My Blog

Tentang Awak&Kite…NurCinta Kami…

Seminggu bersama mama

Isnin – 18 June 2012

Mama datang bersama mimi naik bas.. Kami menjemput di terminal Shah Alam sekitar jam 10 malam.. Mengeteh di ar-Rafi tempat favourite hairul (maybe dia ada share besar kat situ, hahaha😀 )mama yang sedang lapar memesan 2 roti canai kosong+rendang kambing,sepinggan mee goreng mamak.. Hairul megi goreng.. Aku&mimi hanya makan share2 sahaja, ngecek2 yang mama hairul oder..minum air milo dinosour🙂 mamak tu sempat buat lawak cakap “nnt orang takut nak minum sebab ada dinosour”, teh tarik 2&kopi ice(memang kaw kopi ice kat situ sebelum jumpa kopi ice kat restoran mak jah).. Setel, semua.. Kami pun balik rumah🙂

Selasa – 19 June 2012

Mama melepak di rumah.. Aku pulak pergi kerja macam biasa.. Tak bestlah mama datang tapi aku kerja.. Mama masak sedap2, sampai malam ada lauk jadi tak bawa mama makan luar hari ini..

Rabu – 20 June 2012

Hari ni aku ambil CRK sementelah kaki masih sakit lagi😉 walaupun gitu, aku gebang juga ke Putrajaya menghantar mimi interview politeknik.. Ada rezeki dapatlah keje di Poli Johor Bahru.. Tapi better jadi felo Usim belajar lagi sampai PhD, semoga dipermudahkan urusan.. Sementara mimi interview, kami pergi sarapan di persint 8, kemudian ke Alamanda walaupun belum buka lagi.. Hanya kelihatan mcd sahaja yang dah buka.. Jadi aku pun belilah satu set sarapan pagi, sukanyeee kopi mcd, sedap🙂

Setel semua, kami pun pulang dan singgah lunch di warung kak ina kat ss19 Subang Jaya.. Dahtu, hantar atin ke Kafa..

Petang pula, pergi ambil atin dari tempat keje dahtu mereka ke pasar malam.. Aku&abang tinggal rumah-abang keletihan berjalan di Putrajaya🙂 cian abang baby..

Khamis – 21 June 2012

Happy Friendship Day Hairul! Love You Muahh muahh muahhh..
Jadi hari ni, kami berjalan ke Midvalley setelah aku balik dari Sekolah.. Membuat akuan bersumpah mimi di Brickfield, kemudian terus berjalan di Midvalley sampai sudah solat Maghrib.. Kami kelaparan yang amat tapi masih bertahan lagi kerana nak melantak kat Restoran Arab😉 usai solat, bergegas ke Restoran Zam-Zam di Oasis 9 Shah Alam.. Sedihnya makanan dia tak berapa nak sedap.. Semua sekali rm90-grill lamb chop, sharwamak mix, mandy lamb,arab yogurt&mango juice.. Sian mama.. Mama, next time kita try makan kat restoran arab yang lebih sedap.. Ini gara2 baca review orang tentang makanan arab di zam2.. Alahai, sadis sungguh.. Next place, nak terjah Hadramaut pulak🙂 untuk hilangkan rasa kambing, mimi&aku beli snogurt kat sebelah restoran zam-zam.. Owner dia sket punya baik bagi taste semua perasa aiskrim kat situ.. Mimi cakap, “long xpayah beli lagilah, semua dah rasa” aku pun fikir&berkira2 macam tu jugak tapi segan weh.. Belilah untuk mama&atin, murah aje rm12.60😉 tuti fruti agak mahal-sekali sekala bolehlah..

Jumaat – 22 June 2012

Bersekolah seperti biasa.. Pas solat Jumaat, hantar atin ke Kafa.. Bercadang bawa mama pekena cendol yang agak sedap di Subang Perdana.. Tapi tutuplah pulak.. Jadi, kami pun merendeks ke sekolah aku pulak.. Hahaha😀 boleh tembus sekolah aku pulak tu.. Oh ye, sebelum balik sekolah tadi, pak guard ada mention restoran Thaj ada bagi makan free, tapi aku malas nak pergi sebab perut dah kenyang makan dadih.. Tak sangka pulak, kami boleh menyinggah sat untuk makan free, dah cendol tak ada, bedal ajelah makanan free.. Aku ngecek makanan mama&hairul sahaja kerana aku bajet nak makan masakan mama kat rumah, tak dan nak makan balik sekolah tadi..

Malam, aku&hairul&abang baby mencari durian suprise untuk mama.. Ingat nak beli musang king tapi mahal sangat sekilo rm25, jadi beli ajelah durian kampung yang sekilo rm8… Alhamdulillah semuanya sedap&isinya agak baik.. Ohooo, aku dah lama ingin sangat makan bubur kacang durian, inilah masanya yang paling sesuai ‘membuli’ mama.. Hahaha ;D

10.30 malam, kami mengeteh di Coffe Planet, bajet nak belanja red velvet kek tapi kedai tu stop sekejap jual kek tu sebab baker buat kek tak kosisten, kadang2 sedap, kadang2 tak sedap.. Aduhai~ jadi aku pun oder almond pavlova, tomoko’s, coklat roll, machiato caramel latte, blend choc, macamadamia latte frappe&air gas strawberi total rm63.40.

Sabtu – 23 June 2012

Pukul 12 tengahari terpacak kat Ikea, mak oiii, ramai betul orang.. Tapi tak pelah, sebab memang ingin bawa mimi&mama makan meatball Ikea, jadi redah ajelah.. Kami makan meatball 40 biji, dadih Ikea 15mangkuk (tapau bawa balik), egg tart 2ketul, apple pie seketul, ciken wing 5ketul, spageti sepinggan, air gas, kopi&teh yang boleh di topup.. Total rm 79.90..

Perut yang kekenyangan, kami pun berjalan2.. Ingat nak bawa mama ke one utama tapi 2ketul adik ku itu, malaslah pulak.. Jadi jalan kat the curve sahajalah.. Ada kids zania.. Ingin nak bawa kak long tapi kak long kecik lagi, nanti tak rasa nikmat sebab kak long tak ingat sangat bila besar.

Of kos, tempat biasa yang kami berjalan mestilah ke kedai buku even tak beli pun, kami memang suka duduk di lantai2 kedai sambil membaca.. Angkatan bersenjata siap meniarap lagi sambil membaca.. Agak seronok jugak walaupun banyak mata memerhati🙂 Suasana kat Borders agak berlainan, memang disediakan tempat untuk kanak2 yang dihiasi tema planet, roket.. Macam angkasa gitu.. Abang pun berguling&mengesot2😉 adik&kak long kalau tak berebut buku, itu bukan lah angkatan bersenjata.. Menangis&macam2 hal lagi.. Tapi biarlah.. Asal mereka gembira.. Aku malu? Mula2 memang malu, semua orang memandang, tapi alah bisa tegal biasa😀 hehehe.. Baca blog orang, kita akan termotivasi sendiri.. It’s ok, ragam anak2 akan dikenang sepanjang hayat..

Dalam kul3 lebih, kami pun pulang ke rumah&berehat2🙂

Malam pulak, kami berjalan2 di Space U8.. Mimi &Kak long tinggal sebab kepenatan.. Dapat juga belanja mama makan kek velvet.. Best juga jalan2 sini walaupun kedai banyak tak buka.. Ada Flea Market tiap jumaat-ahad.. Yang aku suka, boleh bawa basikal anak2 dan main di dalam mall.. Bilalah boleh datang lagi.. Kena curi2 masa nak bawa kak long ya g suka cycling di malam hari.. Kat dataran tak berapa nak sesuai.. Akhirnya, jumpa sudah tempat yang sesuai🙂

Ahad – 24 June 2012

Aku ada sukan hari ni.. Tumpang kawan ke Lembaga Getah Malaysia, sementara tu, hairul membawa mama berjalan di Pasar Tani Shah Alam.. Mama memang suka giler ke pasar tani, memang kalau mama datang, aku mesti bawa mama ke sini even aku nak terberanak pun😉 hehehe..

Sekitar jam 3petang, aku ajak mama teatime-Restoran Mak Jah Bukit Jelutong.. Kami makan Nasi Briyani kambing, Ubi Rebus, air bandung, kopi putih kampung&kopi hitam kampung= rm21.90. Makan smabil berborak&membaca akhbar terasa macam orang kaya pulak..😉 mama asyik memuji deco restoran tersebut.. Ada rezeki, mama pun nak memiliki restoran secantik itu.. Mudah2 han diperkenankan doa mama yang banyak berjasa pada anak2nya.. Allah, makbulkan doa mamaku yang menyayangi kami tanpa berbelah bahagi, menatang bagai minyak yang penuh.. Amin🙂

6 petang, dengan berat hati aku melepaskan mama kembali semula ke kampung halaman.. Memang liat aku nak bagi balik tiap kali mama datnag sini.. Sungguh, rasa ingin sekali pulang ke kampung.. Mama pesan ” ada rezeki, sihat badan panjang umur, mama datang lagi ” Dan aku, sentiasa menunggu dan menghitung hari kedatangan mama ke rumah ini..

***kami berkongsi bajet bersama2 sepanjang berjalan2 bersama mama.. Thanks atin&mimi😀

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: