menghantar post sedemikian rupa, cumanya kita bersangka baik sahaja. Manusia, manusia, semua ada sikap dan tabiat tersendiri yang kadang-kadang tidak sedar itu merupakan kelemahan mereka yang nyata, hanya disedari oleh kawan-kawan sahaja.

Cumanya semalam, kami tertarik membaca satu post mengenai seorang pejuang Islam yang digelar ‘Lion of The Desert” artikelnya saya coret semula di dalam blog ini :

Umar Mukhtar (Lion of The Desert) Lahir pada tanggal 20 Ogos 1861 di Janzour, Cyrenaica, Tripolitania Eyalet. Syahid pada 16 September 1931 (berumur 70) di Suluq, Libya. Lelaki itu ialah pejuang Libya yang mati digantung oleh penjajah Itali.

Umar Mukhtar, seorang guru agama yang menjadi wira kebanggaan rakyat Libya dan semua pencinta islam. Beliau memperjuangkan kemerdekaan Libya daripada dinajis…i oleh kuasa kuffar, iaitu Itali. Umar Mukhtar menyedari, kekuatan tenteranya (dari segi jumlah dan kecanggihan senjata) amat terhad dan sangat terbatas untuk memerangi tentera Itali yang terkenal sebagai hebat dan kuat. Namun, sebagai orang yang berjuang atas nama agama, beliau tidak gentar dengan itu semua.

Dengan keadaan susah payah disamping kudrat yang kian dimamah usia, beliau terus berjuang hinggalah menemui syahid di tali gantung.

Kata-kata beliau “sama ada aku menang atau aku mati namun untuk berundur tidak sekali.”

Perjuangan Umar Mukhtar mengingatkan kita akan kata-kata keramat seekor burung. Burung yang dimaksudkan ialah seekor burung kecil yang mengisi air dalam paruhnya lalu menyiram ke atas api yang membakar Nabi Ibrahim as. Kata-kata keramat itu dilafazkan apabila perbuatannya ditegur oleh makhluk Allah yang lain. Bagi mereka perbuatan burung itu yang mengambil air dengan paruh yang kecil lalu menyiram ke atas unggun api hanyalah perbuatan sia-sia kerana api yang membakar Nabi Ibrahim terlalu besar dan marak menyala, pasti sahaja takkan terpadam dengan air yang disiramkan itu.

Tapi burung itu menjawab dengan penuh keyakinan :

“MEMANG IA TIDAK AKAN MEMADAMKAN API TERSEBUT, TETAPI AKU LEBIH TAKUT KEPADA ALLAH KERANA ALLAH AKAN MENYOAL AKU NANTI, APAKAH YANG AKU LAKUKAN UNTUK AGAMA ALLAH, DAN ALLAH TIDAK AKAN BERTANYA SAMADA AKU BERJAYA MEMADAMKAN API ITU ATAUPUN TIDAK”

 

 

 

Bagi sesiapa yang tidak mengenali Umar Mukhtar, saya uploadkan juga gambarnya disini :

Tahun ini umur saya 29 tahun, saya tidak pasti bila saya akan menghadap ilahi dan yang pasti masanya setiap minit dan saat semakin menghampiri. Apabila membaca tentang Umar Mukhtar, jauh disudut hati saya berfikir sepanjang kehidupan saya, apa yang telah saya sumbangkan kepada Islam. Nothing. Setiap hari saya hanya memikirkan untuk mencari rezeki yang banyak untuk menampung kehidupan yang lebih sempurna kepada keluarga. Kehidupan saya hanya berlumba-lumba dengan manusia lain mencari suatu yang tidak boleh dibawa kesana, tidak ada langsung menyumbang kepada Islam. Andai ditawarkan untuk pergi berjihad ke Palestin atau Syria, adakah kita berani meninggalkan apa yang kita ada disini. Tepuk dada, tanyalah diri sendiri.

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: