My Blog

Tentang Awak&Kite…NurCinta Kami…

Perlu dikasihi&dihargai..

16 Jun 2012

Aku ada Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) di Quality Hotel Shah Alam dari jam 7.45 pagi hingga 2.00 petang.. Bestnya bila terfikir dapat makan hidangan kat hotel, bukan selalu dapat pekena makanan di hotel.. Tapi, aku boleh hadir sampai jam 10.30 pagi kemudian bergegas ke tadika Khadiijah Wafi-ada phonic workshop untuk parent. Aku bajet tak nak pergi, cukuplah hairul aje yang pergi.. Tapi bila ditimbang2, keperluan anak lebih utama dari makanan di hotel, aku pun join sekali..

Banyak input yang aku&hairul dapat, pendek kata kira hebatlah juga kami boleh membaca dalam english dengan baik selepas hadir ke workshop tersebut.. Aku pun makin faham apa yang kak long buat pada homework dia… Selalunya, aku memang tak faham apa yang kak long tulis melibatkan stick, silence, smiley alphabet dalam satu ejaan.. Sekarang aku dengan senang hati boleh ajar kak long sekiranya dia buat silap🙂 tak sia2 aku korbankan makanan kat hotel dan menghadirkan diri ke workshop itu- istimewa sebab hanya terbuka pada parent yang ada anak sekolah kat situ, tidak buka kepada umum

Bercerita pasal workshop tersebut, Miss Sue Anne yang handle workshop tersebut tidak mengenali aku&hairul walaupun kami pernah bercakap di telefon.. Jadi dia pun speaking dengan kami “this workshop only for parents TSC not open for public” aku pun tercengang juga&rasa segan sendiri.. Belum sempat aku jawab, Miss Sue Anne baru terperasan yang kami ni parent pada Khadiijah Wafi.. Dia sungguhlah minta maaf berulang kali sebab tak kenal kami cuma kenal anak kami sahaja maklumlah, Khadiijah Wafi seorang sahaja murid muslim di TSC Usj 21.. Aku pun tak kesah, biasalahkan, dalam dunia yang besar ni, perkara2 remeh sering berlaku🙂 kami enjoy sangat dalam workshop tersebut walaupun english Miss Sue Anne berabuk, fuhhhh!😉

Hari Isnin, aku dapat call dari Miss Sue Anne menyatakan mohon maaf dia pasal hal tempoh hari.. Sungguhlah aku terkejut badak, gila2 terkejut okeh.. Tak sangka very humble minta maaf sebab mungkin dia rasa telah memalukan aku di hadapan parent lain.. Selalunya orang akan minta maaf dan habis kat tempat kejadian sahaja.. Tapi aku memang tabik spring pada non muslim yang agak bertatatusila orangnya ini -Miss Sue Anne, ada master tapi tulah, aku pun tak tahu nak describe macam mana..🙂

Segamat

Otw balik dari TSC Putra Hight, aku pun ajak hairul balik Batu Anam.. Memandangkan hairul cerita semalam mak call, dah lama tak cakap dengan cucu2nya ( hehehe, mak bagi hint suruh balik ).. Memang patut pun.. Lama giler kami tak balik segamat, almost 3month! Melampau betul.. Jadi, aku pun cakap kat hairul jomlah balik segamat, sian kat mak rindu kat cucu2nya.. Bagi aku, ada makna tersirat yang lebih menyentuh perasaan aku.. Aku pun akan jadi tua kalau panjang umur (mudah2an dipenuji dengan amalan kebaikan-umur yang diberkati) dapatlah tengok cucu&cicit🙂.. Jadi, aku juga akan mengharap kepulangan anak2&cucu2 yang soleh untuk memeriahkan rumah.. Even hairul agak keberatan pada awalnya sementelah memang agak penat kalau pulang sehari, tapi kupujuk2 agar dia bersetuju.. Itulah peranan seorang isteri.. Pada aku, tiada istilah mak&ayah mertua.. Itu jugalah mak&ayah aku jugak🙂

Mak, suprise! We are home🙂 mestilah nenek yang kerinduan cucu2nya rasa gembira.. Rumah mak yang comel sekelip mata bertukar jadi gegak gempita-macam kapal karam.. 5orang cucu (2 lelaki-Khalif Muzaffar&Afkaar Wafi (seorang meninggal 9bulan dalam kandungan-Khalif Izmal) 3perempuan-Qistina Aleeya, Khadiijah Wafi&Aaminah Wafi) Along&Kak Long, bila nak tambah lagi? Hehehehe😉

Sambil2 dok bersembang, mak sempat tanya pada aku (of kos, mak suka tanya aku compare ngan anak dia😉 — mak, ai menantu kesayangan kan? Hahahaha😀 ) kata tak jadi balik, kenapa balik kalau banyak keje? Aku pun berseloroh kata sebab mak dah bagi hint dengan call cucu2 semalam.. Mak pun gelak besar.. Hehehe🙂 saja aje ngusik emak..

Time aku dok kalut dalam bilik siapkan buku rekod bacaan iqra’&Al-quran memandangkan hari isnin PPD nak datang, sempat juga telinga aku dengar perbualan Khadiijah Wafi dengan emak:
Emak: Kak Long, boleh tak nenek ikut balik rumah kak long?
Kak Long: kete tak muat
Emak: tak apelah, nanti nenek riba adik..
Kak Long: tak boleh riba adik sebab adik berat, nenek kan dah tua..

Aku yang kat dalam bilik, menepuk dahi.. Aduhai anak~ kedegaran suara emak mengilai ketawa🙂

Mak ada ikut rombongan ke Kelantan, mestilah ada ole2 untuk aku&kak long (kami berdua menantu kesayangan mak ).. Confirmlah kain batik.. Rumah aku banyak kain batik pemberian mak.. Mak, terima kasih… Sayang mak🙂
Mak sempat buat makan2&doa kenduri sesama kami.. Along&Kak Long jadi chef masak steambot.. Sodappp, boleh buka restoran🙂
Okeh, mak memang akan bekalkan makanan tiap kali kami balik semula ke Shah Alam.. Penuh bekas mak kat rumah aku.. Mak, terima kasih🙂

Ohooo, satu lagi perbualan sebelum aku pulang ke Shah Alam antara mak&kak long:
Aku: Adik, bagi nenek duit ni..
Adik: terkedek2 cari nenek dan bagi duit pada nenek tapi sebab nenek suruh pulang pada aku, jadi atok hulur tangan, adik beri pada atok..
Alahai adik~ asal boleh je dia😉
Aku: Kak Long, tolong ummi bagi duit pada nenek..
Kak Long: Ummi, nenek tak nak..
Ummi: bagi ajelah pada nenek..
Kak Long: ummi, kak long dah bagi pada nenek..
Ummi: terima kasih sayang..
Kak Long: ummi, kalau neneek tak nak duit macam mana?
Ummi: kenapa? Kak Long nak kan…
Kak Long: sambil ketawa, kalau nenek tak nak duit… UNTUNG Kak Long! Kak long banyak duit..

Aduhai si kak long ni ~~ mak apa lagi, makin besar ketawanya.. Ummi pun tak tahan nak ketawa😀

Mak pesan, ada masa nanti.. Mak datang rumah sebelum puasa.. Mak aku ni orangnya sangat busy.. Ajar orang mengaji.. Ikut kursus tentang bacaan Al-Quran.. ( kali ni balik, aku&hairul sempat berguru dengan emak&emak bagi buku tentang tajwid&bacaan2 tertentu dalam Al-Quran.. Mekasih mak🙂 )

Ayah pulak memberi nasihat: keje jangan malas (sungguh aku terkesan sememangnya aku selalu merungut depan ayah malas nak keje&tak nak keje jadi cikgu.. Nak dok rumah jaga anak sahaja.. Hihihi🙂 ) ayah kan guru besar, standardlah kalau beri nasihat free, ayahlah org 1st😉 sememangnya aku selalu bercerita tentang sekolah aku pada ayah.. Benda2 aku tak faham tentang pekeliling.. Tentang sambung belajar&tajaan.. Walaupun kadang2, ayah marah juga pada aku, tapi aku suka juga bercerita&akan terus bercerita..🙂

Ayah&Mak sangat berbeza karakter.. Sayang kalian🙂 semoga sentiasa dirahmati&bahagia selamanya hingga ke syurga.. Amiinnn..

Gambar first ketika bergelar menantu di hari raya aidilfitri😀

20120620-190420.jpg

20120620-190546.jpg

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: