My Blog

Tentang Awak&Kite…NurCinta Kami…

Aktiviti sehari sebelum raya

Tahun ini kami akan beraya di Batu Anam, Segamat.. Atas persetujuan bersama, tiap tahun kami akan merayakan hari raya pertama di sini tanpa ada sistem giliran lagi. Cuma boleh disesuaikan mengikut keadaan tertentu, masih boleh dibawa berbincang🙂

Sebagaimana famili lain, kami juga membuat persiapan yang sama
-mengemas rumah
-menukar langsir
-mengubah susun atur perabot
-membuat kuih/kek
-mengupas&menyiapkan barangan memasak
-mengisi bekas kuih raya
-mengiron baju
-dan pelbagai lagi aktiviti yang tak menang tangan nak kena buat😉

Paling aku suka adalah melihat anjeku menganyam ketupat, walaupun sudah enam tahun berkahwin, skill menganyam masih tak pro lagi…hihihi😉 setiap kali aidilfitri/aidiladha, pasti anjeku akan berguru dengan ayah& mak yang pakar menganyam ketupat sate&ketupat bawang.. Anjeku ini tidak berputus asa, mencuba berusaha hingga berjaya siap berpeluh-peluh lagi tu😉

Confirmlah aku nak makan ketupat anyaman anjeku, untuk memudahkan mengecam ketupatnya, mestilah aku tulis namanya… Hihihi😉 mak hanya menggeleng&tersenyum melihat kami berdua yang entah apa-apa aje. Untuk hari inilah, tak sabar nak rasa anyaman ketupat anjeku…

20120818-135334.jpg
tekun belajar anyam ketupat

Aktiviti yang baru diperkenalkan tahun ini, jeng…jeng…jeng…

20120818-141144.jpg

Alkisahnya, aku mengendeng&berharap agar niat nak memberi anak-anak yang ke masjid untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri diberi sedikit duit raya (rm1) seorang. Walaupun aku tahu memang tak ada bajet untuk perkara tersebut, tapi semangat nak memberi&merealisasikan sangat berkobar-kobar sementelah melihat Khadiijah Wafi&Aaminah Wafi memang suka memberi pada yang kurang berkemampuan jika ke pasar malam/pasar tani..

Akan hal tersebut, aku memang berniat untuk melihat kegembiraan pada Wafies&anak-anak yang memeriahkan suasana pagi raya di Masjid.. Paling aku suka, semua permintaan aku walaupun agak sukar ditunaikan tetapi anjeku tidak pernah kata tidak selagi ia boleh diusahakan.. Hakikatnya, mungkin dia puas memikir cara yang terbaik untuk mengusahakan kengendenganku menjadi nyata… Nah, akhirnya, gambar atas tu adalah ideanya yang membuatkan aku kegembiraan.
Kekangan kewangan tidak membataskan anjeku untuk memenuhi keinginanku. Alhamdulillah, duit syiling yang berkepuk dalam tabung ditambah dengan syiling yang banyak daripada adik ipar-Mohd Akhirul Zaman, merealisasikan hadiah untuk anak-anak kecil si ahli syurga🙂

Anje, terima kasih untuk segalanya..
Sepanjang perkenalan kita, selagi boleh diusahakan.., anje tidak pernah menghampakan permintaan sayang apatah lagi untuk kegembiraan anak-anak.
sayang anje🙂

Wahai Allah Ar-Rahman Ar-Rahim, berkatilah rezeki yang telah kami perolehi.. Semoga agihan duit raya tersebut menggembirakan anak-anak kecil si ahli syurga..
Cukupkanlah rezeki kami agar kami tidak meminta-minta selain datipadaMu…
Allahumma Amin🙂

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: