Abang sayang
Kali kedua ke klinik pada hari ini untuk setelkan sedutan susu basi baki semalam di paru2 abang.. Abang sangat longlai&sangat2 meragam pada hari ini.. Walid kata abang stress..
Ummi mengendap abang ketika proses sedutan itu, memang sangat mengharukan.. Begitu juga dengan kak long yang terkeluar dari mulut dia “siannya abang”… Sungguh kak long memang kakak penyayang&abang lebih suka dengan kak long compare to adik yang agak garang&kasar maklumlah permaisuri agong 😀
Alhamdulillah,pada jam 22:55 terdengar suara abang bermain sendirian 🙂 ummi sangat lega mendengar omelan abang bermain sorang2, lama dah abang mendiamkan diri, jadi ummi tak nak kacau abang.. Sedapnya suara abang 😀 sedapnya bau mulut abang yang tak de gigi 😉 sedapnya bila dicium bertubi2 kegeraman abang di muka umi, penuh air liur muka ummi… Best sangat nyonyot mulut ummi.. Indahnyakan ada anak 🙂 Kak long&adik sudaa selamat melayan mimpi menunaikan haji di usia muda 🙂 amin ya Allah..
gambar abang di malam hari… Cepat sembuh sayang…
Catatan ummi: esok ada appoinment dengan doktor untuk buat sedutan kali ketiga, tapi kami berdua telah sepakat untuk tangguh dulu kerana tidak sanggup melihat abang dijolok oleh wayar2 tersebut.. Alhamdulillah susu basi telah habis dikeluarkan cuma kahak pekat yang masih berbaki lagi.. Jadi doktor telah memberi ubat mencairkan kahak&kami akan berusaha memberi minuman air masak berlipat ganda bagi menyenangkan proses penyahan kahak..
Allah, permudahkan urusan kami.. Berilah nikmat kesihatan kepada kami…