My Blog

Tentang Awak&Kite…NurCinta Kami…

Buku hijau

Saya ada sebuah buku yang sekiranya hilang, menangis tidak berlagulah jawabnya. Sebuah buku berwarna hijau sumbangan takaful Malaysia, yang saya bawa setiap kali ke Arkib Negara. Di dalam buku inilah saya menyalin semula isi-isi penting dokumen lama untuk dijadikan rujukan dalam menyiapkan disertasi.

Begitulah kehidupan saya, pergi ke Arkib Negara, menyemak dokumen-dokumen lama. Kelmarin, saya menyatakan kepada kepada isteri, kehidupan saya jauh berbeza daripada dahulu, dalam sehari teman untuk saya berbicara hanyalah isteri dan anak-anak. Berbual-bual kosong, usik-mengusik sehinggalah kepada perbincangan kepada perkara yang lebih berat. Oleh kerana itu, sekiranya kami berkonflik, saya merasa suatu kehidupan yang sangat sunyi, berbeza bagi orang yang bekerja, sekiranya berlaku konflik di rumah, dia masih lagi boleh berbual-bual kosong dengan
Rakan sekerja di pejabat yang sekurang-kurangnya boleh mengurangkan sedikit kekusutan jiwa. Saya pula tidak lagi berpeluang untuk sedemikian, sekiranya berkonfliks, saya hanya termenung sendirian, tidak tahu hendak berbual dengan siapa.

Di awal-awal mukasurat buku hijau, terdapatlah contengan art daripada anak-anak. Tidak mengapalah, seperti isteri, saya juga tidak berapa kesah untuk anak-anak berimaginasi dengan dunia mereka sendiri.

Adakah saya menyesal dengan kehidupan saya kini. Tidak sama sekali kerana hubungan saya dengan keluarga menjadi semakin rapat dan yang pasti 20-30 tahun lagi saya tidak akan menyesal menghabiskan masa muda bersama-sama dengan anak dan isteri. Isteri juga ada menyatakan si adik Aaminah adalah anak yang paling rapat dengan saya sesuai dengan kemanjaannya. Saya pula merasakan sebaliknya. Pada tahun 2011, sekiranya menaiki kereta, Aaminah pasti akan duduk diriba saya yang sedang memandu. Jangan haraplah dia mahu duduk di sit penumpang, menangis meraung-raung. Duduklah dia diriba saya yang sedang memandu setiap hari. Keadaan tersebut berlanjutan, namun sedikit demi sedikit dia belajar untuk duduk di sit penumpang hadapan ketika dalam perjalanan menjemput Khadiijah Wafi di TSC. Dalam perjalanan kami masih lagi boleh berbual-bual seperti hari-hari terdahulu. Dalam tempoh sebulan ini pula, dia mula belajar duduk di sit belakang berseorangan bermain. Dan dalam seminggu dua ni pula, ketika diajak untuk menjemput Ummi, Aaminah mengelengkan kepala untuk tinggal bermain dirumah. Terkejut saya dengan sikapnya yang sedemikian dan saya menerima suratan yang hubungan saya dengannya hakikatnya semakin menganjak usia pasti akan semakin jauh.

Hari ini anak-anak berada dirumah, melihat mereka di depan mata, dalam jangka beberapa tahun lagi, Kak Long akan mula bersekolah diikuti dengan adik-adiknya, seterusnya mungkin akan bersekolah menengah tinggal di asrama, hilang dari pandangan mata. Ke universiti, jarang bertemu muka. Dan akhirnya berkahwin dan membina keluarga sendiri. Itulah hakikat yang perlu saya terima di dalam kehidupan. Dan saya sering mengingatkan diri, bahawa masa dan keadaan itu akan muncul dengan pantas dalam kehidupan tanpa kita sedari.

Cumanya, saya berharap, walaupun saya tidak sehebat menjadi seorang pemimpin terkenal di Tanah air, tidak menjadi seorang tentera yang berjuang di medan peperangan, tidak menjadi seorang negarawan yang banyak menyumbang kepada negara di mata dunia, saya teringin sekali mendengar ungkapan daripada anak-anak yang berkata kami bangga mendapat walid sebagai ayah kami di dunia.

Afkaar pula semakin membesar dan suka memasukkan apa sahaja barang ke dalam mulut. Aaminah pula dahulu, suka sangat air liurnya terkeluar melilih ke baju. Sekarang, tidak lagi sebegitu, sekarang sangat suka makan, pantang disuap apa sahaja, pasti dimakan, berbeza pula dengan Khadiijah Wafi yang mula memilih-milih makanan.

Sebut soal makanan, saya dan isteri amat mementingkan soal halal haram dalam pemakanan. Sebarang makanan yang dibeli di speed mart, anak-anak diajar wajib memilih makanan yang memaparkan logo halal Jakim. Kami tidak lagi membeli makanan di food court yang pekerja yang menyediakan makanan adalah non-muslim. Begitu juga, walaupun pekerjanya adalah muslim, namun sekiranya ownernya non-muslim, kami tidak teragak-agak menjauhinya. Masyarakat muslim Malaysia sekarang sudah tidak kesah un makan di mana-mana, dalam pemikiran mereka asalkan kedai tersebut tidak menyediakan babi dan arak, ia sudah menjadi halal untuk mereka makan disitu. Kami tidak sebegitu dan kami juga mengajar anak-anak mengenai prinsip tersebut.

Bukan senang untuk menjadi muslim yang sejati lebih-lebih lagi kita menjadi Islam berdasarkan warisan bukan hasil pencarian. Risau memikirkan masa depan anak-anak tentang bagaimana mereka akan survive hidup sebagai seorang muslim pada masa akan datang. Cukupkah dengan didikan yang kita beri setakat hari ini.

Didikan daripada ibu bapa sangat penting. Bayangkan sekiranya kami berdua sibuk bekerja setiap hari, balik larut malam, bolehkah kami memberi didikan agama yang mencukupi kepada anak-anak. Oleh kerana itu, peranan sekolah juga penting dalam menerapkan ilmu agama kepada anak-anak. Namun, sistem persekolahan hari ini hanyalah mementingkan subjek-subjek akademik, subjek agama hanyalah sebagai pelengkap kepada sistem pendidikan.

Begitulah penjajah mengajar kita tentang sistem pendidikan. Apabila penyata Cheesman, penyata Barnes diperkenalkan di Malaya sebelum kemerdekaan, sistem pendidikan ala barat diterapkan di Tanah Melayu. Selepas pilihanraya 1955, penyata Razak pula diperkenalkan diikuti Penyata Abdul Rahman Talib sekitar tahun 60an yang saya rasa hanya nama sahaja bertukar dari loghat British kepada nama loghat Melayu, namun pendidkan Islam itu sendiri tidak diangkat tinggi di dalm kesemua penyata tersebut.

Oleh kerana itu, saya dan isteri bersepakat untuk mengajar anak-anak sedikit demi sedikit perkara-perkara asas di dalam agama mengenai doa, surah-surah selepas solat maghrib setiap hari. Khadiijah Wafi juga saya lihat sangat berminat bertanya kepada isteri tentang soal-soal kewujudan Allah s.w.t, tentang dosa dan pahala dan isteri menjawab soalan-soalan tersebut dengan sangat bijak berdasarkan tahap pemikiran Khadiijah Wafi. Contohnya apabila Khadiijah Wafi bertanya, macam mana kita hendak berjumpa dengan Allah, isteri menjawab, apabila kita sudah meninggal, kita bolehlah berjumpa dengan Allah s.w.t itupun kalau kita suka berbuat baik, bolehlah kita jumpa dengan Allah s.w.t, kalau kita suka buat jahat, tidak boleh berjumpa dengan Allah s.w.t. MasyaAllah, Jawapan yang saya sendiri tidak boleh fikirkan untuk anak kecil seusia itu. Semoga kami diberi kekuatan dan istiqamah setiap hari dan waktu mengajar anak-anak.

Akhirnya, Andai kata buku hijau hilang secara tiba-tiba, mungkin saya akan menangis. Namun, tangisan tersebut tidak akan mampu menandingi kesedihan sekiranya saya kehilangan keluarga saya sendiri. Walaupun adakala perbuatan saya mengambarkan sifat-sifat yang amat buruk sebagai seorang suami dan seorang ayah tetapi sebenarnya saya amat, amat menyanyangi isteri dan anak-anak saya selama-lamanya.

20120718-004956.jpg
Inilah buku hijau saya..)

20120718-005102.jpg
Antara beberapa isi-isi dokumen yang sempat saya catat di Arkib Negara. Kerana menulis dengan cepat, adakala saya sendiri pun tidak faham apa yang saya tulis…

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: