My Blog

Tentang Awak&Kite…NurCinta Kami…

Seharian

Catatan ringkas,

Habis waktu persekolahan, sekitar jam 1.45 petang hairul menjemput dan terus menuju ke Universiti Malaya menguruskan pendaftaran kemasukan mimi ke program master Pendidikan Islam&penempatan di kolej 5. Atin pula menghantar tajuk disertasi di Jabatan Syariah Pengurusan, Akademi Pengajian Islam.
>;>;>;>; semoga adik-adik along berjaya menggenggam master. Along hanya berdoa yang terbaik untuk kalian.. Ingatlah, menuntut ilmu di jalan Allah itu adalah ibadah, dan Allah tidak akan mensia-siakan niat yang baik itu🙂

Pung pang pung pang-makan nasi lemak sambal udang yang mak bekalkan di kafe AI, memang sangat terkejut berjumpa kak siti yang giler-giler sedang mengandung&membuat PhD! Sangat kagum bah…. Begitu juga dengan kak ju, alhamdulillah… Semoga akak berdua sampai ke puncak genggaman tesis dalam tangan…amin🙂 solat di Masjid AI, mesti mengimbau kenangan lampau.. Oh, kenangan itu sangat indah&ia akan sentiasa bersemadi di situ..

Setel semua, kami ke Taman Medan untuk servey motor yang akan digunakan atin,mimi&ameer. Walaupun macam-macam motor yang dilihatnya, LC juga yang berkenan dihati… Maklumlah setiap hari membonceng motor abang long ke Kafa… Hihihi🙂 oklah, beli LC satu tokeyyy!

On the way nak balik, anje pasti akan bertanya “nak ke mana-mana sayang?”, anjeku itu pasti akan bertanya tanpa gagal… Aku yang keletihan kerana penat&tak cukup tidur sebab abang asyik berjaga semalam, hanya mahu mengajak balik sahaja.. Tapi kak long&adik yang mahu ke giant, (dalam hati umi: giant? Alahai~) fikir-fikir mahu membeli keperluan mimi di Mydin aje tapi atin pulak tak setuju sebab Mydinnya barang bukan semuanya murah..

Selepas macam-macam tempat yang diusulkan—>; Midvalley, Giant Shah Alam, Mydin Usj, Tesco Shah Alam, Sunway Pyramid, Subang Parade, Carrefour Subang Jaya… Akhirnya kami ke Jusco Bukit Raja kerana ingin makan ala-ala western di situ untuk dinner time kami. Tak sempat snap gambar sebab lupa.. Alahai~~~ selalu nak snap gambar tapi terlupa sebab memang tak reti sangat nak show off.. Cuma teringin nak upload kat blog supaya blog cantik ada tatapan gambar. Hihihihi🙂

Sampai rumah jam 9.15 malam, aisey… Kak long ada homeworklah pulak! Jadi, aku&anje bertukar menjadi super power ummi&walid menguruskan anak-anak supaya berbau wangi&selesa. Senang bila anak-anak dah urus diri… Teman kak long buat homework, siap homework, bagi can main fishing fish yang baru dibeli kat Jusco… Kak long dah pandai bershopping dengan RM10 yang diberi kepadanya! Kak long cari mainan yang bersesuaian dengan dyit yang dia ada.. Tapi macam-macam barang yang diangkut sebelum memahami shopping bersesuaian dengan duit yang kak long ada.. It’s ok sayang, practice make perfect.. Nanti boleh teman ummi shopping bila wakid dah kaya wokehhh😉

Ahli bait tidur jam 11 malam.. Aku bajet tidur sekitar 12.30-tengok fb, keringkan botol penyusuan abang, cas bateri&berblogging.. Okeh, nak tidur sudaaaa…

Allah, rahmatilah kehidupan kami di dunia&sampaikanlah kami ke Jannah-Mu..
Aminn…🙂

20120905-221810.jpg

Adik Aaminah Adriyana Wafi

20120905-222027.jpg

Adik&abang landing atas bantal pinjam kat jusco🙂

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: