My Blog

Tentang Awak&Kite…NurCinta Kami…

Sayangku

Hari ini tidak tahu menulis apa di dalam blog walaupun keinginan menulis itu ada. Isteri mencadangkan tulisan mengenai dirinya. Di dalam hati, ianya idea yang baik, lebihan lagi 8 ogos ini merupakan harijadi isteri. Biarlah sepanjang tempoh ini, saya berazam untuk mengembirakan hati isteri lebih baik daripada sambutan-sambutan tahun yang sudah. Namun, saya benar-benar sekali untuk menjadi jujur di dalam setiap penulisan. Apa sahaja mengenai isteri akan ditulis sejujur mungkin, saya tidak mahu menjadi seperti Shah Jahan yang sangat mengagungkan isterinya Mumtaz Mahal, seolah-olah isterinya sangat perfect daripada sebarang kesalahan. Setiap manusia ada kelemahan masing-masing, kita bukan para nabi atau rasul yang maksum.

Saya mengenali isteri sejak dari tahun 2003 lagi, maknanya sudah 9 tahun saya mengenalinya. Bohonglah sekiranya dalam perkenalan ini, kami hidup dengan aman bahagia sahaja sepanjang masa tanpa berlaku sebarang pergaduhan. Cumanya setiap masa saya sekali tidak mahu mengingati setiap pergaduhan yang berlaku, saya mahu mengingati kenangan yang manis-manis sahaja. Bezanya antara saya dan isteri ialah, apabila bergaduh, isteri akan cepat cool manakala saya pula akan mengambil masa yang agak lama sedikit untuk kembali tenang. Apabila bergaduh, berbaik semula, saya dapat merasakan hubungan kami akan bertambah erat.

Isteri yang saya kenali di ipta, berkawan dan akhirnya berkahwin.

Rata-rata keluaran ipta, akan bekerja dahulu, selepas itu baru fikir untuk berkahwin. Sebaliknya saya dan isteri memilih untuk berkahwin pada usia muda, maka banyaklah kesusahan dan keperitan untuk survive dalam hidup. Memang sangat susah, tetapi itulah pengalaman yang sangat bermakna bagi kami berdua.

Apa yang saya suka sangat tentang isteri dan memilihnya sebagai pasangan hidup? Itulah persoalannya yang bermain selalu di dalam minda.

Isteri sangat pelik kot…
Semasa di ipta lagi, isteri telah menunjukkan kepelikannya. Seorang pelajar perempuan yang suka sangat bertanya di dalam kelas, terutama subjek ust. Wan Zailan. Saya pula suka duduk di bahagian belakang kelas, sentiasa memandangnya dari belakang, tidak suka bertanya di dalam kelas dan suka buat hal sendiri.

Isteri sangat teliti orangnya kot..
Bagi saya isteri sangat teliti orangnya, pernah satu ketika dahulu, dalam peristiwa kami menghantar latihan ilmiah untuk dijilid kertas keras di Serdang, keesokan hari ianya wajib dihantar kerana ia merupakan hari terakhir sebelum bercuti semester, maka kami telah kembali ke Serdang mengambil latihan ilmiah tersebut, malangnya si peniaga telah tersalah cetak perkataan “binti” menjadi “bt”. Isteri berasa tidak puashati dan menyuruhnya membuat semula, sedangkan waktu tersebut tinggal beberapa jam lagi sebelum pejabat jabatan akidah tutup. Saya cuma terbayang, sekiranya terjadi kepada saya, saya mungkin akan mengambilnya sebagai satu perkara terdesak dan yang paling utama dapat menghantarnya pada hari tersebut juga. Isteri tidak sebegitu, terpaksalah si peniaga membuatnya semula, setelah siap, saya memecut ke Universiti Malaya dan sempat juga menghantar latihan ilmiah tersebut dalam beberapa minit lagi sebelum pejabat ditutup.

Isteri sangat berjimat cermat kot…
Isteri tidak suka akan pembaziran. Membeli sesuatu, cukuplah dengan apa yang perlu sahaja. Sekiranya ke pasar malam, biasanya peniaga akan menjual kuih muih rm2 lima biji. Bagi kebanyakkan orang, akan berkata “oklah bagi dua ringgit”. Tetapi berlainan pula bagi isteri yang suka membeli dua biji sahaja walaupun berulang kali peniaga menyebut lima biji rm2. Isteri juga boleh menghafal setiap harga barang di setiap pasaraya dan membandingkannya antara satu sama lain. Kini, saya juga telah terjebak dengan budaya begitu, apabila anak-anak mahu membeli sesuatu, saya akan menyatakan nantilah beli di speedmart, harganya lebih murah.

Isteri sangat yakin dengan sesuatu kot…
Apabila kami ke pasaraya, mencari parking kereta, isteri suka mencari parking di tempat yang paling hampir dengan pintu. Walaupun, secara kasarnya, di pintu mengambil tiket parking lagi, kereta telah beratur panjang masuk satu demi satu. Walaupun, jauh dari tempat masuk, masih ada parking yang kosong, isteri selalu menyarankan agar ke depan lagi mencari parking yang hampir dengan pintu masuk. Begitulah isteri, sentiasa positif dalam soal rezeki. Sekiranya duit yang ada ditangan, yang bagi saya mungkin cukup-cukup untuk perbelanjaan keluarga, tetapi isteri tetap positif untuk memberinya sedikit kepada mak dan mama. Isteri sering menyatakan bahawa insyaAllah pasti ada rezeki yang lain nanti. Dan saya lihat ianya sememangnya begitu.

Oh iye, isteri sangat suka akan duit yang banyak😉 Menurutnya, dia sangat suka duit banyak boleh beli macam-macam. Masalahnya, apabila sampai masa untuk membeli sesuatu yang disukainya, mulalah dia akan berkata “sayanglah duit” atau “lain kalilah baru beli” dan akhirnya sesuatu barang itu sampai kesudah tidak dibelinya.

Dahulu, semasa saya mula-mula mengenali isteri, dia pernah berkata yang dia sangat sukakan tidur. Janganlah menghantar sms atau menelefonnya ketika dia sedang tidur, silap hari bulan boleh jadi bergaduh. Sekarang, semuanya telah berubah, saya lihat isteri sangat kurang tidur lebih-lebih lagi menjaga si abang Afkaar. Adakala saya geram benar dengan si abang kerana membuat isteri saya sebegitu. Tidak mahu tidur di dalam buai, sentiasa mahu tidur berkepit dengan umminya sahaja. Semalam, saya menghenjut Afkaar di dalam buai, seperti biasa dia menangis, melalak tidak mahu tidur di dalam buai akhirnya isteri datang juga melihat anaknya itu, mengambil dan berkepit dengannya sambil berkata kesian melihat anaknya menangis sebegitu rupa. Begitulah isteri yang sangat sayangkan keluarganya.

Akhirnya, ketika bergaduh, adakalanya emosi kita tidak mampu dikawal. Walaupun kami bergaduh, saya sering mengingatkan untuk sentiasa bersabar dan ingat semula masa-masa kenangan terindah bersamanya. Cuma, saya sedikit terkilan tidak dapat memberikan kemewahan kepada isteri. Teringin sekali saya membelikan baju-baju cantik untuk isteri, membawanya bercuti sejauh yang mungkin, makan di hotel-hotel mewah seperti kawan-kawannya, moga suatu hari nanti saya mampu. Amin. Wahai Allah s.w.t, berikankan keberkatan kepada kami berdua dan ampunilah dosa-dosa yang pernah kami lakukan.

Sayang, Anje cinta Sayang🙂

Single Post Navigation

One thought on “Sayangku

  1. sayang on said:

    Terima kasih anje… Terima kasih untuk segalanya..semoga terus bersabar&bertahan hidup dgn sayang hingga ke hujung nyawa…🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: