My Blog

Tentang Awak&Kite…NurCinta Kami…

Rm1

5 Sya’ban 1433 H, Setelah kakak yang sulong beransur-ansur pulih, giliran Ahmad Afkaar pula demam. Stok ubat mulalah dikeluarkan dari peti ais. Namun, setelah beberapa dos diberi, keadaanya masih lagi tidak berubah. Malam kelmarin, kami berkeputusan untuk membeli ubat yang masuk melalui punggung di Subang Perdana. Sungguh tidak menyangka, 5 biji ubat tersebut harganya hanya rm3 sahaja berbanding sekiranya kami ke klinik, sebiji ubat tersebut berharga lebih kurang rm10. Pagi ini, keadaan Ahmad Afkaar beransur pulih. Alhamdulillah. Menyelak semula artikel terdahulu, saya ada menyebut mengenai rasa syukur yang teramat bagi saya kerana mengurniakan rezeki dalam bentuk kesihatan yang baik kepada kami sekeluarga walaupun saya telah berhenti kerja hampir dua bulan. Dalam situasi kini, apabila anak-anak demam, adakah perasaan syukur tersebut hilang dari dalam diri? Ataupun perasaan tersebut menjadi kurang sedikit daripada sebelum ini? Saya mula mempelajari bahawa syukur dan segala pujian adalah hak milik Allah s.w.t. Dalam situasi apa sekalipun, saya seharusnya sentiasa belajar untuk bersyukur. Diberi nikmat dan rezeki, kita bersyukur. Diberi ujian dan sedikit kesusahan juga kita harus bersyukur. Bersyukur kerana kita diberi peluang untuk belajar sesuatu daripada situasi tersebut. Apabila anak-anak demam, suatu yang saya belajar bahawa demam tersebut datangnya daripada Allah s.w.t, maka penyembuhnya juga pasti datang daripada Allah s.w.t. Saya sering menyatakan di dalam diri, mujurlah kami ada banyak menyimpan banyak stok ubat-ubatan untuk kegunaan semasa anak-anak demam seolah-olah saya berpegang bahawa ubat-ubat tersebutlah yang menyembuhkan penyakit bukan Allah s.w.t. Ubat-ubatan adalah alat, penyembuhnya adalah Allah s.w.t. Ibu bapa mana yang tidak risau sekiranya anak-anak mereka tidak sihat, saya pun sebegitu juga, Namun saya lebih risau sekiranya saya akan berkata “Mengapalah anak ini tidak sihat-sihat walhal sudah diberi ubat berulang-ulang kali” Allahuakbar, saya menginsafi diri. Oleh yang demikian, saya mula belajar, apabila anak-anak demam, perkara yang utama saya harus lakukan adalah berdoa kepada Allah s.w.t dan malam kelmarin saya telah membaca Yasin, dibacakan di hadapan botol air masak anak-anak, mudah-mudahan dengan usaha tersebut Allah s.w.t akan menyembuhkan anak-anak kami. Begitulah kehidupan, ada masa disebalik kejayaan, kesusahan, kegembiraan, kesedihan, kita sering lupa terlupa kepada Maha Pencipta.

Dalam artikel terdahulu juga saya ada menyebut mengenai hasrat saya untuk menderma rm1 setiap hari dan beristiqamah dengan usaha tersebut. Setelah lebih seminggu saya memerhatikan keadaan sekeliling, saya melihat usaha tersebut bukanlah suatu perkara yang mustahil untuk dilaksanakan dan peluangnya sentiasa berada di depan mata. Saya pergi ke pasar malam, saya memerhati hampir dua tiga tabung berada dicelah-celah laluan orang ramai untuk bantuan pembinaan masjid dan bantuan rumah-rumah anak yatim. Saya pergi restoran mamak, terdapat juga tabung bantuan untuk anak-anak yatim berada di kaunter pembayaran. Begitu juga dibeberapa buah kedai disekitar lembah kelang yang meletakkan tabung-tabung derma di kaunter pembayaran. Saya mengubah persepsi diri, hakikatnya untuk menderma bukan sahaja di tabung masjid, lebih dari itu, banyak lagi peluang dan tempat yang kita boleh melaksanakannya. Soal kemana wang derma tersebut dibelanjakan oleh pihak terbabit, biarlah ia menjadi rahsia Tuhan. Saya tidak pasti, bila saya akan diberi kekuatan untuk menunaikan hasrat tersebut dan saya sentiasa berdoa kepada Allah s.w.t. supaya diberi kekuatan tersebut.

Mengikut laporan Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010, jumlah penduduk Malaysia adalah seramai 28.3 juta. 67.4 peratus adalah bumiputera dan saya jangkakan lebih kurang 50 peratus adalah beragama Islam. Maka, 50 peratus daripada 28.3 juta adalah berjumlah lebih kurang 14 juta. Sekiranya setiap seorang beragama Islam daripada 14 juta tersebut menderma sebanyak rm1 seorang setiap hari, agak-agak berapa kewangan umat Islam yang mampu dikumpul dalam masa setahun? Daripada 14 juta tersebut, saya bahagikan kepada 2/3 kerana saya beranggapan 1/3 lagi mungkin terdiri daripada kanak-kanak dan warga emas yang mungkin tidak mampu untuk menderma RM1 setiap hari kerana faktor usia dan kesukaran untuk bergerak kemana-mana. 2/3 daripada 14 juta berjumlah lebih kurang 9 juta. 9 juta orang didarabkan dengan rm365 untuk setahun maka jumlahnya adalah sebanyak 3285 juta. Sedikit? Sekiranya ditulis dengan digit ianya begini : RM 3285000000.00. Tertelan air saya melihat digit tersebut. sekiranya saya berkerja, bekerja dan bekerja kemudiannya meninggal dunia dan hidup semula, bekerja, bekerja dan bekerja pun secara logiknya belum mampu mengumpulkan wang sedemikian rupa. Namun, hakikatnya, semuanya bermula dengan wang kertas RM1.

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: