My Blog

Tentang Awak&Kite…NurCinta Kami…

Ramadhan Kareem

Esok hari last untuk makan2 disiang hari..
Cuma hari ni, ummi nak cerita ragam kak long..

kak long sayang,
19 Julai 2012- balik dari lawatan ke Pusat Sains Negara, kak long berangin satu badan, mood kak long boleh swing on the spot.. Mungkin kepenatan telahan walid, tapi telahan ummi lagi tepat.. Rupa2nya, anak ummi tak dapat main playground.. Maunya teacher nak bagi main sayang, payah nak handle 150 orang murid dalam satu masa, kalau hilang lagi naya dibuatnya..

Ada rezeki, kita ke sana lagi selepas raya okeh..

Satu lagi, kak long dah tak sabar2 nak berpuasa.. Kalau boleh esok juga nak berpuasa.. Walaupun ummi jenuh terangkan, hari sabtu baru berpuasa.. Kalau ikutkan hati yang panas sementelah baru aje pulang dari sekolah, on the way dalam kereta telah mendengar rengekan kak long yang mahu berpuasa esok juga! Alahai anak…

Melihat ummi yang hampir kehilangan sabar, walid take over untuk memujuk si anak ini.. Alhamdulillah, berjaya juga..🙂

Itulah kak long kami… yang tidak sabar menunggu kedatangan Ramadhan Kareem.. Mahu berpuasa&berbuka puasa di masjid.. Sungguh ummi terharu kerana jawapan anak ummi ” nanti Allah sayang kak long kalau kak long puasa& kak long dapat buka puasa kat masjid”😀

Anak ummi, kebanyakkan orang beranggapan berbuka di masjid sebab kekangan kewangan atau malu dilabel tidak berduit.. Mungkin betul pandangan sebegitu, bila kita berbuka di masjid, dapatlah berjimat untuk membeli makanan&bolehlah spend duit untuk hari raya B-)

Hakikatnya kami mahu mengajar anak-anak bahawa bulan Ramadhan adalah bulan yang sangat istimewa dan salah satu kistemewaan tersebut ialah kita dapat berbuka di masjid. Aktiviti ini telah kami lakukan sejak dari tahun lepas lagi bahkan sejak Khadiijah Wafi kecil lagi, cumanya pada tahun lepas tidak kesemua hari dibulan Ramadhan kami berbuka di masjid kerana Aaminah masih lagi kecil dan juga faktor waktu bekerja isteri yang pulang pada sebelah petang. Tahun ini, semuanya dilihat lancar, isteri bekerja disebelah pagi dan Aaminah telah pun besar dan sedikit mudah dijaga. Si abang pula, walaupun umurnya belum pun mencecah setahun, tapi kelihatan dia lebih cool dan kurang meragam jika dibawa kemana-mana. Oleh kerana itu, tiada lagi alasan untuk kami tidak berbuka di masjid seperti tahun-tahun sebelum ini. Soal pemilihan masjid mana yang kami harus pergi, saya serahkan kepada isteri untuk menetukannya. Sebagai lelaki, tidak menjadi masalah untuk bersembayang dimasjid mana-mana pun, sebaliknya bagi kaum wanita, beberapa faktor harus diambil kira dari segi kedudukan tandas dengan tempat solat, tempat mengambil wudu’ dan solat yang selesa dan juga ruang masjid yang selesa untuk anak-anak kami. Soal makanan, tidak menjadi masalah pun bagi kami, apa sahaja yang dihidangkan oleh pihak masjid, kami makan dan kami tahu setiap makanan tersebut ada keberkatannya tersendiri dan pastinya ianya sangat sedap.

Akhirnya, kami berdoa semoga diberi kekuatan untuk berbuka puasa setiap hari di masjid, dan bagi saya mohon juga diberi kekuatan untuk hati ini sentiasa berada di masjid walaupun Ramadhan nanti telah meninggalkan kami untuk tahun ini. Amin ya Rabb alamin..

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: