My Blog

Tentang Awak&Kite…NurCinta Kami…

Rindu berbaki..

Asyik bersembang membuatkan aku terlupa untuk snap gambar bersama sahabat tercinta yang datang beraya di rumah.. Menu masakan adalah pasta bolognise, udang sambal petai foiler, puding kastad buah&air ribena… Cukuplah untuk kami menikmati makanan tengahari bersama-sama. Asma’ Wardah&Yusairi tiba di rumah sekitar jam satu tengahari, walaupun makanan utama masih belum siap sepenuhnya.. Maklumlah masak sambal bukan boleh masak sekejap, kang ada yang cirit birit makan sambal mentah..

Kandungan Asma’ Wardah yang mencecah usia 7bulan membuatkan aku faham ketidakselesaan menjamu selera duduk atas lantai. Tapi Asma’ Wardah tetap berdegil mahu turut serta… Kang dah kena sesemut, aku pun memang sukarela memicit kakinya itu sambil dia terjerit-jerit kesakitan… Hihihi🙂 Usai makan, Asma’ Wardah solat zuhur selepas itu bersiap-siap untuk balik memandangkan mereka akan ziarah sebuah rumah lagi sebelum bertolak balik ke Nilai.

Perbualan yang sering terganggu dek anak-anak membuatkan aku masih berbaki kerinduan untuk bersembang lama-lama. Memahami situasi Asma’ Wardah yang berbadan dua, sudah berkahwin tidak mengizinkan kami untuk suka suki seperti sebelum pernikahannya..😦

Sungguh aku menyayanginya.. Kesibukannya dengan diploma tahfiz&pengajian doktor falsafahnya membuat hubungan kami agak jauh. Atau mungkin juga sebab pernikahannya yang membuat jurang antara kami semakin luas? Entahlah…

Asma’ Wardah sayang,
Doa aiey agar Asma’ Wardah sentiasa bahagia selamanya
Duniawi&Ukhrawi..
Semoga persahabatan kita terus harum mekar hingga syurga..
Ketahui, aiey sangat sayang akan Asma’ Wardah, jadi tidak suka andai dirimu terluka&dilukai..
Maafkan aiey andai kita sering bergaduh suatu masa dahulu..

Asma’ Wardah,
Masih ingat akan kisah “Bukan van tapi kancil”?
Hahahaha😀 Lucu bukan?

Sayang&Cinta kamu selamanya🙂

**** kredit to anje yang setia menjadi super duper walid terbaik sepanjang kesibukan di dapur,
**** kredit to atin&mimi yang menjadi master chef&selebriti chef, hehehe🙂
Terima kasih kalian, tanpa kalian kerja tidak akan menjadi jet…🙂

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: