My Blog

Tentang Awak&Kite…NurCinta Kami…

Puasa

Esok sudah mula berpuasa. Melihat di facebook,ramai sahabat yang menghantar post mengucapkan salam ramadhan, teruja dengan kedatangan bulan Ramadhan. Saya pula sebaliknya berasa takut dengan kehadiran bulan Ramadhan.

Takut tidak dapat menggunakan keberkatan bulan ramadhan dengan sebaik-baiknya, Ramadhan datang dan pergi sama sahaja seperti tahun-tahun sudah dan lebih risau sekiranya amalan pada tahun ini lebih teruk daripada tahun-tahun sudah. Saya mula berfikir, hari ini semua orang berpusu-pusu pergi kemasjid bersolat terawih namun keterujaan mereka beransur pudar sedikit demi sedikit sehinggalah berakhirnya Ramadhan. Untuk tahun ini, adakah saya juga akan menjadi sedemkian. Cukuplah selama 28 tahun saya menempuh bulan ramadhan setiap tahun dan saya rasakan setiap tahun itu jugalah tidak ada satupun Ramadhan yang benar-benar memberi kesan di dalam hidup.

Untuk tahun ini, saya mula merancang untuk lakukan perubahan.
1. Setiap malam wajib melakukan solat sunat tarawih.
2. Setiap hari mesi menghabiskan satu juzu’ al-Quran.

Mudah-mudahan sekiranya saya berjaya melaksanakan misi tersebut, akan mengubah hidup saya di akhir Ramadhan untuk menjadi lebih baik dan sekurang-kurangnya juga sekiranya ini merupakan Ramadhan saya yang terakhir, saya tidak akan pernah menyesal di akhirat kelak kerana tidak menggunakan bulan yang penuh berkat ini dengan sebaik mungkin.

Bagaimanakah cara untuk melaksanakannya dengan penuh istiqamah? Saya berfikir, sifirnya sangat mudah, untuk dua tiga hari bulan Ramadhan ini, dua misi tersebut memerlukan kekuatan untuk dilaksanakan. Seterusnya hari-hari terkemudian, ianya InsyaAllah akan menjadi mudah dan sekiranya masih belum dilakukan pada hari berpuasa itu, akan timbul perasaan seolah-olah rasa ada yang tidak kena dengan diri. Namun, sekiranya misi tersebut tidak dilakukan pada hari berpuasa tersebut mungkin kerana ada perkara-perkara yang tidak dapat dielakkan, saya pasti hari yang berikutnya, hati ini akan berasa biasa-biasa sahaja tanpa rasa bersalah. Dan Ramadhan saya akhirnya jadilah sama seperti tahun-tahun yang sudah.

Akhirnya, saya memohon kepada Allah s.w.t, berikanlah rasa beribadat sebagai salah satu nikmat kepada kami sekeluarga, permudahkanlah ia menjadi suatu keseronokan kepada kami sekeluarga, dan sekiranya kami telah berseronok dengan ibadah tersebut, jauhkanlah kami daripada sifat tidak istiqamah. Amin yaRabb alamin.

Petang tadi, sempat menaiki kereta keluar rumah melihat di tol berhampiran rumah kami, penuh sesak, kereta membayar tol kemungkinan untuk pulang ke kampung di utara. Mereka akan mula berpuasa dan berbuka bersama-sama keluarga di kampung. Kami pula tidak berkesempatan sebegitu. Ikutkan rasa hati, kepingitan benar untuk pulang ke kampung, namun memandangkan faktor kewangan, kami lupakan seketika rasa nikmat tersebut. Buat mak dan mama, harapnya mereka faham dengan situasi kami kini. Dan sentiasa berdoa agar dipanjangkan usia orang tua kami, agar kami mempunyai banyak lagi masa untuk merasa nikmat-nikmat bersama mereka.

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: