My Blog

Tentang Awak&Kite…NurCinta Kami…

Terima Kasih&Tolong

Ungkapan itu pernah diungkapkan oleh seseorang yang dekat dihati.. Pesannya:”awak, jangan malu ucapkan terima kasih, kerana ucapan itu dapat buat diri orang yang menolong itu tersenyum🙂 walaupun kita terasa letih&pertolongan itu sangatlah sikit

Titipan ingatan itu sudah tertanam dalam kepala otak aku..🙂
Tapi orang yang memberi nasihat itu, sudah tarak ingat lagi…~huhuhu

Dalam kehidupan kami suami isteri, sekecil pertolongan yang hairul buat, pasti akan ku ucapkan terima kasih.. Ia sangat penting kerana certain2 keadaan itu, kita berada dalam zon sibuk& kepenatan.. Ucapan itu lebih kepada penghargaan atas pertolongan yang dihulurkan..

Manakala ungkapan TOLONG lebih kepada merayu agar kita dibantu membuat sesuatu pekerjaan.. Namun ungkapan ini selalu dianggap sebagai ayat suruhan&perintah.. Hal ini terjadi apabila perasaan itu tidak ikhlas maka berlakulah pergaduhan.. & itu selalunya berlaku dalam hubungan kami suami isteri😦

Dah 6tahun kawin, perkara ini semakin sebati&suai padankan mengikut situasi.. Hairul juga menunjukkan improvement yang sangat bagus.. Kemungkinan, adik-beradik yang ramai lelaki menyebabkan mak tidak rajin meminta tolong kepada anak2nya sekaligus kurang kesedaran untuk mengucapkan terima kasih.. Standardlah orang tua dolu2 yang memang menganggap anak lelaki tidak boleh disuruh.. Semua kerja, orang perempuan yang kena buat..

Aku pulak, memang dah buat keputusan… Anak-anak, cara didikan adalah sama.. Lelaki perempuan mesti buat kerja.. Tiada istilah, memuakan anak2.. Sebab aku rasa, akan datang apabila anak2 berkeluarga&berkerjaya, tolak ansur sangat perlu terutama anak lelaki yang wajib menolong isteri dalam semua perkara.. Kira, mesti kena expert dalam pengurusan rumahtangga.. Ahmad Afkaar, mesti boleh ye..🙂

Sejak kecil, aku memang akan menggunakan perkataan tolong&terima kasih apabila meminta pertolongan&mereka menolongnya.. Sehingga kini, Khadiijah Wafi&Aaminah Wafi akan berbuat demikian.. Tapi ungkapan tersebut tidak disebut kepada walidnya kerana walid jarang nak guna’tolong’ apabila meminta anak2 membuat sesuatu perkara apatah lagi mengucapkan terima kasih.. Aku akan selalu menegur anak2 agar mengucapkan kata ‘tolong’ sekiranya perlukan bantuan manakala ‘terima kasih’ atas segala perkara yang diberikan oleh otang lain..

Hairul secara perlahan-lahan memahami kepentingan 2 perkataan ini.. Anak2 pasti akan meniru perbuatan ibubapanya.. Oleh itu, suka tak suka, hairul kenalah belajar banyak perkara daripada anak2.. Sungguh, apabila mendidik anak2, kami kena mendidik diri sendiri terlebih dahulu.. Bukan suruh anak buat, tapi ibubapanya tak ada kesedaran..

Anje,
Sayang memang suka meminta tolong&mengucapkan terima kasih..
Pada sayang, kalau tak minta pada anje, pada siapa lagi sayang ingin meminta tolong.. Hanya engkau&aku aje yang berada di syurga kita ini..
Walaupun anje sering mengatakan sayang asyik menyuruh itu&ini, &semestinya sayang akan tersinggung tapi ketahuilah, tak pernah ada niat di hati&anggap anje umpama bibik..

Ketahui, dua ungkapan tersebut pada sayang sangat bermakna, menunjukkan sayang perlukan anje pada tiap saat.. Ungkapan yang lebih berbentuk rayuan agar permintaan pertolongan itu diperkenankan.. Walaupun sekadar ucapan terima kasih itu biasa2 saja, tapi ia sangat dihargai oleh sayang sekiranya anje boleh tuturkannya pada tiap masa tanpa disuruh..

Alah anje, bukan jatuh ego&maruah pun sekiranya mengucapkan kata2 tersebut terutama pada anak2.. Malah menunjukkan pada anak2 walid dia merendah hati& menghargai ‘sumbangan kecil’ daripada mereka..

Sayang berharap, agar anje tidak pernah lupa akan nasihat anje pada sayang sebab dihati sayang berbekas kata nasihat iti sehingga ke hari ini..

Mohd Hairulhazan, adakah anje ingat?😉

Pesan Ummi: Ahmad Afkaar Wafi, jadilah lebih baik daripada walid tapi jangan dikurangkan sifat-sifat yang terpuji dalam diri walid.. Sungguh walid kalian sangat expert dalam pengurusan rumahtangga, kerja yang ummi buat, nah serahkan aje pada walid kalian-pasti sempurna bagai ummi yang buat.. Apa yang walid kalian tidak buat? Tiada! Bermula dengan mengurus kalian, menyental toilet, membasuh baju, menjemur baju, melipat baju, mengemas rumah, menyapu rumah, mengemop rumah, menjadi chef, mengemas dapur berkecah, membersihkan kipas angin.. Ketahuilah, kalian sangat beruntung kerana walid menyayangi kalian lebih daripada ummi.. Ummi sanagt cemburu&jeles tapi ummi tidak mampu untuk berbuat apa2 kerana ummi menyayangi kalian begitu jua..🙂

Maka, ummi berdoa agar kalian menyayangi&sentiasa mendoakan kami di dunia&akhirat walaupun kelak kalian akan ada kehidupan sendiri… Jangan lupakan kami yang amat2 menyintai kalian hingga syurga..

20120728-012254.jpg

Galaxy Kak Long

20120728-012438.jpg

handset cikai ummi

>bandingkan gadget mujahid2 musleh yang walid belikan untuk anak kesayangan dengan umminya gadget…
Anje, sayang nak iPhone 4s satuuuuuu!😀

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: