My Blog

Tentang Awak&Kite…NurCinta Kami…

Semalam

Semalam Khadiijah Wafi mula bersekolah setelah direhatkan selama lima hari kerana demam, batuk dan selsema. Seperti biasa menghantar Khadiijah Wafi waktu pagi, menaiki motorsikal, cumanya hari semalam sampai sahaja di TSC, raut wajah Khadiijah Wafi berubah, sayu menangis teresak-esak tidak mahu masuk ke dalam sekolah. Akhirnya, setelah dipujuk, dipeluk oleh Miss Shirley, dengan langkah yang berat Khadiijah Wafi masuk juga ke sekolah. Waktu pulang pula sebaliknya, Khadiijah kelihatan sangat ceria, apabila diusik oleh pertanyaan Walid “siapa tadi pagi nangis-nangis pergi sekolah?” hanya tersengih-sengih malu melihatkan giginya yang putih.

Hakikatnya saya sudah boleh mengagak Khadiijah Wafi pasti akan menangis untuk ke sekolah semalam. Jangan cakapkan budak-budak, kita pun begitu juga, sekiranya telah lama bercuti, untuk bekerja semula sememangnya rasa berat. Majoritinya orang yang bekerja sebegitu. Sekolah tempat isteri bekerja, sekiranya cuti sekolah panjang, hari pertama naik persekolahan, isteri menyatakan terlalu banyak guru yang ambil cuti tambahan sehingga terusik mendengar cerita daripada isteri yang tidak sempat rehat dari pagi hingga ke tengahari kerana menggantikan guru-guru yang tidak hadir. Pernah juga saya bertanya, “mengapa sayang tidak sebegitu? telah tahu bahawa hari pertama sekolah sememangnya ramai guru yang mengambil cuti tambahan, sekiranya sayang bekerja juga hari ini, maka tak dapatlah nak berehat sampai balik” Isteri hanya menjawab, “kesian kat budak-budak pergi sekolah tetapi tidak belajar”. Alangkah bagus sekiranya semua guru-guru berfikiran sebegitu.

Saya cuba menghubungkaitkan ia daripada perspektif agama. Saya mengambil contoh yang mudah. Sekiranya seseorang telah biasa menunaikan solat di awal waktu, pasti dia akan berasa sangat janggal untuk melambat-lambatkan solat tersebut. Perasaan rasa bersalah pasti menusuk di dalam jiwa semasa mendengar azan, tetapi masih lagi tidak menunaikan solat. Pertama kali meninggalkan perbuatan tersebut, dia akan rasa bersalah, untuk kali kedua, mungkin terdetik di dalam hati sedikit rasa bersalah, namun untuk kali yang ketiga ianya menjadi perkara biasa sahaja tanpa sedikit pun rasa bersalah. Begitu juga dalam usaha kita melakukan kebaikan. Untuk mula berpuasa hari isnin dan khamis, memanglah terasa sangat berat buat kali pertama, cubalah lakukan untuk kali kedua, pasti terdapat sedikit rasa kemudahan, kali ketiga dan seterusnya saya pasti ianya tidak menjadi masalah. Sekiranya terasa berat juga, ada something wronglah tu..he.he.he..

Semalam, laptop kami rosak. Mengikut rekod, sekali pun saya belum pernah menghantar laptop ini ke kedai untuk dibaiki. Sehingga kini, kerosakan-kerosakan yang lampau masih mampu lagi saya baiki. Cumanya semalam, saya belum pasti lagi saya mampu atau sebaliknya membaiki kerosakan tersebut. Berdoa diberi kekuatan. Semua barang pun akan rosak sekiranya umurnya telah lanjut. Cumanya, dengan cara saya memakai laptop tersebut, saya tidak yakin laptop-laptop jenama biasa akan setahan jenama yang kami gunakan sekarang. Itulah laptop Vaio kami. Semasa mula membelinya dahulu, harganya lebih mahal berbanding jenama-jenama lain yang mempunyai spesifikasi sama. Namun, sudah menjadi kebiasaan bagi family kami, alang-alang membeli, biarlah membeli yang berjenama. Alah membeli, menang memakai. Dan terbukti sekarang, kata-kata tersebut adalah tepat. Kini, walaupun telah muncul laptop-laptop yang mempunyai spesifikasi yang lebih hebat di pasaran, saya merasakan laptop yang kami miliki sekarang masih lagi mempunyai nilainya bukan dari sudut “high spesifikasi value” tetapi dari sudut “brand value” dan inilah yang kami namakan sebagai vintage.. Orang lain tiada, tetapi kami ada..he.he.he..

20120627-084535.jpg

20120627-084624.jpg

20120627-084704.jpg window vista basic, Intel Pentium Dual Core (dengan spesifikasi tersebut, agak-agaknya tahun bila kami membeli laptop ini?)

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: