My Blog

Tentang Awak&Kite…NurCinta Kami…

Sate

Bercerita tentang sate ni memang sedap.. Maklumlah makanan kegemaran anak-anak kesayangan..

Kali pertama ummi&walid makan sate bersama adalah di flat sebelah kondo vista angkasa.. Sedap giler sate yang pokcik jual naik motor.. Ada hari-hari tertentu pakcik tu datang jual sate di kawasan flat tersebut..

Selalunya ummi&walid order dalam sepuluh-lima belas cucuk.. Sambil pokcik mengipas sate, kami bersembang menghidu bau sate.. Makan dan terus bersembang hingga sate habis.. Kemudian kami pun balik ke tempat tidur masing-masing.. Suasana kat flat depan agak meriah kerana masing-masing menunggu sate yang dipesan.

Nikmatnya terasa kerana kami duduk bersidai atas tembok depan public phone.. One day, ummi nak bawa kalian gi jenguk tempat ummi&walid makan sate.. Jangan ditiru aksi tersebut ye sayang-sayang ummi..

Nak kata ummi&walid ni jahil, tidaklah pulak.. Nak kata ummi&walid ini tak belajar agama, sudah terang lagi bersuluh yang kami dalam bidang agama.. Cuma ummi&walid boleh katakan, kami tidak praktikkan apa yang dipelajari.. Allah, ampunkanlah dosa-dosa kami.. Sungguh kami beruntung kerana diberi nikmat untuk bertaubat atas perkara-perkara ma’asi yang telah dilakukan..

Sekarang ni, sate yang agak sedap adalah di taman sutera segamat.. Kalau balik rumah nenek, takkan dilepaskan peluang untuk menikmati sate tersebut.. Malangnya kiosk tersebut selalu tutup.. Asallah orang melayu ni, selalu aje mahu bercuti dari kerja…ohooo, ummi pun suka cuti jugak! Dapat guling-guling dengan ucuk acam ummi semua..hihihi😀

Kat kawasan rumah kita, walid selalu beli sate kat subang perdana.. Sedap juga.. Bestkan makan sate ye sayang.. Kak long suka makan dengan nasi impit.. On the way balik rumah, dah makan dalam kereta.. Walid yang rajin akan mengutip lidi-lidi sate yang telah dikumpulkan kat bawah kaki.. Sungguhlah anak-anak ummi suka sangat makan dalam kereta.. Makanlah sayang, kalau dah naik alphard (bilalah ye boleh sambar alphard sebijik ni) jangan berani-berani nak makan dalam alphard! Hahaha😀 mau mak datin ummi ni menjerit meroyan kalau alphard bersepah…😉

Anak-anak ummi,
Andai kalian mengetahui,
Sungguh berat ujian&dugaan percintaan sebelum ijab kabul..
Cinta hadir bersama tanggungjawab&taklifan untuk membina bait al-moslem…
Cegahlah&jauhi perkara tersebut sebelum masanya..
Walid&ummi akan sentiasa berada disisi kalian sebagai sahabat,
Luahlanlah andai kalian telah jatuh cinta sebelum masanya..
Kami akan ikhtiar agar cinta itu menjadi halal untuk kalian..

Allah,
Peliharalah anak-anak kami,
Keturunan kami
Daripada membuat dosa-dosa semalam yang telah kami lakukan..
Lindungilah mereka dari azab nerakaMu
Ampunilah kekhilafan mereka
Terimalah taubat mereka…
Lembayungkanlah mereka dengan rahmat&karuniaMu yang sangat Maha penyayang&pengasih.

Amin..

20120828-005952.jpg

20120828-010011.jpg

20120828-010023.jpg

sayang-sayang ummi🙂 , dewasalah kalian sebagai da’ie Allah..
Membesarlah kalian sebagai HAMBA Allah
Sungguh iman itu terlalu mahal kerana Syurga itu sangat indah..
Kalian, mujahid musleh&saham kami di SANA

kak long, adik&abang,
Cinta ummi&walid tanpa sempadan pada kalian hingga ke hujung nyawa🙂

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: