My Blog

Tentang Awak&Kite…NurCinta Kami…

Merdeka @ Tesco

2 jam yang bagai couple—->;; (mode) walid ummi yang tak hinggat ada anak 3ketul kat rumah,😀 hihihi..

Sampai tesco jam 9pagi, kami breakfast nasi lemak berkongsi, dahtu teringin pulak nak makan lontong, jadi request 5 biji potongan nasi impit shj..beserta dengan teh tarik.. Usai breakfast, kami cuci mata&terus masuk membeli barangan yang terlintas kat kepala untuk memasak sementelah ada kawan yang diajak beraya di rumah untuk makan tengahari.

Kami ke tesco hari ini untuk membeli udang&ikan siakap yang memang terjamin harganya terendah di pasaran.. Udang bersaiz xxl/xxxl okeh bukan udang comel-comel tu.. Kami memang akan membeli udang di tesco, siakap kalau tergerak nak masak baru beli di tesco jugak… Jualan murah boleh menjimatkan bajet dapur🙂

Plan nak masak ikan siakap sos masam&seafood tomyam buh sayur sekali.. Walaupun senang tapi bila pagi baru nak belanja barang, masakan yang senang menjadi macam susah! Ditambah pulak dengan aku yang memang buat keje agak lambat😉 walau bagaimanapun, alhamdulillah dapat menyiapkan semua sekali dengan bantuan anje&atin&mimi..

Sebelum balik, sempat anje ngecek nak makan ice cream.. Selalu anak-anak aje yang makan, kami hanya menjilat lelehan ice cream di sekeliling kon.. Tapi hari ni, kami sama-sama memilih flavor mint choc&tetap berkongsi🙂 flavor ini mengingatkan aku akan adik aaminah🙂 pregnantkannnya selalu mengidam untuk makan ice cream ini… Time mengidam, time tulah payah nak dapat&terpaksalah anjeku itu mencari.. Alahai aku ~

On the way balik, kami singgah beli ayamas di Esso, itupun lagi murah berbanding beli di kedai atau restoran ayamas.. Kak long&adik suka sangat ayamas tersebut&selalu makan banyak. Haritu raya, kami beli ayamas percik makan dengan coeslaw&kentang putar kfc.. Wallaweh, sedapnya..🙂

Malam ni nak pergi ziarah raya rumah kawan kat padang Jawa& terpaksa menolak ziarah seorang teman memandangkan timing lari dari jadual…. Seronoknya berhari raya, jangan dilupakan syariat ye diriku ini…

Esok, bijaN adakan rumah terbuka kat Lembaga Getah Malaysia.. Esok juga kak iefa ada menjemput aku ke rumahnya untuk majlis makan-makan.. Sangat sedih kerana saban tahun kak iefa selalu menjemput dan sering menjemput datang ke rumahnya even pada hari biasa pun.. Aku tak pernah sekali pun memenuhi undangan tersebut.. Discuss dengan anje, harap esok bolehlah luangkan masa ke rumah kak iefa&sekaligus menjenguk umah mak Asma’ Wardah di Kajang.. Cuma dalam kepala masih menimbang tara sama ada nak ke rumah terbuka bijaN atau memenuhi undangan kak iefa?

Allah, semoga syawal yang datang kali ini, lebih diberkati tali persahabatan kami..
Memohon padaMu agar tautan ukhuwwah ini manis sepanjang zaman merentasi masa-masa moden yang kurang peka terhadap ukhuwwah sesama manusia..
Jadikanlah kami sahabat yang paling baik kepada sahabatnya..
Jauhkan kami dari segala hasad dengki&busuk hati melihat kejayaan&kekayaan sahabat kami.
Allahumma amin, perkenankanlah doa kami ini…🙂

Ketinggian walid walaupun sudah merendahkan diri,ummi pulak menjengkitkan kaki, namun masih lagi tidak menyamai paras ketinggian kami, membuatkan walid&ummi tergelak…hihihihi😀

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: