My Blog

Tentang Awak&Kite…NurCinta Kami…

Khadiijah Khairana ^_^

Catatan ini khas untuk anak ummi sayang,
KHADIIJAH KHAIRANA WAFI BINTI MOHD HAIRULHAZAN🙂

Teruja apabila melihat kak long bersolat&berpuasa.. Mudah-mudahan dipermudahkan oleh Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

kak long sayang,

Ramadhan Kareem datang lagi😀 .. Seperti tahun2 sudah, kak long telah memulakan tarbiyah berpuasa secara berperingkat. Pada usia2&3 tahun, kak long memang dipuasakan daripada makan nasi. Hanya minum susu, biskut&air masak sahaja. Apabila usia kak long bertambah pada angka 4 tahun, semua makanan&minuman dipuasakan kecuali air masak.. Hebat anak solehah ummi ni🙂

Pada tahun ini, kami mendoakan agar kak long berjaya mengharungi pesta ibadah ini hingga ke hujungnya.. Percaya atau tidak, kak long tidak minta sebarang reward akan prestasi kak long walaupun walid dah offer sebuah basikal baru.. Paling buat ummi terharu, bila ummi tanya “kenapa kak long nak puasa?” jawapan kak long ” kalau kak long puasa, nanti Allah sayang kak long, kak long boleh raya& kak long boleh berbuka di mosque..” maka si ummi ini hanya mampu terkedu&berdoa agar kak long diberkati oleh Allah..

Anak ummi, ini tentang kak long sayang.. Jadi ummi cepat2 tulis entri ini agar ummi tidak lupa dimamah usia.. Ye, ummi tak pernah dengar ada anak2 kecil yang tidak dijanjikan apa2 jika berpuasa penuh.. Ummi dulu begitu juga, nanny bagi reward jika berpuasa penuh dapat rm50, siapa tak nak?😉 hehehe

Banyak benda yang ummi nak tulis, tapi payah juga nak menyusun ayat..😉

Sepanjang hari ini, memang kedengaran rengekan kak long akan perut yang lapar bermula dari jam 2petang.. Ummi memang tak sampai hati sementelah pulak ummi berpendapat biarlah solat dilatih tubi terlebih dahulu kemudian baru berpuasa.. Sebaliknya, walid lebih cekal hatinya.. Rengekan kak long yang pertama, walid hanya buat2 tak dengar sahaja.. Rengekan kak long sekitar jam 3 petang lebih, walid ajak kak long mengecat semula wall di luar rumah.. Begitulah seterusnya, ada aje idea walid untuk melekakan kak long dari perut yang mula lapar..

Ummi ajak kak long buat art, melukis&menconteng.. Berbual2 kosong&bercerita.. Jam 5.30, kami menyiapkan anak2 untuk ke bazaar Ramadhan.. Memang kak long dah semakin melepek.. Kesiannya ummi rasa.. Tapi alang2 dah jam 6 petang.. Bawa kak long mencari hidangan apa di bazaar. Kak long hanya membeli 2 otak-otak, air tembikai&laksa.. Dan sudah semestinya favourite kak long adalah menderma pada tabung-tabung di bazaar tersebut😀

Kedengaran azan maghrib berkumandang, melihat kak long yang tersenyum kegembiraan sampai ke telinga membuatkan ummi rasa, hebatnya anak ini mengatasi 1 Ramadhan yang penuh berkat. Ummi berdoa agar kak long boleh berpuasa penuh ye sayang🙂

Macam-macam ragam dalam memastikan kak long berpuasa penuh😀 ketahanan mental walid&ummi sangat2 lah mencabar&tercabar.. Aduhai anak😉

20120722-061853.jpg
kak long&walid solat berjemaah time Asar

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: