My Blog

Tentang Awak&Kite…NurCinta Kami…

Istikharah

Dalam istikharah apabila suami yang dicintai meminta aku untuk berhenti kerja dan menumpukan sepenuhnya pada keluarga seandainya jika anjeku itu mendapat kerja pada tahun depan…

Walaupun sedikit kaget, tapi perkara itu telah lama aku timbangkan&selalu aku merengek pada anjeku untuk berhenti kerja bagi melihat perkembangan anak-anak.. Ya, aku selalu berimaginasi apabila anak-anak ini telah dewasa, mereka kurang memerlukan ummi&walidnya.. Apabila mereka sudah pandai berdikari kurang mengharapkan pertolongan daripada ummi&walidnya…
Sungguh takut untuk menghadapi saat itu nanti..

Aku sungguh terasa sebak ketika ingin memakaikan kak long baju, dia memberitahu dia boleh pakai sendiri kerana dia sudah besar… Aduhai~ bagai terkena renjatan elektrik dibuatnya.. Kadang-kadang bagus sebab boleh diharap pertolongan darinya tetapi kadang-kadang ianya tertusuk jauh disudut hati&payah untuk ditulis secara terang..

Melihat anak-anak yang dicintai ini membesar&menempuh proses pembelajaran untuk dewasa, adakala aku melihat begitu juga proses aku menjadi dewasa (walaupun ketinggian tak tinggi2😀 )
Mesti mama&ayah terasa sedih apabila aku menginjak kaki ke alam pernikahan bersama hairul tersayang… Bagaimana pula dengan kami pada masa akan datang apabila anak-anak yang dicintai ini memohon untuk menempuh alam baru bersama pasangannya?

Kami berharap dapat mengizinkan dengan setulus jiwa&sentiasa berdoa agar kami memperoleh menantu yang menyayangi&tidak merampas anak-anak kami.. Aku juga sering membjat request agar kami mampu untuk membelikan sebiji rumah&kereta buat anak-anak kami… Semoga Allah memakbulkan doa kami ini yang mahukan terbaik untuk anak-anak..

Sempat juga aku bergurau dengan anjeku, sebelum berhenti kerja aku inginkan rumah banglo kecil di ss19, Subang Jaya… Berkenan sungguh akan rumah tersebut&bercadang untuk membelinya guna nama bersama.. Anjeku itu telah berkenan akan rumah tersebut sejak memulakan kerjanya sebagai pembaca meter air, tiap bulan dia akan mengintai rumah tersebut.. Kerana apa? Kerana rumah tersebut berhadapan dengan masjid.. Sudah enam tahun rumah itu ditulis untuk dijual.
Paling lawak, apabila kami survey-survey harga rumah di mudah.com, maka terhambur ketawa berdua, masakan tidak rumah tersebut berharga hampir 3 juta! hahaha😀 anjeku bajet dalam 200-300k sahaja.. hihihi😉
Anje, ada harapan ke?

Requestku yang kedua, aku mahu volvo pacuan empat roda.. Terliur dibuatnya jika terserempak menyusur laju disebelah kancil kami.. hihihi🙂
Anje, boleh ke usahakan?

Semoga istikharahku memberi jawapan pada keberkatan perjalanan kehidupan kami sekeluarga..
Ya Allah, dalam dambaanmu aku berserah diri..

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: