My Blog

Tentang Awak&Kite…NurCinta Kami…

Masjid

25 Rejab 1433 H, Seminggu telah berlalu dan saya masih lagi mengalami sakit kerongkong@batuk. Macam manalah hendak cepat sembuh,baru kurang sedikit rasa batuk, saya sudah mula minum air sejuk dan manis, maka sampai sekarang pun kesakitannya tidak berkurang. Kesakitan tersebut bukan sahaja memberi kesan kepada saya, malahan turut menganggu Afkaar Wafi ketika dia sedang tidur. Oleh kerana tidak mahu menganggu dia tidur, apabila terasa hendak batuk, saya terus meluru ke bilik air melepaskan kelegaan disitu. Namun sekiranya tidak sempat, cukuplah sekadar saya mengambil tuala menutup mulut sambil batuk. Telinga Afkaar Wafi seperti “telinga gajah”. Saya batuk sedikit, dia sudah boleh terjaga dari tidur. Namun dia tetap tidak boleh mengalahkan Khadiijah Wafi dalam soal kepekaan deria. Deria bau yang tajam menyebabkan Khadiijah Wafilah orang pertama yang mengetahui adik Aaminah sedang buang air besar di rumah. Pernah satu ketika, ketika menunggang motorsikal bersama Khadiijah Wafi, dia boleh menyatakan yang telefon saya sedang berdering walhal dalam keadaan yang sangat bising di jalan raya, saya tidak langsung mendengarnya. Memang benar, sampai sahaja dirumah, saya melihat terdapat missed call di telefon. Pendengarannya juga cukup tajam, apabila bermain basikal diluar rumah, mungkin dalam jarak selang 2-3 biji rumah, dia masih mampu lagi mendengar sahutan saya menyuruhnya pulang apabila hari telah mulai senja. Begitulah Khadiijah Wafi. Namun yang menariknya, apabila dia sedang mengadap galaxy tab, semua kepekaannya menjadi hilang. Panggil 10 kali pun belum tentu dia datang kalau sedang mengadap kartun di galaxy tab. Ianya adakala mengundang angin kemarahan.

Hari ini adalah hari Jumaat dan seperti biasa akan ke masjid bersolat Jumaat. Jika tahun sebelum ini, setiap kali hadir ke masjid pada hari Jumaat, saya akan memasukan wang sejumlah rm10 kedalam tabung masjid. Setelah hujung tahun, saya menilai-nilai semula adakah wajar saya meneruskan usaha tersebut memasukan rm10 setiap hari jumaat ke dalam tabung masjid dengan keadaan nilai ringgit yang semakin susut nilainya. Rm10 bentuknya tetap sama dari 5 tahun yang lepas sehingga sekarang, namun dari sudut nilai ianya sentiasa berkurang. Kini, apa sangatlah yang mampu dibeli dengan sekeping wang berwarna merah tersebut. Sekiranya pihak masjid menerima derma sebanyak rm4000 sebulan pada tahun 2011 dan derma tersebut tetap sebegitu dalam tahun 2012, kebolehgunaan wang tersebut pasti akan terbatas dengan kos kehidupan yang semakin meningkat. Oleh kerana itu, saya membuat keputusan mulai tahun ini (2012), setiap hari jumaat saya akan memasukkan rm20 ke dalam tabung masjid. Alhamdulillah sudah enam bulan berlalu, saya masih mampu meneruskan usaha tersebut dan saya bertekad tahun 2013 nanti, saya akan menaikkan nilai tersebut kepada rm30 dan bertambah setiap tahun. Adakalanya saya merasa pelik melihat sesetengah muslim yang hadir ke masjid, hanya memasukan rm1 ke dalam tabung masjid sama sahaja seperti tahun-tahun sebelumnya. Dan saya bertambah pelik ada juga melihat ada juga manusia yang memasukan sekeping rm10 ke dalam tabung masjid, namun mengambil semula baki rm9 di dalam tabung tersebut seolah-olah seperti ianya sebuah tabung penukaran duit. Tidak mengapalah, daripada tidak menderma langsung. Kewangan setiap individu adalah berbeza, bagi saya wang rm1 sangat kecil nilainya pada masa kini, namun bagi individu yang lain, nilainya adalah teramat tinggi khususnya golongan yang berpendapatan rendah. Masalahnya, yang memasukan rm1 tersebut ada sesetengahnya memakai pakaian yang sangat kemas dan berjenama, bertali leher, agak-agaknya berpendapatan rendah juga ke?..;)

Tahun 2012, terdapat 52 minggu. setiap minggu saya masukkan rm20, didarabkan dengan 52 minggu, maka jumlah yang saya dermakan ke dalam tabung masjid setahun berjumlah RM1020. Bagi saya, itu satu jumlah sangat banyak sekiranya hendak mengeluarkan duit sebanyak itu dalam satu-satu masa. Namun ia menjadi sangat tidak membebankan sekiranya hanya mengeluarkan setakat rm20 sahaja setiap minggu. Rm1020 setahun nilainya sama dengan Rm20 seminggu. Entah mengapa, saya mula berfikir sekiranya saya mampu mengeluarkan rm1 untuk didermakan ke dalam tabung masjid setiap hari, setahun saya mampu menderma kepada masjid Rm365. Rm1 sehari bagi saya tidak membebankan langsung, namun bilalah saya mampu berbuat sedemikian. Saya tidak berkebolehan untuk mengembangkan agama Islam melalui kata-kata dan kudrat tenaga aktif di dalam NGO seperti seorang sahabat, oleh kerana itu, dengan sedikit rezeki yang saya ada, saya dermakan untuk perkembangan agama Islam.  Saya percaya, semakin banyak yang kita dermakan, semakin banyak rezeki yang Allah s.w.t janjikan kepada keluarga saya yang mungkin berbentuk kesihatan yang baik, ketenteraman di dalam rumah tangga, anak-anak yang soleh dan solehah. Saat ini, saya diuji dengan kewangan keluarga yang semakin rumit, namun sering saya nyatakan kepada isteri duit itu sentiasa ada apabila diperlukan dan setakat ini kami masih lagi belum terputus wang ringgit walaupun adakalanya saya merasakan cukupkah duit sebanyak begini sehingga akhir bulan dan terbukti ianya tetap cukup.

Esok TSC akan mengadakan satu program kaedah pengajaran Bahasa English di TSC untuk para ibu bapa. Seperti yang pernah saya nyatakan, sebagai ibu bapa yang membawa imej Islam di kalangan masyarakat non-muslim, saya mengambil keputusan untuk turut hadir walaupun di dalam fikiran, berbagai perkara yang terlintas seperti masalah bahasa (bahasa English saya memang lemah), masalah masa dan yang terkini pada sebelah pagi, isteri juga ada program anjuran sekolah di Hotel Quality, Shah Alam. Saya mula berkira-kira akan pergi bersendirian ke TSC dan menghadapi apa juga perkara yang berlaku. Di samping itu, ia juga berkaitan dengan masa depan Khadiijah Wafi. Segala perkara yang di ajar kepada parents esok, akan membantu anak-anak dalam menyiapkan homework mereka di rumah. Namun, semalam, isteri telah menyatakan kesanggupan pergi bersama-sama ke TSC mendengar program tersebut. Di dalam hati, fuh lega, sekurang-kurangnya isteri lebih pandai berbahasa English berbanding saya. Apa yang saya tidak faham, boleh bertanya kepada isteri. Saya pandai juga berbahasa English, cuma bila saya mula berkata-kata, sebutannya menjadi kelakar. Mestilah kelakar, kalau tidak, macam manalah isteri boleh tergelak apabila saya berbahasa English..;)

Akhirnya, saya mempelajari 3 perkara hari ini. Sekiranya kita mahu cepat sihat daripada batuk, kenalah berusaha mengawal nafsu daripada minum air yang manis dan sejuk. Begitu juga kehidupan, walaupun kita sering melaungkan hasrat untuk berubah menjadi baik, namun sekiranya setiap hari kita masih lagi tidak boleh mengikut peraturan yang ditetapkan oleh Allah. s.w.t, maka sampai bilapun kita tidak akan berubah. Soal rezeki, satu perkara yang tiada di dalam kamus ekonomi barat ialah istilah keberkatan. Setelah enam bulan berlalu, dan setiap hari Jumaat saya mendermakan rm20 ke dalam tabung masjid dan ia tidak sedikit pun mengurangkan rezeki yang saya nikmati setiap bulan, hari, minit dan saat. Kamus Islam, memberi maksudnya bertambah. Bagi sesiapa yang tidak mempercayainya, bolehlah mencuba dahulu baru terasa nikmatnya. Perkara ketiga adalah berkaitan dengan kasih sayang seorang ibu. Isteri sanggup meninggalkan kenikmatan makanan di hotel semata-mata kasih sayangnya kepada anak untuk turut sama bersama saya ke TSC walhal sebelumnya isteri pernah menyatakan teringin sangat merasa makanan di hotel. Credit to Siti Syadatul Azura.

 


Inilah masjid saya bersolat Jumaat.

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: