My Blog

Tentang Awak&Kite…NurCinta Kami…

Allah, Muliakanlah dia..

Sehari suntuk tanpa rehat membuatkan diri terasa letih tahap gaban.. Habis sekolah, kami semua bergegas ke wisma perangsang untuk mematikan setem, ke cimb untuk print slip akaun&pecut ke Um untuk menghantar borang yang sudah lengkap bagi penerima biasiswa, Alhamdulillah🙂

Sepanjang jalan aku melelapkan mata kerana dapat ‘aromaterapi minda’ dari abang..lena sungguh walaupun tidur dalam keadaan mendongak.. Hairul mengejutkan aku setelah sampai ke Tesco, uh…barulah terasa sakit tengkuk&kepala.. Sampai rumah, badan sudah rasa tidak sedap&mohon pada Allah agar aku tidak demam.. Tak suka demam😦 walaupun letih melanda, melihatkan hairul yang bagai lipas kudung menguruskan anak, aku pun gagahkan diri membersihkan sotong&udang yang dibeli.. Sungguh terharu apabila hairul offer diri u tuk membersihkan seafood tersebut.. Terima kasih anje..🙂

Aku yang angin satu badan mulalah buat hal walaupun hairul hanya menegur kuku anak panjang tidak dipotong.. Sungguh, aku hanya potong pada tiap2 hari yang disunatkan&sebolehnya mengelakkan pada hari selainnya.. Aku mula protes&enggan bercakap pada hairul.. Sungguh perangai ku persis budak2.. Lantas hairul mencium dahiku ketika aku sedang membersihkan seafood di dapur.. Ohhhooo, air mata mengalir laju.. Entahlan, emo betul seorang aku ini ;(

Pelik bin ajaib, apabila ciuman tersebut dapat menukar mood aku kepada ceria.. Lantas aku pun memasak bihun sup seafood- pakai campak2& tiap kali masak aku akan berdoa agar ianya sedap lagi disukai oleh semua🙂 hahhaha😀 terasa lawaks pulakkan.. Itulah penangan hairul yang jarang aku terima, selalunya akan tercetus ‘perang dingin’.. Tapi alhamdulillah ianya tidak menjadi… Syuhhh, engkau syaitan lahanat..

Allahumma Ya Allah,
Satukan hati kami hingga ke syurga
Mendaulatkan syariatmu
Merajinkan diri untuk membuat segala amalan yang terpuji..
Jauhkan kami dari sikap pentingkan diri sendiri,
Hindarkanlah kami dari terus2an bergaduh..
Pelihara&rahmatilah mahligai syurga ini dengan rasa rahmah&mawaddah..
Sungguh aku sangat menyayanginya…

Allahumma Ya Allah Ya Tuhanku,
Padamu aku menyembah, menghambakan diri..
Padamu jua tempat aku meminta2..
Perkenankan doaku ini..
Muliakan suamiku..
Berikan kemuliaan kepadanya di dunia&akhirat..

Amiinn..

Inilah Imamku dunia&akhirat..😀

20120628-153120.jpg

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: