My Blog

Tentang Awak&Kite…NurCinta Kami…

hubungkait

Gambar yang pertama diambil pada minggu lepas 24 Julai 2012, manakala gambar yang dibawahnya pula diambil lebih kurang setahun yang lepas. Ketika itu umur Aaminah lebih kurang 9 bulan. Hampir sama bukan kedua-dua gambar tersebut. Entah kenapa, apabila saya melihat gambar yang pertama itu, tiba-tiba terlintas di dalam hati tentang gambar yang pernah dirakam pada tahun sudah. Mungkin dari sudut posisi gambar yang sama dan ditambah lagi dengan warna tudung yang dipakai oleh isteri sama seperti di dalam gambar yang kedua. Lalu, saya pun menyelak semula gambar-gambar lama dan akhirnya jumpa juga gambar yang kedua itu dan saya kongsikan di dalam blog ini.

Begitulah kehidupan, ada masa sekiranya kita melalui sesuatu tempat, bertemu dengan sesuatu barang ,bertemu dengan seseorang, adakalanya ia akan mengusik kembali kenangan lampau.

Setiap hari, selepas menghantar Khadiijah Wafi ke TSC, saya akan ke Arkib Negara. Melalui jalan-jalan di sekitar USJ seringkali mengingatkan tentang perkerjaan saya terdahulu. Adakala, saya memandang juga kekiri kanan lorong sekitar USJ melihat mana tahu boleh berjumpa dengan kawan-kawan lama. Dan suatu perkara yang saya tidak terjangka kini ialah saya juga pernah membaca meter air di TSC dahulu dan sekarang ia menjadi sekolah Khadiijah Wafi. Sungguh tidak sangka. Apabila bekerja sebagai pembaca meter air, setiap hari mencari kedudukan meter air, agaknya telah menjadi tabiat saya apabila pergi kemana-mana, bertemu dengan sesuatu premis, saya akan mencari dimana terletaknya meter air premis tersebut. Dan sekarang, tabiat tersebut beransur-ansur hilang. Enam tahun saya bekerja di Syabas, mana mungkin dapat melupakannya sekelip mata.

Minggu lepas, mama telah datang berkunjung ke rumah kami. Apabila mama atau mak datang, semestinya kami anak-beranak tidak lekang duduk di rumah, mesti ada sahaja rancangan setiap hari kesana-sini membawa mama berjalan-jalan. Namun, agak terkilan apabila melihat mereka terpaksa bersempit-sempit di dalam kereta yang kecil. Tunggulah nanti ada rezeki lebih, saya dan isteri merancang untuk membeli sebuah mpv, mudah untuk kami bergerak kemana-mana. Anak-anak juga sudah semakin membesar, sekiranya family samaada mama atau mak datang, ianya pasti memberi suatu keselesaan. Cuma, agakan saya sekiranya sudah membeli MPV, maka makin panjanglah langkah kami sejauh yang mungkin yang kami boleh pergi.

Ketika di dalam perjalanan menaiki kereta, kami sering dihiburkan dengan nyayian anak-anak terutama daripada Aaminah Wafi. Keluar sahaja dari kawasan perumahan, dia mula menyanyi lagu wonderpet dengan loghatnya yang tersendiri. “apa yang enting, eja ama”, diulang, ulang dan ulang sehingga kepenatan. Serentak dengan itu, mama mula membuka cerita tentang isteri dan anak-anaknya yang lain sewaktu mereka kecil mempunyai ragam yang tersendiri ketika di dalam kereta. Macam-macam diceritakan, agaknya saya pun akan sebegitu suatu masa kelak. Benarlah seperti yang saya nyatakan, adakala apabila kita melihat sesuatu, ia mengingatkan kita tentang kisah lampau.

Kisah lampau tersangatlah penting. Apabila diceritakan semula, ianya boleh menjadikan diri kita berasa sangat gembira, boleh dijadikan sebagai pedoman dan boleh dijadikan sebagai satu semangat untuk menempuh hari-hari terkemudian.

Namun, ramai orang tidak suka akan sejarah. Tanyalah kepada pelajar-pelajar sekolah Menengah, subjek apa yang paling mereka tidak minat, kebanyakan mungkin akan berkata subjek sejarah. Begitu juga ah dan di ipta, semasa saya mengambil degree dahulu, pelajar yang mengambil minor Sejarah dan Tamadun Islam hanyalah beberapa kerat sahaja berbanding dengan minor-minor yang lain. Alasannya tidak suka menghafal nama-nama orang, tarikh-tarikh penting dan subjek sejarah merupakan subjek yang tidak mengembangkan minda kerana tarikh, nama, tempat adalah merupakan suatu yang objektif dan tidak boleh dikembangkan.

Saya pun sebegitu juga dahulu, namun sekarang ianya telah berubah. Hakikatnya kita tidak meminati sejarah kerana sistem pendidikan di Malaysia itu sendiri tidak menjadikan sejarah itu sebagai sesuatu yang menarik. Bagi saya, sejarah adalah perkembangan perjalanan sesuatu bangsa atau negara dan ianya pasti akan lebih menarik sekiranya kita mengaitkan setiap peristiwa sejarah yang telah berlaku dengan peristiwa-peristiwa sebelumnya, malahan boleh juga dikaitkan dengan peristiwa-peristiwa selepasnya.

Bagi saya, semua bentuk ilmu, sains ke, sejarah ke, matematik ke, semuanya adalah berada pada satu kedudukan yang sama. tidak ada satu ilmu pun kedudukannya lebih tinggi daripada ilmu yang lain. Bagaimana pula dengan ilmu pendidikan Islam? Hakikatnya, saya berfikir bukankah ilmu seperti ilmu sains, matematik, sejarah dan lain-lain juga terangkum di dalam ilmu pendidikan Islam selagi mana pembelajaran ilmu tersebut akhirnya berbalik kepada kebenaran dan kebesaran Allah s.w.t. Malangnya, sistem pendidikan barat tidak sebegitu, ilmu-ilmu diasingkan diantara ilmu agama dan ilmu duniawi. Dan Malaysia sekarang juga masih menggunakan sistem tersebut. Berapa ramai umat Islam yang sangat mahir tentang ilmu sains tetapi masih jauh dengan Allah s.w.t. Berapa ramai umat Islam yang pakar tentang sejarah, namun tidak menggunakannya sebagai jalan mendekatkan diri dengan Allah s.w.t.

Hari ini adalah hari ke-12 berpuasa. Seperti yang telah dijanjikan, saya harus melakukan postmortem terhadap misi yang saya hendak capai dihujung Ramadhan ini. Alhamdullillah segalanya berjalan dengan lancar dan dipermudahkan oleh Allah s.w.t. Cumanya saya agak sedimit terkilan kerana apabila kami berbelanja di bazar Ramadhan, saya lihat peniaga-peniaga disitu tidak sama sekali menghubungkaitkan antara aktiviti berniaga untuk mencapai rahmat dan berkat daripada Allah s.w.t. Bagi mereka adalah keuntungan semata-mata. Meletakkan harga makanan yang mahal tidak setanding dengan rasa makanan tersebut bahkan juga tidak setanding dengan kuantiti makanan tersebut. Barakah. Satu istilah yang tidak diajar di dalam kamus pendidikan ekonomi barat dan lebih malang ianya juga tidak diajar oleh sebilangan peniaga kepada generasi-generasi selepasnya.

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: