My Blog

Tentang Awak&Kite…NurCinta Kami…

Saham

Semalam saham fgv jatuh lagi..

Pada hari saham fgv diterbitkan, harganya dibuka pada rm 5.39, beberapa minit selepas itu ia meningkat kepada rm 5.46, meningkat sebanyak rm0.07 sen. Maka bertepuklah tangan semua orang termasuk pm sendiri dengan kejayaan itu. Sekiranya saya membeli sebanyak 800 unit( sama unit dengan nilai yang diperolehi oleh peneroka felda)dengan nilai rm 4312 dan jual semula pada harga rm5.46, saya akan untung lebih kurang dalam rm26 sahaja selepas ditolak caj perkhidmatan maybank. Itu sekiranya saya jual pada hari tersebut.

Namun sekiranya saya hold dahulu saham tersebut, dan selepas beberapa hari saham itu naik sehingga rm5.55 pada harga yang tertinggi. Saya menjualnya, saya akan mendapat untung lebih kurang rm100 selepas tolak caj maybank.

Namun, amat malang sekiranya saya hold lagi saham tersebut kerana indeksnya mulai jatuh sedikit demi sedikit setiap hari. Semalam ia ditutup rm 5.24 pada sebelah petang. Sekiranya saya menjual pada rm 5.24, maka saya akan kerugian sebanyak rm150 termasuk caj maybank.

Oleh itu, untuk peneroka felda, ia tidaklah merugikan sangat maka tidak perlu bersungut setiap masa melaung-laung rasa tidak puas hati hanya mendapat 800 unit sahaja. Sekiranya kita tahu tentang selok belok saham, kita tidaklah akan merasa iri hati dengan pegawai felda yang mendapat saham yang lebih banyak daripada kita, malahan kita boleh mengetawakan mereka andainya mereka pun sama tidak tahu macam kita.

Lihatlah buktinya..

Saya membeli saham fgv sebanyak 3000 unit *rm5.39 (sama seperti yang diperolehi oleh kakitangan felda non eksekutif) dengan nilai rm 16170 dan menjual semula pada hari yang sama dengan harga rm5.46, saya akan memperolehi keuntungan lebih kurang rm180.

Sekiranya saya hold dulu saham tesebut, beberapa hari kemudian menjualnya dengan harga rm5.55, saya akan memperolehi untung sebanyak rm450.

Namun sekiranya saya hold lagi dan dari sehari ianya jatuh, dan menjualnya semalam dengan harga rm5.24, saya akan kerugian rm480 termasuk caj maybank. Adakah hari ini saham fgv akan jatuh lagi, tunggu dan lihat jelah. Banyak/sedikit saham yang kita ada bukanlah yang menetukan kita rugi atau untung, ilmu tentang pasaran saham itu yang menentukannya. Ianya bukan senang, dan saya masih baru dan apa yang saya bentangkan ini belum tentu lagi tepat dan betul.

Harapnya saham fgv tidaklah jatuh sampai bawah dari rm4.55 seunit sama seperti harga permulaan yang diperolehi oleh orang-orang felda. Sekiranya ia jatuh sampai ketahap itu, maka terduduklah Isa Samad bersama saham-sahamnya..hehehehe…

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: