My Blog

Tentang Awak&Kite…NurCinta Kami…

Penghargaan

Urusan bank, urusan universiti dan berbagai-bagai lagi urusan, 95% daripadanya anak-anak pasti akan turut bersama. Adakala urusan tersebut memakan masa berjam-jam, membuatkan anak-anak tertidur di dalam kereta. Terutamanya Khadiijah Wafi, pagi mengikuti pelajaran di sekolah, sebelah petang pula terpaksa mengikut saya dan isteri menguruskan urusan yang tidak ada kena mengena pun dengan dirinya. Kesian melihat anak-anak keletihan menunggu kami menyiapkan urusan, lantas sebagai penghargaan, apabila telah usai urusan, maka giliran kami pula menemankan mereka bermain dan berjalan-jalan di shopping complex walaupun kami telah pun letih dan mata mulai mengantuk.

Begitulah keluarga kami. Sekiranya kami ada urusan di petaling jaya, maka destinasi yang biasanya dituju adalah Sunway Pyramid. Sekiranya di Shah Alam, destinasinya adalah Tesco atau Giant. Sekiranya ada urusan di Universiti Malaya, maka destinasinya pastilah Mid Valley. Pernah juga apabila selesai sesuatu urusan, tekad di hati mahu pulang sahaja dan berehat-rehat dirumah, namun apabila tiba diseparuh jalan, pasti akan melencong kedestinasi-destinasi tersebut. kuatnya pengaruh anak-anak di dalam diri kami berdua.

Apa yang dibeli shopping complex? Kebiasaanya memang tidak membeli apa-apa pun. Duit dihabiskan dengan membeli makanan sahaja. Anak-anak pula nampaknya tetap gembira berlari kesana kemari walaupun tidak membeli apa-apa mainan pun untuk mereka. Bagi mereka, asal dapat main mainan pusing-pusing berharga 50 sen pun sudah cukup mengembirakan. Apabila masuk ke Jusco/Parkson, tempat yang dituju pastinya tempat jualan permainan. Disitu mereka bermain, kemudian letak semula ditempat asal. Walid dan ummi mintak maaflah kak long dan adik, sememangnya dari kecil kalian berdua memang tidak di ajar untuk membeli dan mengumpulkan mainan di rumah.

Baru-baru ini mungkin kerana tidak mahu kak long dan adik terlepas dunia indah kanak-kanak, maka saya dan isteri memberi peluang Khadiijah Wafi dan Adik membeli sedikit mainan. Reaksi mereka sangat teruja, mungkin ianya sesuatu yang sangat sukar diperolehi sejak kecil, selalu diminta tetapi selalu ditolak oleh ummi dan walid, maka tidak menghairankan mereka sangat gembira dan gembira.

Namun, setelah berselang dua tiga hari, saya lihat Khadiijah Wafi lebih teruja dengan samsung galaxynya berbanding dengan mainan yang baru dibeli. Agakan saya, mungkin sekiranya diberi pilihan antara beribu-ribu mainan kanak-kanak atau galaxy, akhirnya saya yakin pasti Khadiijah Wafi akan lebih untuk memilih galaxy. Ada juga cakap-cakap yang mengatakan tidak bagus mendedahkan gadjet seperti ipad dan galaxy kepada anak-anak seusia Khadiijah Wafi. Alasannya, ia melalaikan, tidak kreatif, tidak berkawan dan lain-lain sifat negatif. Mungkin betul apa yang dikatakan. Namun, bagi saya, apabila kita membeli sesuatu yang hukumnya harus, maka terpulang kepada kita untuk menjadikan yang harus itu mendatangkan kebaikan atau keburukan.

Bagaimana untuk kita menjadikan yang harus itu menjadi satu kebaikan. Pokok pangkalnya, kita haruslah memahaminya terlebih dahulu. Contohnya, kita membelikan anak-anak ipad tetapi kita tidak tahu serba sedikit mengenai kegunaan ipad, maka sampai kesudahlah anak-anak hanya bermain games dan menonton video sahaja. Namun, sekiranya kita tahu serba sedikit kegunaan ipad, maka bermainlah bersama anak-anak menggunakan educatian programe yang terdapat di dalam ipad tersebut dan ianya pasti menyeronokkan. Begitu juga dalam soal pemakaian telefon bimbit dikalangan murid-murid sekolah, sekiranya si ibu bapa hanya tahu membeli sahaja tanpa cuba belajar menggunakan telefon bimbit, maka tidak mustahillah murid-murid akan berani menyimpan no contact, msg, picture, video couple mereka di dalam telefon bimbit. Namun, menjadi masalah juga sekiranya si ibu bapa tahu tetapi dalam masa yang sama tidak ada masa mengawal anak-anak mereka.

Akhirnya, saya membuat rumusan, dalam perkara-perkara yang harus, sekali lagi saya nyatakan terpulanglah kepada kita untuk menentukan ianya menjadi pahala atau dosa. Sekiranya kita fikir ianya lebih banyak membawa keburukan kepada diri dan keluarga, maka tinggalkanlah ia dan janganlah sama sekali memberi hukuman kepada orang lain yang menggunakan perkara yang harus itu kepada diri dan keluarga mereka.

Terima kasih anak-anak ummi dan walid kerana selalu menemankan kami dalam sebarang urusan. Saya mendoakan semoga anak-anak kami sentiasa dirahmati Allah s.w.t dan itulah penghargaan yang tiada nilainya.

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: