My Blog

Tentang Awak&Kite…NurCinta Kami…

Khazanah

24 Rejab 1433H, gara-gara melayan hindustan sehingga larut malam bersama isteri, akibatnya saya bangun dalam keadaan yang sangat mengantuk pagi ini. Dan lebih teruk, ketika dalam perjalanan menaiki motorsikal menghantar anak ke sekolah, penglihatan saya seolah-olah berada di awang-awangan menahan mengantuk. Apabila mengantuk, maka focus membawa kenderaan menjadi tidak stabil. Apa yang berada di fikiran adalah mahu cepat sampai ke sekolah Khadiijah Wafi dan kemudiannya mencari satu tempat yang boleh saya lelapkan mata sebentar. Hakikatnya, membawa kenderaan sambil menahan ngantuk adalah sangat berbahaya, bukan untuk diri sendiri sahaja tetapi juga melibatkan nyawa orang-orang tersayang. Pernah terjadi suatu peristiwa mungkin 2-3 tahun yang lepas, pulang ke Johor Bahru waktu tengah malam sambil menghitung setiap kilometer yang saya lepasi, tiba di Melaka, mata saya telah pun merasa mengantuk, namun kerana hendak cepat sampai ke Johor Bahru, saya gagahkan juga mata membawa kereta bersama-sama dengan isteri, anak-anak dan adik ipar. Setibanya di Lebuh Raya Pasir Gudang, entah bagaimana saya boleh terlelap sambil memandu kenderaan dan kereta hampir-hampir melanggar pembahagi jalan. Mujurlah Allah s.w.t dengan rahmatnya mengejutkan adik ipar dari tidur dan terus menyentak saya daripada terlelap dan Alhamdulillah selamat tiba di kampung. Sehingga kini, kami masih lagi pulang ke kampung di waktu malam, cumanya sekiranya saya berasa mengantuk, saya akan berhenti dahulu di RnR untuk mandi sekejap agar badan berasa segar semula. Dan cuti sekolah yang lalu, dalam perjalanan pulang ke kampung, isteri yang baik hati telah menemankan saya bersembang sepanjang jalan dan secara tidak langsung menghilangkan perasaan mengantuk saya.

Saya dan Khadiijah Wafi telah singgah sebentar di Petronas USJ 20, untuk membeli roti bekalan sarapan disekolah. Sesampai sahaja, mengantuk yang amat sangat tadi sudahpun hilang, rezeki dari Allah s.w.t maka saya mengubah rancangan ke arkib negara selepas menghantar Khadiijah Wafi. Jarak dari USJ 21 ke Arkib Negara lebih kurang dalam 40 minit perjalanan. Pergi ke Arkib Negara, bolehlah mencari sedikit bahan untuk kajian walaupun masa yang saya ada cuma lebih kurang 2 jam sebelum bergegas semula ke USJ 21, mengambil Khadiijah Wafi tamat persekolahan. Sampai di Arkib lebih kurang pukul 9.15 pagi, perkara yang pertama perlu dilakukan ialah merequest dahulu bahan dikomputer Arkib Negara sebelum kakitangan Arkib Negara akan mencarikan bahan tersebut, setelah dijumpai, kakitangan tersebut akan memanggil nama kita di kaunter untuk mengambil bahan yang direquestkan. Sangat mudah bukan. Tidak seperti di Library, kita perlu mencari bahan di komputer, dapatkan no rujukan, seterusnya mencari bahan tersebut di rak. Di Arkib Negara, kakitangannya yang mencarikan bahan tersebut kepada kita, cumanya masanya sahaja yang menjadi masalah. Sekiranya tidak ramai pengkaji yang memenuhi ruang bangunan Warisan dalam sesuatu masa, bahan yang dipinta boleh mengambil masa hanya 15 minit sahaja untuk diperolehi, namun jika sebaliknya 45 minit pun belum tentu nama kita dipanggil di kaunter.

Bahan-bahan di Arkib Negara semuanya adalah berbentuk premier atau sumber pertama. Adakah semua sumber-sumber ini boleh dipercayai? Penyelesaiannya sangat mudah, dapatkan sumber tersebut dan bandingkan sumber tersebut dengan sumber-sumber yang lain. Saya sangat suka datang ke Arkib Negara, mungkin kerana di sana terdapat feelnya yang tersendiri. Cuba bayangkan, sebagai contoh saya memegang deklarasi kemerdekaan tanah air yang asal dan deklarasi itulah jugalah yang dipegang oleh Tunku Abdul Rahman 55 tahun yang lepas. Kesan tapak tangan Tunku secara zahirnya tidak terdapat di deklarasi tersebut, namun secara spiritualnya kita boleh berasa getarannya tetap melekat di situ.

Masuk ke dalam Wisma Warisan, penggunaan pen adalah diharamkan. Hanya pensel sahaja dibenarkan untuk mencatit sebarang dokumen yang dijumpai. Bahan-bahan yang terdapat di Arkib Negara sememangnya sangat usang. Saya telah meneliti beberapa akhbar sekitar tahun 60an, saya dapati keadaan kertasnya sudah terlampau uzur, sekiranya dicarikkan sedikit, boleh bersepai kertas-kertas tersebut. Namun, nilainya sangat tinggi. Semakin dimamah usia, nilai semakin vintage. Saya tidak pasti berapa banyak bahan yang terdapat di Arkib Negara Malaysia. Sekiranya kita masuk ke library Universiti Malaya, kita boleh membuat anggaran berapa buah buku yang terdapat disitu dan boleh bandingkan dengan library universiti yang lain (mesti UM yang menang darisegi kuantiti buku yang mereka ada.;)). Namun, di Arkib Negara, semua bahan-bahan yang terdapat disitu tidak boleh dilihat oleh pengkaji-pengkaji kerana kesemua bahan tersebut diletakkan di bilik dibelakang kaunter yang mana hanya kakitangan Arkib sahaja yang boleh memasukinya. Andai kata semua bahan tersebut berselerak di atas lantai pun kita tidak akan mengetahuinya. Alangkah bagusnya sekiranya pihak Arkib Negara suatu ketika nanti dapat membuat satu pameran di Arkib Negara tentang bagaimana mereka menyusun bahan-bahan arkib dan taklimat mengenai penjagaan bahan-bahan sejarah.

Apabila keluar dari Arkib Negara, matahari sudahpun berada hampir-hampir di atas kepala. Perjalanan dari Arkib Negara ke USJ 21 membuatkan tekak berasa sangat haus. Apabila haus, minuman yang terbayang di fikiran semestinya air sejuk dan manis. Membeli air kotak, menyedut dengan penuh rasa nikmat, berasa sangat lega. Malangnya, tidak sampai setengah jam selepas itu, tekak merasa haus semula. Hakikatnya, untuk menghilangkan haus adalah dengan minum air masak, namun kerana menurutkan nafsu, air kotak juga yang menjadi pilihan dan akhirnya ia sedikitpun tidak menghilangkan haus. Begitu juga dengan kehidupan, ada perkara-perkara yang kita rasa bagus dan kita ambil untuk menghilangkan stress contohnya dengan mendengar muzik walhal sebaik-baik perkara untuk menghilangkan stress adalah dengan sentiasa mengingati Allah s.w.t. Tidak dinafikan, mengikut pandangan barat, dengan mendengar muzik, kita akan berasa lebih tenang (dan saya telah cuba mengikuti terapi tersebut) namun ia hanyalah bersifat semntara kerana Islam mengajar kita apabila terlalu banyak mendengar perkara-perkara yang laghah, hati akan menjadi mati. Semoga kami sekluarga sentiasa berada di dalam rahmat Allah s.w.t, Amin.

Saya sertakan beberapa gambar di Arkib Negara :

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: