My Blog

Tentang Awak&Kite…NurCinta Kami…

Mendidik&Terdidik

Bekerja sebagai guru agama sebenarnya banyak kelebihan.. walaupun aku kurang berkenan dengan panggilan ustazah, tapi tang menyampaikan ilmu sangat aku suka.. kebanyakkan kelas yang aku memang masuk mengikut jadual atau yang diberi relief, semuanya aku masuk dengan senang hati. Penat memang penat, melihat anak-anak didik menunggu di muka pintu, membuatkan aku sedar beratnya beban amanah yang dipikul..

Kolaborasi bersama Ustaz Nor Ahmad bin Min ibarat mendengar tazkirah saban hari.. walaupun ustaz mengajar sekaligus memberi nasihat kepada anak-anak ini, aku juga sering terketuk oleh nasihat tersebut.. dalam hati sering berazam untuk membuat perubahan ke arah yang lebih baik.. azam yang selalu ditekadkan dalam hati memanglah payah nak dilaksanakan secara berterusan

.. Usaha yang berterusan itu pun sudah memadai🙂

Masuk September, anak-anak aku yang biasa dibawa solat dhuha telah aku perkenalkan dengan satu lagi bentuk dakwah kepada kawan-kawan mereka iaitu 5 minit.. Program ala-ala tazkeerah yang disampaikan oleh imam muda yang mengimamkan solat dhuha pada hari tersebut.. Isi kandungan disediakan oleh anak-anak perempuan.. Nak tengok juga apalah jadi nanti😉 hopefully, imam muda tersebut bolehlah handle dengan baik..

Memandangkan sekolah telah mengadakan program khas mencari imam muda, ustazah pilihan&penghafaz cilik.. Jadi, aku sering memanggil mereka dengan gelaran imam muda dipangkal nama mereka… Sukalahhhhh🙂 mendidik mereka, terbayang Ahmad Afkaar.. Tengok anak perempuan teringat dekat princess 2 ketul tu🙂 jadi mujahid musleh ye sayang-sayang umi…🙂

Hari ni tengah khusyuk perhati mereka buat kerja yang diberi, terbayang sekiranya Ahmad Afkaar darjah 5, adakah aku masih menciumnya seperti yang aku buat pada tiap-tiap hari ketika ini? Lalu aku pun bertanya pada mereka-adakah ibu mereka masih mencium mereka pada ketika ini? Anak-anak lelaki tersipu-sipu malu mengiyakan manakala anak-anak perempuan macam biasalah🙂
Aku menambah agar biarlah ibu mereka terus mencium mereka hingga mereka dewasa.. Jangan merasa malu&segan.. Pada aku, bukan senang nak melahirkan anak. Biarlah ibu ayah ini diberi peluang untuk mencium&memeluk anak-anak mereka..

Mereka hanya mendengar, mudah-mudahan dapatlah diserap dengan baik🙂

Mendidik mereka, maka terdidiklah aku.. Semoga terus istiqamah pada jalan kebaikan ini.
Amin..

———–************ end cite kat sekolah🙂

Anak-anak ummi,

First time ummi berkahwin dengan walid, ummi terkejut melihat walid yang dah berkahwin dan besar panjang itu masih dicium&dipeluk oleh nenek.. Bukan itu sahaja, walid ini juga telah dipeluk&cium oleh nanny kalian!

Ummi? Of courselah sayang… Nenek akan cium&peluk ummi ketika mahu pulang semula ke rumah kita.. Lebih-lebih lagi bila dengan nanny.. Tiap kali balik, tiap kalilah ummi akan menangis rasa tidak mahu pulang.. Aduhai~~~

Dan tabiat itu, telah menurun pada kak long yang akan kesedihan meninggalkan mummy yang banyak sangat main bersama kak long.. Kak long menangis membuatkan ummi tertanya-tanya apakah yang membuatkan anak ummi ini menangis? Ooooo, sayang mummy rupanya.. Adik? Adik kecik lagi hanya tahu melambai&membuat flying kiss🙂

Untuk raya tahun ni, sebelum pulang ke rumah kita, mama sempat memeluk&mencium hairul sambil berkata: ” sian anak mama ni “…. Cittt, adakah aku sudah menjadi menantu mama? Hairul hanya tersenyum penuh kemenangan membuatkan aku yang terasa panas hati..hohohoho~
aku paham maksud mama yang mendalam tu.. Adegan bawang punya hal lah.. hihihi… Mama memang terasa kesal akan hal tersebut.. Kami berborak panjang&mama memang memarahi aku.. Tahan telinga ajelah.. hihihihi🙂 kala itu, aku memang merasakan mama adalah pakar motivasi yang terpendam bakat semulajadinya&aku memang pesalah utama yang membuatkan darah mama sentiasa mendidih..

Oh hairul sangat beruntung!🙂

Aku lagilah beruntung berganda-ganda.. Ada hairul dalam hidup aku😀
Allah, terima kasih atas nikmat-Mu ini..🙂

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: