My Blog

Tentang Awak&Kite…NurCinta Kami…

Selangorku

Saya dan isteri dilahirkan di Johor, namun oleh kerana telah lama menetap di Selangor, mencari rezeki di Selangor, rasa sayang kepada negeri ini sudah menyamai rasa kasih terhadap tempat kami dilahirkan. Apa-apa sahaja isu yang berkaitan negeri Selangor samaada dalam soal politik, ekonomi, sukan dan lain-lain lagi, semuanya menjadi satu perkara yang penting untuk kami ambil berat. Atas rasa sayang itu juga, saya berharap negeri ini akan terus diperintah oleh Pakatan Rakyat. Walaupun kami berdua bukan pengundi dinegeri ini, saya sentiasa berdoa semoga rakyat asal negeri ini akan terus memberi mandat kepada kerajaan negeri yang sedang memerintah kini.

Selangorku, sebut apa yang tiada di selangor? Laut, gunung, sawah padi, getah, perindustrian, pelancongan..semuanya ada. Oleh kerana itu, bukan suatu yang menghairankan sama ada barisan nasional mahupun pakatan rakyat, kedua-duanya berebut-rebut untuk mendapatkan kuasa di negeri ini. Negeri yang banyak menghasilkan sumber kewangan kepada kerajaan persekutuan, siapa yang tidak mahukannya bukan.Bahkan, sering kali juga terdengar cakap-cakap, sekiranya sesebuah kerajaan itu mampu mentadbir negeri Selangor dengan baik, maka kerajaan itu juga pasti akan mampu mentadbir kerajaan persekutuan dengan baik, sekiranya diberi peluang memerintah Malaysia.

Hari ini Barisan Nasional secara besar-besaran telah mengadakan rumah terbuka Aidilfitri di Lembaga Getah Malaysia. Disebabkan rumah kami berhampiran dengan Lembaga Getah Malaysia, maka kami sekeluarga mengambil kesempatan makan tengahari disitu. Walaupun secara terang-terangan saya dan isteri menyokong Parti Islam Se-Malaysia, tetapi tidaklah sampai untuk mengharamkan diri untuk menghadiri Rumah Terbuka tersebut dan yang pasti saya cuba untuk berlapang dada tidak bersangka bukan-bukan terhadap majlis tersebut. Bersangka baik, majlis tersebut bukan diadakan di atas dasar motif politik tetapi BN ikhlas menjamu makan kepada rakyat Selangor bersempena musim perayaan.

Kami sampai sekitar jam 1 tengahari, beratus-ratus kereta sudah memenuhi padang LGM, walaupun di banner menyatakan majlis akan bermula jam 1.30 tengahari. Membawa anak-anak yang masih kecil, faham-faham jelah memang sedikit sukar, oleh kerana itu saya cuba untuk mendapatkan kebenaran RELA untuk park kereta berhampiran tempat majlis, bukannya di padang yang terletak lebih kurang 500 meter di tapak majlis. Malangnya, dengan muka yang masam sambil membebel-bebel, anggota RELA tidak membenarkan. Ianya sedikit memberi kesan di hati, adakah sekiranya saya seorang VIP, mereka akan bertindak sebaliknya. Tidak mengapa, Alhamdulillah, saya dan isteri tahu serba sedikit selok LGM, akhirnya dapat juga saya park betul-betul di belakang pentas uama, sungguh tidak ku sangka….

Kejadian kedua berlaku, apabila isteri cuba mendapatkan cawan plastik kosong di kios air minuman untuk mengisi aiskrim batang di kios yang berlainan, dengan muka yang masam, ahli UMNO yang menjaga kios tersebut membebel bertanya berkali-kali seolah tidak puas hati cawan di kiosnya diambil untuk diguna dikios lain. Mintak dua, hanya satu sahaja cawan yang dihulur. Kesian melihat isteri yang terpaksa bersusah payah mendapatkan sebiji lagi di kiosk yang lain dan kejadian itu sekali lagi berulang. Mungkin mereka keletihan berada dalam keadaan panas terik menjamu makanan untuk rakyat tetapi itu bukan alasan untuk mereka bertindak sebegitu sekiranya mereka ikhlas untuk memenangi semula hati rakyat selangor untuk kembali semula menyokong Barisan Nasional.

Akhirnya, cukuplah saya nyatakan kehadiran kami di rumah terbuka ini bukan membuatkan kami semakin dekat dengan Barisan Nasional, sebaliknya hati saya semakin jauh, jauh dan jauh..:)

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: