My Blog

Tentang Awak&Kite…NurCinta Kami…

tersedak susu

Tepat pukul 2.45 petang, doktor telah bersiap sedia memasukkan tiub sepanjang depa tangan kedalam hidung Ahmad Afkaar untuk membuang lendir kahak yang menyebabkan Ahmad Afkaar tidak sihat sepanjang minggu ini. Ahmad Afkaar dibedung. Bagaimana rasa tiub sepanjang depa tangan dimasukkan ke dalam hidung, saya sendiri pun tidak tahu bagaimana rasanya, namun melihat reaksi Ahmad Afkaar yang meraung sekuat hati, tiub dimasukkan tiga kali dilubang sebelah kanan, lubang sebelah kiri sebanyak tiga kali sehingga disekeliling mata Ahmad Afkaar menjadi merah, saya tahu ianya suatu yang menyakitkan. Kesian Ahmad Afkaar. Ketika Doktor memasukkan tiub tersebut buat kali keempat kedalam hidung Ahmad Afkaar, saya melihat nurse yang membantu memegang Ahmad Afkaar memalingkan mukanya kedinding. Mungkin tidak sampai hati melihat seorang baby kecil diperlakukan sedemikian rupa. Doktor pula tenang sahaja, mungkin pengalaman lalu merawat pesakit menyebabkan riak mukanya seperti tiada apa-apa yang berlaku. Raut wajah saya biasa sahaja, namun di dalam hati tidak sampai hati melihat sebegitu.

Seingat saya, sepanjang membesarkan tiga orang anak ini, inilah pertama kali melihat anak dirawat sedemikian rupa. Sakit yang paling teruk di alami oleh anak-anak kami yang paling saya ingati ialah bagaimana Khadiijah Wafi mengalami masalah kulit seperti terkena gegata berminggu-minggu kami cuba merawatnya. Secara tidak sedar ianya merupakan rahmat bagi kami sekeluarga. Maksudnya, apabila anak-anak sakit, hubungan kekeluargaan diantara kami menjadi rapat. Apabila Khadiijah Wafi ditimpa sakit tersebut, saya dan isteri berusaha sepanjang masa mencari penawar bagi sakit tersebut, kesana-kemari, berjumpa dengan orang itu dan ini, membeli dua tiga ubat dan sentiasa berbincang mengenai masalah tersebut. Perbincangan yang pada awalnya hanya berkisar tentang sakit Khadiijah Wafi berlanjutan ketopik lain seperti kewangan keluarga, pendidikan anak-anak dan akhirnya masuk kepada topik atau cerita-cerita yang melucukan.;)

Begitulah rahmat daripada Allah s.w.t disebalik ujian yang menimpa manusia. Ada sesetengah pasangan apabila ditimpa ujian samaada dalam kesempitan kewangan, masalah kesihatan dan lain-lain, dan oleh kerana tidak mampu menanggung ujian tersebut akhirnya mereka mengambil hala tuju masing-masing. Tidakkah mereka berfikir, perpisahan belum tentu dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi. Dan tidakkah mereka berfikir, sekiranya mereka bersama-sama menempuh ujian yang menimpa dan akhirnya berjaya mengharunginya, tidakkah ia menjadi suatu kenangan manis yang mampu dikenang selama-lamanya. Sekiranya tidak berjaya sekalipun, ianya tidak menjadi masalah kerana Allah s.w.t melihat kepada usaha kita dan sekiranya tidak berjaya, itu sudah memadai untuk mendapat balasan yang baik dari Allah s.w.t di sana kelak.

Setelah enam kali masuk dan keluarkan tiub daripada hidung Ahmad Afkaar, doktor menyatakan esok perlu datang semula ke klinik untuk mendapatkan rawatan yang serupa. Saya tidak pasti mengapa doktor tidak menghabiskan terus rawatan tersebut pada hari ini, mungkin beliau juga tidak sampai hati melihat wajah Ahmad Afkaar yang sedikit demi sedikit longlai menahan kesakitan. Kami membawa Afkaar pulang dan berdebar-debar menunggu hari esok. Semoga semuanya dipermudahkan oleh Allah s.w.t. Saya pasti sekiranya Ahmad Afkaar tahu esok sekali lagi dia akan dirawat sedemikian rupa, tidak tidur lenalah dia malam ni…

Wahai Allah s.w.t, berikanlah keimanan yang kukuh kepada kami sekeluarga, kesihatan yang baik, rezeki yang melimpah ruah dan kemudahan menuntut ilmu pengetahuan..Amin..

Saya hanya sempat mengambar sekeping gambar sahaja ketika Ahmad Afkaar dibedung bagi mengelakkan dia meronta-ronta ketika dirawat. Ketika tiub dimasukkan ke dalam hidung, saya tidak mengambil gambar kerana dalam keadaan yang sibuk itu takkanlah pula saya sempat lagi mengambil gambar, nanti si nurse akan berkata “dah buang tebiat ke bapak budak ni,tengah sibuk anak menangis melalak, sempat lagi nak amik gambar”

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: