My Blog

Tentang Awak&Kite…NurCinta Kami…

Kata-kata

Mana yang lebih baik samaada berfikir dahulu sebelum berkata-kata atau berkata-kata dahulu kemudian baru berfikir apa yang diperkatakan. Memanglah berfikir dahulu sebelum berkata-kata lebih baik, namun berapa ramai manusia yang dapat mempraktikannya di dalam kehidupan lebih-lebih lagi ketika dalam keadaan marah dan sedih. Benarlah pepatah Melayu ada menyebut ” telajak perahu boleh diundur, telajak kata badan binasa”. Mendalam sungguh maksudnya tetapi itulah realiti kehidupan, kata-kata yang keluar daripada mulut adakala menyingsung perasaan insan lain tanpa kita sedari. Buat isteri tersayang, anje minta maaf kerana sering berkata-kata dahulu kemudiannya baru berfikir dalam banyak keadaan kita berinteraksi. I am sorry….

Setelah Ahmad Afkaar beransur pulih daripada demam, kini giliran Adik Aaminah pula mengalami nasib yang serupa. Bukan suatu yang mengejutkan, kerana salah satu sebabnya anak-anak kami sentiasa berkongsi botol susu, botol air masak dan oleh kerana itu saya beranggapan virus-virus tersebut mudah berjangkit antara satu sama lain. Kini, saya melihat isteri pula telah beransur-ansur mulai tidak sihat. Walaubagaimanapun, tugas sehariannya masih lagi tidak diabaikan, ketika anak tidur tidak lena waktu malam kerana demam, isteri masih lagi mengagahkan diri melayan mereka.

Alhamdullilah, saya bersyukur, Allah s.w.t tidak memberi kami ujian yang berat. Maksudnya, anak-anak demam bukan dalam keadaan serentak semua. Permulaannya, Khadiijah Wafi diikuti oleh Ahmad Afkaar dan kini Aaminah Wafi. Oleh kerana itu, seorang demi seorang kami dapat memberikan tumpuan sepenuhnya bagi sesiapa yang demam dahulu. Bayangkanlah sekiranya, semua sekali demam serentak termasuk juga saya dan isteri? Mahu kelam kabut rumah dibuatnya…hu.hu..hu..

Wahai Allah, berikanlah kami sekeluarga kesihatan yang baik, rezeki yang diberkati dan dipermudahkan untuk menuntut ilmu..amin..

Saya menyelimutkan Aaminah Wafi yang sedang demam ketika tidur malam, tidak sampai lima, dia mulai rimas dengan selimutan tersebut, merungut-rungut marah dalam keadaan mata tertutup..

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: