My Blog

Tentang Awak&Kite…NurCinta Kami…

Kekuatan

p>;Lama sungguh saya tidak menulis blog sehingga sedar tidak sedar kali terakhir saya menulis dua minggu yang lalu manakala isteri telah menulis lebih kurang sepuluh artikel, saya masih lagi tidak juga menulis. Benarlah seperti yang dinyatakan, hari pertama tidak menulis, rasa seperti ada sahaja yang tidak kena, hari kedua begitu juga, namun hari-hari terkemudian ianya menjadi perkara yang biasa-biasa sahaja. Dan kini, saya memerlukan sedikit kekuatan untuk menulis semula.

Sepanjang dua minggu tidak menulis, perkara yang dilakukan sama sahaja seperti hari-hari biasa. Bangun pagi, menghantar isteri ke tempat kerja, seterusnya menghantar Khadiijah Wafi ke TSC, seterusnya bergegas ke Arkib Negara meneliti beberapa dokumen, tengahari mengambil semula isteri dan Khadiijah pulang ke rumah. Waktu Maghrib pula mengajar Khadiijah Wafi menggaji Muqaddam kemudian mengulangkaji pelajaran Bahasa English bersama-sama. Mengajar Khadiijah Wafi menggaji dan bahasa English sememangnya memerlukan kesabaran yang tinggi kerana saya tahu Khadiijah Wafi bukanlah kategori budak-budak yang diajar sekali, dia boleh ingat selamanya. Dia perlukan pengulangan yang adakalanya terpaksa mengulang berpuluh-puluh kali untuk mengingati sesuatu yang dipelajarinya. Dan semestinya ia mengundang angin kemarahan saya. Berdoa, semoga saya diberi sedikit kekuatan untuk mengawal perasaan ketika mengajar Khadiijah Wafi.

Bagi saya, bahasa English adalah subjek yang amat penting untuk dipelajari oleh Khadiijah Wafi. Pernah juga saya mendengar cakap-cakap, di Tadika Islam, pelajar-pelajarnya umur empat tahun sudah pandai membaca dan terdapat juga kawan-kawan di FB yang menyatakan kegembiraan apabila anak-anak mereka sudah pandai membaca seusia empat tahun. Namun, itu semua tidak penting bagi saya. Saya tahu bahasa English susah sedikit untuk dipelajari oleh Khadiijah Wafi sementelaah lagi ibu bapanya juga tidak pandai berbahasa English lebih-lebih lagi siwalidnya..:) Namun, saya mahu Khadiijah Wafi pandai dahulu membaca di dalam bahasa English kemudiannya baru mula mempelajari membaca di dalam Bahasa Malaysia. Semoga Khadiijah Wafi sentiasa kuat menghadapi segala perancangan yang ditentukan oleh Walid.

Kejamnya saya terhadap anak-anak, namun saya berbuat demikian kerana saya tidak mahu mereka menjadi seperti saya. Semasa kecil, saya belajar membaca bahasa Melayu dahulu dan akibatnya sehingga kini apabila saya bertemu dengan artikel bahasa English, saya membacanya dengan menterjemahkannya ke bahasa Melayu. Begitu juga dalam aspek penulisan, apabila menjawab exam karangan bahasa English, apa yang terlintas di dalam fikiran saya adalah ayat di dalam bahasa Melayu, kemudian terkial-kial menterjemahkannya ke dalam bahasa English. Meronta-ronta di dalam hati, saya tidak mahu KHadiijah sebegitu. Sering kali saya nyatakan, apabila Khadiijah Wafi melihat sesuatu, saya mahu apa yang terlintas di dalam fikirannya adalah bahasa English. Misalnya, apabila melihat kereta, saya mahu perkataan yang terlintas di dalam fikirannya adalah “car” bukan “kereta”. Begitu juga dalam hal-hal yang lain.

Bolehkah Bahasa English di ajar serentak dengan bahasa MElayu. Bagi anak-anak yang lain saya tidak pasti. Namun bagi Khadiijah Wafi, saya melihat dia terkeliru dari sudut intonasi. Pernah sekali, ketika sedang mengajarnya bahasa Melayu, isteri menunjukkan perkataan “ca” dan pasti di dalam bahasa Melayu intonasinya ada berbunyi “ca”, namun Khadiijah Wafi membunyikannya ia “ka” mengikut intonasi di dalam bahasa English. Oleh kerana itu, saya membuat keputusan biarlah dia pandai dahulu bahasa English, setelah pandai berbahasa English, barulah mula mempelajari bahasa Melayu walaupun bahasa tersebut merupakan bahasa ibundanya. Berbeza pula bagi masyarakat India dan Cina kerana bahasa ibunda mereka menggunakan huruf-huruf yang berbeza sama sekali dengan bahasa English. Tiada huruf A,B,C di dalam tulisan-tulisan Cina dan India, maka mungkin tidak akan terkeliru dengan bahasa English dari segi sebutan dan tulisan. Sepatutnya bahasa Melayu tidak payahlah menggunakan tulisan rumi seperti Bahasa English, ada lebih elok ditukar kepada tulisan jawi. Namun, sekiranya menggunakan tulisan jawi, nanti pelajar-pelajar akan terkeliru pula dengan tulisan di dalam bahasa Arab. Saya bekata-kata seolah-olah saya pula yang pakar di dalam pendidikan bahasa.:)

Bahasa English sangat penting untuk Khadiijah Wafi. Minat atau tidak, dia wajib mempelajarinya kerana berdasarkan pengalaman saya, ketika mengambil degree di Universiti Malaya dalam bidang pengajian Islam, malang sungguh bagi saya kerana tidak dapat merujuk buku-buku bahasa English di dalam kajian paper projek berkenaan sosialisme sedangkan buku mengenai sosialisme di didalam bahasa English terlalulah banyak bilangannya. Begitu juga ketika ini, sedang melanjutkan pengajian di dalam bidang Sejarah Malaysia, walaupun bidangnya adalah sejarah Malaysia, namun buku-buku penting kebanyakkannya di dalam bahasa English. Buku-buku berbahasa English ini jugalah merupakan sumber premier bagi sejarah Malaysia kerana penulis-penulisnya terdiri daripada warga orang putih yang berkhidmat di Malaya ketika itu dan mereka menyaksikan sendiri peristiwa-peristiwa penting yang berlaku dengan mata mereka sendiri lalu menulisnya ke dalam bentuk tulisan-tulisan.

Akhirnya, sekiranya Khadiijah Wafi tidak mampu juga menguasai bahasa English pada masa hadapan, ianya tidaklah terlalu mengecewakan kerana sedar yang kami sendiri tidak memperluaskan bahasa English di rumah. Khadiijah Wafi belajar bahasa English di sekolah, namun dirumah dia masih lagi bertutur berkomunikasi bersama kami menggunakan bahasa Melayu. Saya juga sudah cuba yang terbaik, setiap malam mengajar dia menggaji kemudiannya bahasa English. Tepat pukul 7 malam, kami mengharamkan tontonan televisyen untuk kami anak-beranak. Pernah juga terfikir, ketika saya hilang sabar ketika mengajar Khadiijah Wafi mengaji, bagaimana pula keadaannya ketika saya mula-mula belajar mengaji 20 tahun yang lampau. Adakah situasinya juga sama, dimarahi mak kemudiannya menangis.

Jujur saya katakan, semua memori 20 tahun yang lampau kebanyakkan telah lupa dari ingatan. Cuma, ada sesetengah perkara sahaja yang mampu diingati. Jangan katakan kisah 20 tahun yang lampau, perkara-perkara yang berlaku mungkin 10-15 tahun yang lampau pun belum tentu saya masih mampu mengingatinya. Adakala berfikir, alangkah baiknya sekiranya mak ada menulis sesuatu setiap hari di dalam diari mengenai cara mendidik kami enam beradik semasa kecil, teletah dan kenakalan saya semasa kecil, bagaimana kehidupan berumahtangga bersama ayah pada awal-awal usia perkahwinan dan akhirnya diari atau catatan tersebut boleh dibaca oleh kami adik beradik pada masa kini. Alangkah bertuahnya sekiranya ianya wujud dan saya boleh membaca tentang kisah diri sendiri ketika kecil. Oleh kerana itu, berharap agar blog ini terus kekal wujud sehingga kami sudah berusia untuk bacaan anak-anak dan saya tahu sekiranya diusia 29 tahun pun banyak perkara saya telah lupa, inikan pula apabila usia telah lanjut untuk mengingati kesemua peristiwa-peristiwa yang berlaku sekarang, ianya adalah mustahil.

Setelah lama tidak menulis blog, hari ini menulis dengan begitu banyak. Hari ini masa sengang saya sedikit panjang kerana Khadiijah Wafi tidak bersekolah. Hari ini, Isteri bangun seawal 4.30 pagi, memasak untuk kami anak-beranak. Bukan senang untuk bangun seawal jam tersebut, memasak, namun saya yakin kasih sayang isteri terhadap suami dan anak-anaklah yang memberi kekuatan kepadanya untuk gagah bangun memasak. Saya pula bangun pukul 5.45 pagi, bersiap-siap, sebelum keluar rumah, sempat juga makan pagi masakan isteri. Oleh kerana, pagi-pagi telah menyuap makanan yang berat, maka rasa mengantuk mulalah terasa. Pulang kerumah, kerana terlampau mengantuk, baring untuk tidur dalam beberapa minit sebelum menghantar Khadiijah Wafi ke TSC. Namun benarlah kata-kata isteri, saya sekiranya telah pejam mata, bukannya boleh seminit dua. Maka, saya pun menghantar Khadiijah Wafi di dalam mimpi dan kemudiannya ke Arkib Negara juga didalam mimpi. Tidak ke Arkib Negara, maka saya memperuntukkan sedikit masa menulis blog ini. Cumanya saya berharap, akan datang, walaupun saya ke Arkib Negara, sibuk dengan urusan-urusan lain, saya masih lagi diberi kekuatan untuk menulis blog ini.


Ketika di dalam kereta, sempat juga mendengar lagu ini di ikim FM, saya muatkan semula di dalam blog, khas untuk isteri daripada saya dan anak-anak. Satu ketika nanti, apabila Khadiijah telah pandai berbahasa English, dia boleh menyanyikan dengan lancar lagu ini kepada isteri.

20120715-195051.jpg
walid&kak long&abang🙂
Terima Kasih Anje..😀

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: