My Blog

Tentang Awak&Kite…NurCinta Kami…

Duaa’

Sepanjang perjalanan ke Mac Donald Shah Alam untuk membawa mujahid musleh bermain di playground, macam-macam persoalan yang dijawab dengan sabar.. Ya kak long sangat suka bertanya ketika kami berada dalam kereta.. Sambil matanya melilau2 melihat ke luar tingkap,sambil tu juga mulutnya bertanya terutama pasal ketuhanan, kerasulan&perkara2 sam’iyyat..

Jiran sebelah pula, baru membelikan basikal untuk anaknya&anaknya pulak menunjuk sakan pada kak long.. Biasalah budak-budak, akan ditayangkan semua mainan baru yang diperolehi kepada kawan-kawannya.. kak long juga begitu tapi walidnya pantas menegur&memberi nasihat agar amalan tersebut tidak dibawa hingga ke dewasa.. Sungguh amalan menunjuk2 bukanlah amalan yang baik. Jadi sehingga kini, apabila kak long ingin menunjukkan sesuatu kepada kawan-kawannya, dia pasti akan meminta izin.. Dan selalunya jawapan yang diberi adalah tidak.. Biarlah kak long belajar sikap menunjuk2 itu kurang baik untuk masa akan datang..

Tidak cukup dengan itu, rakannya telah mengajaknya bermain di luar walaupun hari dah malam sekitar jam 9.30 malam.. Walidnya memang sah-sah tak memberi kebenaran.. Lalu kak long meminta kebenaran daripada ummi.. Ummi benarkan aje, biarlah kak long berkawan. Tapi keputusan yang berbeza dengan walid adalah tidak baik..

Maka ummi pun bercakap secara logik:
“kak long sayang, kalau walid tak izinkan, kak long kena dengar cakap walid daripada ummi ye sayang”
Kak Long: ” kenapa?”
Ummi:” sebab walid lebih sayangkan kak long&nak kak long selamat, lagipun kan dah malam sayang”
Kak long:”baik ummi, esok pagi boleh main?”
Ummi:” boleh sayang”

Pada ummi, budak-budak memang suka menunjuk2, biarlah kak long belajar lebih bersabar, manakala walid pulak tidak sampai hati melihat anaknya mengejar-ngejar basikal baru kawannya itu.. Nanti kak long akan perhati sahaja basikal tersebut& bertanya macam-macam.. Silap haribulan, kawannya tidak melayan soalannya itu..

Mungkin sebab terlalu sedih melihat kawannya itu dapat basikal baru-kaler pink (warna fav kak long), ada bell, ada gambar.. Jadi dalam kereta, kak long telah mebuat request kepada walid&ummi agar dibelikan basikal baru yang berwarna pink, ada bell, ada gambar flower, love&butterfly-aduhai imaginasi anak ummi ni, entah ada entah tidak basikal yang sebegitu? Sambil request, sambillah kak long menangis.. Dalam hati ummi-Allah, siannya anak aku..

Ummi lebih mengambil inisiatif, agar nak minta apa-apa jangan minta pada ummi&walid. Sebaliknya biarlah semua permintaan kak long terus diminta pada Allah. Kami tak nak mujahid musleh menggantung harapan pada kami.. Biarlah mereka mengerti secara perlahan yang memberi ummi& walidnya duit adalah Allah.. Daripada duit tersebut dapatlah dibelikan apa sahaja yang dipinta mereka.. Lalu, kak long pun,
” ummi ajar kak long berdoa, kak long tak tahu nak berdoa kalau ummi tak ada ”
Ok, jom kita berdoa-Selawat&salam ke atas Nabi Muhammad terlebih dahulu kemudian barulah doa dimulakan..
Ya Allah Ya Tuhanku, ampunkanlah dosa walid&ummiku, ya Allah Ya Tuhanku, kasihani&sayangilah walid&ummiku, ya Allah ya Tuhanku, berikanlah kesabaran kepada kak long agar dapat berpuasa penuh, ya Allah ya Tuhanku, jauhkanlah syaitan daripada walid, ummi& kak long, ya Allah ya Tuhanku, janganlah campakkan walid&ummi ke dalam neraka, ya Allah ya Tuhanku berikanlah walid&ummiku duit yang banyak supaya kak long dapat beli basikal baru kaler pink, ada bell, ada flower, ada love&ada butterfly, kak long nak mainan masak2&mainan doktor misi, ya Allah ya Tuhanku, perkenankan doa kak long ini, amin ” (segala bagai yang dihajatinya disebut dalam doa tanpa bantuan ummi😉 )

Ummi memang ambil kesempatan pada doa anak-anak kerana terbaca dalam blog saifulislam.com agar manfaatkan doa anak-anak kecil kerana mereka ahli syurga&doa mereka tiada hijab dengan Allah..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

On the way balik rumah setelah mujahid musleh nampak mengantuk, dapatlah ummi&walid bersembang tentang macam-macam.
Walid: Anje dah dapat ilham tentang saham.. 2 hari ni tepat ramalan anje
Ummi: Alhamdulillah.. Anje, sayang rasa Allah dah makbulkan doa sayanglah..
Walid: Doa ape?
Ummi: tak sangka memang betul-betul di luar jangkaan interest bank rakyat 4.08%, selama ni 5.25%&4.95%. Anje pulak dah dapat ilham tentang main saham.. Ya Allah, syukurnya doa sayang dah dimakbulkan oleh Allah!🙂

Hakikatnya, apabila direnung kembali.. Bukan doa ummi yang mustajab tapi doa kak long yang tak putus-putus berdoa supaya beri walid&ummi rezeki yang banyak..

Ohoooo, kenaikan gaji tahunan 13 Ogos nanti, akan ku jumpa Bank Pilihan Kami-ada urusan, ada pelaburan besar yang ingin diteruskan semoga mujahid musleh ummi tidak akan ke bank untuk membuat loan untuk kehidupan mereka. Doa ummi agar loan yang dibuat ini lebih banyak manfaatnya daripada keburukkanya.. Allahumma Amin

:::Terima Kasih Cinta Hati Ummi; Mujahid Musleh:::

20120728-031320.jpg
kak long, adik&abang

20120728-031405.jpg
kak long tidur peluk kikish senior

20120728-031453.jpg
adik dengan kikish junior

20120728-031536.jpg
abang dalam buai, tunggu ummi setel tulis entri

SAYANG&CINTA KALIAN HINGGA SYURGA😀

Pesan Ummi: Manfaatkan doa anak-anak&lazimi mereka berdoa agar mereka terus mendoakan kami hingga kami telah tiada..

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: