My Blog

Tentang Awak&Kite…NurCinta Kami…

Tewas dalam kemenangan

Hari raya adalah hari kemenangan. Siapa yang tidak gembira menyambutnya..

Namun begitu, adakala kita tidak sedar yang sebenarnya kita telah tewas dalam kemenangan itu. Bulan Ramadhan, kita bersungguh-sungguh melakukan amal ibadah, berpuasa, banyak membaca al-quran, memberi sedekah dan lain-lain kebaikan namun apabila tiba sahaja aidilfitri kita menyambutnya dengan penuh rasa kegembiraan berjaya menghabiskan 30 juzu’ al-quran, berjaya bersolat terawih setiap malam tetapi sedikit pun tidak meletakkan niat dihatiuntk meneruskan misi-misi kebaikan dibulan-bulan seterusnya.

Betullah cakap-cakap yang mengatakan, untuk beristiqamah dengan sesuatu kebaikan adalah lebih sukar berbanding untuk mencapainya. Menghafaz satu juzu’ al-quran adalah lebih mudah berbanding untuk mengulang-ulang hafalan tersebut. Malang sungguh apabila kita menggunakan bulan Ramadhan dengan segala macam kebaikan, namun apabila tiba bulan syawal, kita tidak mampu beristiqamah dengan kebaikan-kebaikan tersebut. Ramai yang terleka dengan kegembiraan syawal.

Sekiranya begitu, adakah kita tidak boleh menyambut syawal dengan penuh kegembiraan? Boleh….mahu menyambut syawal dengan gembira macam mana pun, Islam tidak pernah menghalangnya. Walaubagaimanapun, sambutlah ia dengan perasaan rasa bertuhan. Jangan bila kita rasa sedih, rasa takut, baru kita rasa hidup bertuhan. Masa gembira juga harus begitu.

Saya berdoa, semoga Ramadhan yang telah berlalu memberi kesan kepada kami sekeluarga untuk menjadi baik pada bulan-bulan seterusnya. Amin.

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: