My Blog

Tentang Awak&Kite…NurCinta Kami…

Perancangan

11 syawal 1433h, memandangkan Khadiijah Wafi ada reahseal consert di sjkc Chee Wen, Usj 1 Subang Jaya, pagi-pagi lagi kami telah keluar dari rumah menaiki sang kancil, menghantar isteri ke tempat kerja dahulu, kemudiannya perlahan-lahan menelusuri highway gunthrie dan highway elite ke Subang Jaya. Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan, no traffic jam, kenderaan pun kurang dijalan raya tidak seperti dua hari lepas. Sampai di usj 1, lebih kurang pukul 8 am, singgah dahulu dimasjid, uruskan kelengkapan Khadiijah Wafi, kemudiannya terus ke sjkc Chee Wen. Bersantai-santai dan berehat di usj sementara menunggu Khadiijah Wafi pulang, tengahari nanti pula akan ke Nilai, menghantar Mimi ke Usim menguruskan fellowshipnya.

Disebabkan saya masih lagi belum bekerja, maka aktiviti-aktiviti sekolah Khadiijah Wafi yang adakala membawa kepada masalah masa dan tempat, semuanya saya mampu handle dengan baik. Bayangkan sekiranya saya telah bekerja, mungkin saya terpaksa mengambil cuti untuk menguruskan aktiviti persekolahan Khadiijah Wafi. Kadang-kadang terfikir, seronoknya tidak bekerja, saya boleh menguruskan berbagai-bagai perkara tanpa terikat dengan kerja. Sekiranya ada perkara yang perlu disetelkan melibatkan keluarga, tidak perlu lagi mengisi borang cuti 3 hari sebelumnya. Sekiranya badan berasa tidak sihat, boleh terus berehat di rumah tanpa perlu ke klinik mendapatkan surat cuti sakit. Begitu juga sekiranya berlaku kecemasan atau kematian, tidak perlu bersusah payah menghubungi pejabat memaklumkan untuk mendapat cuti kecemasan.

Namun, sekiranya tidak bekerja maka tiada gaji dan bagaimana saya harus menampung kehidupan keluarga. Masih lagi dalam keadaan bertimbang tara, sama ada setelah berjaya menyiapkan master, mahu terus bekerja ataupun terus sambung pengajian pengajian peringkat phd. Isteri menyarankan agar saya terus menyambung phd dan cuba dapatkan biasiswa um. Saya pula berkira-kira mahu bekerja dahulu kemudiannya baru mempertimbangkan untuk menyambung phd. Saya berfikir dua-duanya ada kebaikan dan keburukan. Sekiranya saya bekerja dahulu, bergaji besar sedikit, secara tidak langsung mampu memberi kehidupan yang lebih selesa kepada keluarga berbanding kehidupan sekarang. Dan saya juga akan memberi peluang kepada isteri berhenti kerja supaya dapat memberi tumpuan menjaga anak-anak sementara anak-anak masih kecil sekarang. Namun sebaliknya, sekiranya telah bekerja, setiap hari sibuk dengan kerja, ada kemungkinan rasa excited untk menyambung pengajian itu akan pudar.

Begitulah kehidupan. Banyak jalan yang terbentang di depan mata, pasti ada kebaikan dan sebaliknya. Cara terbaik untuk memilih jalan yang terbaik untuk diri, adalah berdoalah dengan Allah s.w.t. Kita bukan tuhan yang tahu tentang masa depan kita, ada ketika kita merancang tahun hadapan kita mahu kehidupan kita begini dan begini. 10 tahun akan datang kita juga merancang untuk begini dan begini, namun adakah kita pasti apa yang kita rancangkan akan benar-benar berhasil?

Berdoalah kepada Allah s.w.t agar semuanya dipermudahkan dan sekiranya kita mahu doa kita dimakbulkan, saya sering kali mengingatkan diri agar jagalah hubungan kita dengan Allah s.w.t. Sama sekali tidak boleh, kita meminta sesuatu tetapi dalam masa yang sama tidak mahu mengikuti perintahnya. Cuma saya sedar yang iman kita adalah iman orang awam, naik dan turun. Wahai Allah s.w.t, teguhkan iman kami sekeluarga agar kami mampu melaksanakan segala suruhanmu dan menjauhi segala laranganmu dan seterusnya makbulkan segala doa dan permintaan kami untuk mencapai kebahagian di dunia dan akhirat dan kami tahu sekiranya engkau tidak memakbulkan doa kami pada masa kini, bukan beerti engkau tidak sayangkan kami atau engkau tidak kasihkan kami, sebaliknya kami tahu engkau lebih mengetahui apa yang lebih terbaik kepada kami wahai Allah s.w.t. Ampunkan kami sekeluarga. Amin.


SJKC Chee Wen, mungkinkah Khadiijah Wafi akan bersekolah disini 2 tahun lagi? ianya tiada dalam perancangan kami.

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: